Showing posts with label budak poyo. Show all posts
Showing posts with label budak poyo. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Exam Buat TerRINDU Dia!

along : hello. mu duk wat pe tu?

lan : dop wat pape pun. nape?

along : lan........ aku exam esok. huhu. tapi baca punya baca tak dop pun yang masuk ni..:(

lan : laa. mu makan nape petang tadi?

along : hah? makan nasi lauk ayam. nape?

lan : tu la. lain kali makan la budu. baru ingatan kuat. kalau dop budu pun petai ke.

along : cait. *gelak guling*

lan : dah2. nafsu malas semata-mata tu. jangan ikut ngat. kata nak kawen. kalau belajor dop lepas nak kawen gane. haha.

seriyes rindu dia. kalau dulu setiap kali exam. setiap kali ada paper mesti amek semangat dari dia. rindu dia. sangat2.

nak cari dia. tapi skang kami dah lain. terpaksa tahan diri. rindu nak dengar nasihat sempoi dia. rindu nak gelak ngan dia. lamaaaa sangat tak tulis pasal dia ni. aihh. tiba-tiba malam ni teringat.

pujuk hati sendiri.

psst~
lan bukan nama sebenar ok!
btw, happy dengan life skang. tapi kadang-kadang ada time tertentu buat kita rindu suatu masa dulu. kan?

Tuesday, March 15, 2011

Berfal'sampah' Sendiri

kita takkan pernah dapat apa yang kita impikan. even harapan tinggi menggunung. tapi kita hanya dapat meraih sekali angin lalu pun jadi la. cuba untuk jadi orang yang bersyukur. dan takkan sesekali menyesali atau menangisi segala semua yang dah terjadi tu. so, moralnya..lepas ni. jangan berharap kat orang dan jangan bagi orang harapan tau. sebab ia sakit dan menyakitkan. haha. baca tak ni kawan-kawan? aihh.

jangan pelik lak ngan intro ni. saja kasi menusuk kalbu sikit sebab nak spoilkan mood korang. (bajet korang ter'spoil' la)

korang tau menunggu buah yang tak gugur tu ibarat menusuk pisau kat dada sendiri. motifnya nak bagitau yang..kalau dah tak de harapan tu. jangan la kau berharap. sedih ok! haha. dulu selalu guna ayat menunggu buah yang tak gugur tu. tapi skang. tak payah guna. sebab buah tu memang tak nak gugur pun. aihh. dulu seriyes la frust sampai menonggeng tertonggeng lagi tau. tapi skang. tak dah. sebab ada dia kan. dah malas nak fikir. tapi kadang tu terfikir. ish. cinta itu buta. cinta itu bongek. lalalalalalala~


psst~
dia dah deactivate dia nya akaun FB. adoi. dah tak boleh nak stalk dia dan dah tak dapat nak sakitkan hati sendiri. ada hikmahnya. kan? what ever la guys!!

macam poyo je entry Mish kali ni. lantak aaaa...insomnia. gini la jadinya. cuba untuk tidur ni. aihh..tidur lah wahai mata. haha.

Wednesday, September 15, 2010

Ku Sangka Kau Dah.....



ermm...

aku sangka kau dah lupa,
pesanku semasa kau sakit..
ambil panadol soluble..
baik untuk selsema..

aku sangka kau dah tak nak ambik kisah..
apa aku suka dan tak suka..
aku tak suka ikan
dan kau sudi tanya kenapa

aku sangka kau dah tak berminat nak tau..
apa kes aku skang..
bahagia ke aku skang
boy aku orang mana

aku sangka kau dah tak pedulik..
aku punye keje setel ke belum..
aku punye cuak ada problem ke tak..

aku sangka kau dah tak sudi nak tolong..
susah payah aku..
jatuh bangun aku..
tapi kau masih cam dulu..
tak nak tengok muka aku susah..

aku sangka kau dah tak sudi dengar..
semua keluh kesah aku..
semua hiba dukaku..
tapi aku malu..

aku sangka kau dah benar-benar sombong..
dah tak nak sembang ngan aku lagi.
dah tak nak ambil tau hal aku lagi..
dah tak nak makan-makan ngan aku lagi..

btw, aku yang dah lupe..kita janji kita kawan selamanya..
yep, walau biru terang bulan,
selagi merah darahku..kita kawan..
dan kau kawan terbaik aku..
memberi aku semua rasa..
thanx pada kewujudan kau..

Monday, August 16, 2010

Wajah :(

lelap mata yang xterlena
lantas kususuri angin malam
mengejar waktu kian kelam
suram

pada lipatan sunyi
disebalik gelisah hati
di usai malam
pagi menjengah

mengapa?
sering kukenang peristiwa duka
hatta diri masih terjaga
sedar

aku kini berbeza
tiap langkah jalanku
tiap titip tulisku
tiap sendu tangis ku
dan tiap lebar bicaraku
aku mengeluh


rindu pada satu wajah~

Saturday, August 14, 2010

Ingin ku Gapai Kenangan Lalu..

tiba-tiba, mindaku dijengah kenangan lewat 6 tahun dulu..
mungkin lama bagi kamu..
tapi kalau kenangan tu sesuatu yang bermakna..bila dikenang, pasti terasa seperti baru semalam kita lalui...


6 tahun dulu, yep..bulan Ramadhan sebeginilah, lewat kenangan tu hadir meresap dalam diri aku....
dalam hati seorang perempuan yang masih sedang mengenal erti kehidupan...meski mungkin terlalu awal..keinginan tetap mengingini.

kejadian antara aku, die dan kole kacang...hah..ntah paper kan...tapi aku rindu suasana tu...betapa aku xsuka yang amat pada kuih tu..dan bila die yg menyaksikan...

hubungan erat yang terjalin tanpa ikatan dan penuh teka teki..8 tahun..aku xpernah tinggal 1 rasa yang sentiasa aku bawa. hidup ku, semangat ku, urusku dan sudahku kerana satu rasa abadi tu. aku cuba tahan, jaga supaya kuat dan berkilau.

hatta aku tau rasa yang aku pegang pernah tercalar, luka, dan pecah..aku bawa sisa-sisa yang tinggal..untuk hidup dan semangatku...aku xmintak pengharapan..namun,lazim, bila seseorang mula membawa satu rasa tu, pengharapan dijulang bersama. ye, aku terlalu melangit menyimpan harapan. salah aku. benar salah aku.

luka aku rasa, aku yang tanggung. duka yang aku tanggung, aku juga yang menderita. lalu, pada siapa harus aku mengadu. harus aku mohon diberi sinar pada rasa bawaan aku. tiada. tiada yang mampu.

dalam diam, aku titip bahagia buat dia..bahagia buat die, juga bahagia buat aku..lama kami menyulam, meski selalu tersimpul benang, terlekat jarum, kami usahakn agar membentuk sulaman yang cantik. cantik pada kami.

masa merakam segala. masa penyebab segala. haruskah semua salah di tujukan pada masa. sedangkan benang tiada mutu, jarum pula tumpul. sulaman kian koyak. putus. satu persatu. dunia seolah sunyi. saat memahami perasaan aku ketika itu.

tidak sedih. tiada duka. air mata? hanya kerana pengharapan yang terlalu berat aku pikul. seorang diri. cuba membuka mata. menerima kebenaran di celah cahaya. silau. kugagahi jua. terang. gembirakah aku??sigh~

pengakhiran...

kini, lewat 6 tahun menjauh pergi. gambaran tetap ada. rasa? samar. namun aku percaya ia tiada. tiada termampu lagi untuk aku bawa bersama harapan. keseorangan. tak mungkin. aku tinggalkan. tidak. aku tanam ia. di sebuah lubang gelap. dalam. supaya tiada yang menyedari. atau menjumpai. biar ia aman bersemadi. namun sesekali ku gali. cuba kurasa akan rasa itu. aku tewas. aku xkan mampu sekuat dulu. untuk bertahan membawanya berseorangan.

dan seawal usai teraweh tadi. penghidup rasa. ya, dia. menjengah kembali. tiada terduga. kaget. video call. cemas. ku angkat. hanya pandangan dalam mampu aku lemparkan.sayu. bukan pada pandangan yang aku ceriakan. tapi pada hati yang siap menyepi. cuba mencari kekuatan. agar aku tidak tewas secara zahir. namun, dalam, amat dalam. aku rindu. pada sebuah tatap wajahnya. manis pada senyumnya. tiada terukir pahit. ya, tiada.

kerna aku tahu. dan telah lama sedar. die kini tidak sendiri lagi. punye bunga yang setia menghiasi hari. juga seperti aku yang sudah punya kumbang. bukan aku curang. bukan aku selingkuh. hanya satu keadaan. di mana perasan aku kadang tertewas. kugagahi. cuba bermesra.

benar aku hipokrit. ku katakan aku sudah matang. tidak lagi cengeng seperti dulu. yang selalu menangis. di tengah malam. lewat petang atau awal pagi di corong telefonnya. bagaikan anak kecil diberi coklat. sebentar cuma die memberi nasihat. ringkas. aku terdiam. semangat ku hidup kembali. aku segar. dan seketika di awang-awangan.

andainya dia tau, sigh~

kisah aku. bukan kujaja. bukan ku hebah. bukan ku canang. apetah lagi cuba membuka pekung di dada, ini realiti aku. sedar aku. benar aku. aku kongsi pada yang sudi. yang pernah merasa pasti sedar. ini adalah norma kehidupan.

terus pandang kehadapan. pasti sinar menanti. jangan toleh akan gelap di belakang. semua ada di depan. terus sakit, atau miliki bahagia. optimis. aku derita akan sakit. dan aku pasti gembira beroleh bahagia. terserah. aku pilih bahagia aku. aku pilih kan hidup aku warna ceria. namun diam bicara. aku masih mengintai gelap dibelakang. walau sekali toleh. tiada yang tahu.  namun bahagia tidak aku lepaskan.

Friday, August 13, 2010

Aahh..indahnya....

pernah tak u olls terpikir atau terdetik kat lam hati..nak sangat2 wat ex u olls menyesal sangat2 coz lepaskan u olls dulu..

well..bukan la Mish niat nak wat jahat atau bertindak kejam..juz give him a lesson...die ingat sesenang ABC ke kita nak lupakan die...baru nak dapat yang baru?? apa kau ingat aku ni barang pakai buang ker??

opss!!adakah terlalu kasar bahasa ku??Sori...

but i really love this lyrics.....

seb bek dorang ni sedar salah sendiri...ececeh~




P/S:
*kepada yg berkenaan, cepatlah persembahkan lagu ini buatku...nescaya aku akan balas dengan air mata perpisahan...cewwah~poyo la kau Mish....a small joke 4 a big laugh to make myself happy sometimes...miss another him....

Monday, August 2, 2010

Janganlah Memburu Angin Yang Berlalu



jangan salah paham tentang penceritaan aku pada hari ini...entri ini..juga pada sunyi hati ini..muram..

bukan salahmu hatiku terluka. cuma kebenaran hadir tanpa dipinta.. jujur..
hidupku kerana semangat mu...yang satu ketika sering ditiupkan..disuntik..ke dalam urat darah dan nafas hembusku...hingga setiap panah mutiara jernih mudah terhapus.

khayalku bukan bersedih..bukan jua merintih..tapi aku bersyukur...seribu batu perjalanan..sejauh bumi kau redah..kau bisa temukan dia.

semoga segala berkat dari Yang Esa, semoga diturunkan kebahagiaan buatnya..hadiahilah sinar dalam hubungan mereka...

dan pengakhiran ini...aku bersyukur..segala penantian yang kecundang berakhir dengan kedukaan yang tiada parah..hanya yang mengetahui mungkin memahami..

dan kini, tekadku pada yang Setia, ku hargai..dan akanku yakinkan hati dan jiwa serta segala seribu rasa hanya pada yang menanti.....

aku sedih??kecewa??huh..!!!siapa yang cakap??air muka aku, memang xdapat menzahirkan seribu rasa di kalbu..tapi untuk menyimpan rasa sedih atau kecewa buat insan ini..sudah lama aku block...tiada lagi rasa atau perisa tambahan..kerana aku yakin..aku sudah bertemu kebahagiaan yang menanti...tiada lagi penantian..yang ada hanya kebahagiaan buat ku jua...

kata pujangga, setiap kedukaan terselit kebahagiaan yang lebih indah..

p/s : yang berkenaan, semoga kekal ke akhir hayat.....

Wednesday, July 21, 2010

Aku, Muzik dan Lagu


Ada orang cakap, life is meaningless without music..

Ada jugak yang cakap, music is my life..

Tak kurang jugak yang cakap, my soul, my life is music…

Whatever it is..bagi aku..muzik adalah catatan terbaik tentang rasa hati, luahan dan liku hidup manusia yang beralun..kerana lahirnya ia dari pemikiran dalam hati. Atas dasar rasa rindu, cinta, sayang manusia. Juga tercipta dari penglihatan pancaindera keenam manusia. Amat unik.

Pernah x ble korang dengar sesuatu lagu tu, korang rase seolah-olah lagu tu tercipta untuk korang. Memang kene sejemput atas pale korang lagu tu. Kena ngan perasaan dan jiwa korang. Dalam masa yang sama, perasaan tu juga turut dirasa oleh beruta-juta lagi manusia yang mendengarnya. Turut menjadikan lagu tersebut sebagai common playlist lam media player, mp3 atau iPod dorang.

Itu uniknya lagu. Hebatnya muzik. Menyatukan satu rasa antara semua.

Kadang-kadang, perasaan tak boleh diluahkan dengan kata-kata. Mungkin kerana segan, malu atau xreti mengarang cerita hati sendiri. Melalui kuasa muzik jugak, semua tu semudah kita celik mata. Semua akan tau. Akan paham rasa hati kita. Duka kita. Luka kita. Suka kita. Tawa kita. Semua tentang kita. Juga semua tentang semua. Bila rasa tak mampu dieertikan. Lagu yang akan ertikan untuk kita.

Dan aku dan lagu. Tetap xbleh dipisahkan. Dah bersatu seperti langit dan bumi. Seperti ikan dan air. Nasi dan periuk. Baju dan seluar. Handphone dan bateri. Kerusi dan meja. Dan dan dan dan..teettt…mengarut.

Bermula la kisah aku dan lagu…dan muzik yang mengiringi lagu. Aku xsuka lagu tanpa muzik. Sakit bulu telinga!! Huhu..

Aku layan semua jenis lagu. Slow pun aku layan kalau lirik dia jiwa aku. Rock pun aku layan kalau drum dan gitarnya sekeras hati aku…hek2..poyosh!!

Dan aku seorang yang sangat2 sentimental. Aku hargai apa yang diberi oleh orang. Hatta ia sekelumit debu. Kalau aku tau hati pemilik dan pemberinya ikhlas. Dan mohon akan pengertian ku. Tentunya aku lebih menghargai.

Tiada kusangka sejak detik itu

Kau membuka pintu kamar dihatiku

Cinta yang terdampar satu tika dulu bersinar kembali

Aku ske lagu ni. Salah satu lagu lam playlist mp3 aku. Lagu wajib ada. Lagu yang aku xpernah delete hatta aku dah mula jemu. Lagu yang memberi aku semangat. Rasa seakan kuasa untuk aku terus hidup. Itu lah kuasa lagu bagi aku. Memberi pengharapan yang kita tau, akan musnah suatu hari nanti. Bukan dalam jangkaan kita akan saat itu. Tapi ia tetap meningalkan kenangan terindah. Membuat aku rasa dihargai. Rasa diperlukan. Rasa di kasihkan.

Akan ku pertahan cinta ini demi kesetiaan ku padamu

Akanku tempuhi onak duri demi untuk mu bidadari

Percayalah, janjiku ini…

Lagu ini lagu seribu erti. Lagu dari budak poyo tu. Mase tu ngah kontang kanting. Antara sayang kawan..atau sayang kekasih. Lagu ini aku anggap sebagai kiasan. Pukul 2 pagi aku panjat tangga naik bilik member untuk blututh lagu ni. Masa tu pakai nset cikai. Memory card xpower. Trpaksa delete certain lagu..thanx dak poyo. Untuk sebuah pengharapan yang hancur.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Mungkin ini memang

Jalan takdirku

Mengagumi tanpa dicintai

Tak mengapa bagiku

Asal engkau pun bahagia dalam hidupmu

Yep….bagi aku. Cinta aku xbermakna memiliki. Tak juga bermakna dicintai. Aku pasrah andai cinta dia bukan milik aku. Aku layan lagu ni..hee..aku suka lagu ni. Lagu motivasi untuk aku. Semangat untuk aku. Andai aku memperoleh cinta tanpa cinta. Yes!!aku akan berharap. Dan aku bertahan sehingga maksimum ketabahan aku. Dan skang aku bukan give up. Cume aku optimis. Dan akhirnya. Aku dapat orang yang sayangkan aku dan sebaliknya. Thanx Mr. Choc.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Takan lagi aku menunggu

Kau hadir didalam mimpi-mimpiku

Puas ku mengharapkan dirimu

Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu

Kau tempuhi penuh bahagia

Diriku mahu kau tau

Pedih ni dikau tak terasa..

Yezzaaa…its warkah. By bau. Nice lyrics. Meaningful. Loveable. N I like!!yap. Mish like. Like sangat2.

Tapiku melepaskanmu

Melangkah namun tak berdaya

Terus ku terus menunggu

Cinta yang takkan pernah ada

Yeah.keputusan yang tepat. Andai cinta itu tiada pernah wujud untuk kita.lepaskan saja. Dan jangan pernah menyesal. Kerana, yang melepaskan kita adalah orang yang sepatutnya menyesal. Dan kita tak perlu lagi menderita. Mengharapkan mentari menerangi. Kerana akhirnya, hujan yang membasahi. Tiada terik matahari. Biarkan Cinderella dengan dongengnya. Snow white dengan bahagianya ditemani seven dwarf. Dan Mish dengan rasa hati sendiri. Masing-masing punya cerita. Punya kenangan. Punya rahsia.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Dalam hati ini ada namamu

Nama sorang insan yang aku rindu…

Lalalalala..

Hehe..lagu kumpulan spin. Nyanyian arwah Acik. Dulu mse aku kecik. Lagu ni memenag ngah top. Aku ingat lagi lagu-lagu seangkatan dengannya time tu. Antaranya, niat hatiku tak nak berpisah, Arrow..pastu adala lagu Pesanan Buat Kekasih. Lagu sape ntah. Da lupa..

Sebelum kau melangkah

Meninggalkan diriku

Sebaknya rasa di dalam dadaku

Teett..

Jangan lupa lirik..tapi aku dah terlupa..haaha..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

It's never enough to say I love you

No, it's never enough to say I try

It's hard to believe that's there's

No way out for you and me

And it seems to be,

The story of our life



Nobody wins when everyone's losing



It's like one step forward and two steps back

No matter what I do you're always mad

And I can't change your mind


Pernah dengar lagu ni??xpernah..haihh…susah ni..Hehehe…lagu by Theory of The deadman..Not meant to be..Nape spesel??sebab lagu ni Mr Choc yang bagi..hehehe.

Ada rahsia di sebalik lagu…wink!!


*#*#*#*#*#*#*#*#*#* #*#*#*#*#*#*#*#*#*#*


banyak sangat2 lagi lagu yang give me a thousands meaning. Up my spirit. Holding my heart's secret strongly. i love music....

Friday, June 18, 2010

cinta itu..

If you met somebody and really love him very badly, you’ve got set him free. If he came back along with happiness (as Godsend) to you, no doubt he’s yours forever. If he doesn’t, your destiny never let him be yours to begin with. That’s why love doesn’t end up by a marriage and the marriage isn’t the scent of love ending; but its beginning of the eternal true love passion. That’s the thing make acquintance, love and marriage so special and inscrutable to human being as a gift from Allah The Most Omniscient…

saat melayani karenah hati yang duka dalam bahagia nih...Mish sangat kagum dan terpukau pada kata-kata tu...tersentuh hati yang lara..terubat hati yang duka....



credit to : http://www.shimi.my/2010/05/dari-sekeping-hati-dunia-jadi-huru-hara/

cinta pada yang tak cinta

Saat kaki melangkah pergi.

Saat mulutmu rapuh mengucap syg..

Saat rinduku membebanimu..

Takdir membawa ku kepelabuhan pasrah..

Derita mencintai mereka yang xmencintai..


Biar langit seluas angkasa..

Akanku jadikan mata..

Biar angin bertiup kencang..

Akanku jadikan jasad…

Usainya malam..

Semua itu tinggal kenangan…

Dan mentari pagi pasti menyuluh kebahagiaan..