Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Exam Terakhir

pejam celik pejam celik, dah tiga tahun rupanya Mish duk kat kolej ni. memegang gelaran pelatih Program Penolong Pegawai Farmasi. dan ni merupakan tahun terakhir Mish kat sini. semoga exam yang akan bermula esok takkan menghalang Mish untuk tamat latihan bulan Jun ni. taknak repeat. tak nak ulang sem. tak nak sangkut. huhu.

tup tap tup tap. esok merupakan hari pertama final exam. waaa...rasa nak nangis guling-guling. lepas ni tak kan ada istilah final exam dah. sebab lepas ni dah kerja. harapan nak sambung belajar tu mungkin tipis sebab terikat dengan kontrak government. lagipun dah tua-tua ni rasa macam dah malasnak belajar. haha.

tapi semalam kawan ada ajak Mish amek PJJ kat USM. nanti la pikir balik. best jugak kan. hehe.

rasa cuak, berdebar, gelisah, kelam kabut, macam-macam rasa lagi la duk main kat otak ni. aih. esok first paper dah pun subjek killer. mampukah aku? erk!


Saturday, April 30, 2011

Kronologi Study

PAGI

bangun awal pagi. semangat giler nak study. kemas-kemas meja study sikit,. sebab bersepah. yes! meja study Mish memang bersepah sikit. sebab orang rajin study kan. memang macam tu. haha.

punya tengah syok study rasa ngantuk. aih, online la kejap. konon sekejap kan. alih-alih ralit la pulak. melekat terus kat depan lappy ni. oh, exam lagi 6 hari. jap g puas online aku wajib study!! yea. lepas ni kena study. kataku kepada diriku sendiri. ahaks!

agak-agak lepas online Mish study tak?

TENGAH HARI

member ajak makan kat luar. oh, ai ok je bab makan ni,. padahal perut menggelembung kenyang lagi sebab terkena penangan roti 4 keping. nanti balik la study. kenyang-kenyang mesti masyuk sikit studynya kan? haha.

then lepas balik.merayap jap ka bilik member. study kat sana jap. sempat la tambah sikit ilmu di dada. dekat nak pukul 4 petang, rasa macam mengantuk. aih, kena tidor dulu nih.

golek kiri golek kanan, tak dapat nak tidor. Mish pun konon buat rajin pegi la ke meja study. nak study. sekali tengok jam. eh eh.dah 4.45pm? erk. azan Asar pun tak dengar tadi. tiba-tiba masa ni teringat umi cakap, kalau lepas Asar tak baik study. oh, tutup buku.

lega. tak payah la study.

MALAM

pukul 8.40pm kuar makan lagi. balik dalam pukul 10malam sebab kat kedai tadi ada pasang citer Akademi Fantasia. owh, lamaaa giler tak tengok. dah alang-alang depan mata. tengok la kejap. lepas balik tu lepak jap bilik kawan. tengok kawan study. kepala naik cuak. aiseh. awat ampa semua rajin. tak bleh jadi ni.

konon rasa tercabar. masuk bilik, nampak notebook nih sorang-sorang. siannya. belek-belek jap. sehinggalah tertaipnya entry ni.

macam mana nak study dengan aman kalau perkataan study tu dihiasi dengan tiket-tiket wayang sepanjang 2011. adeh. rindunyaa wayang. hahaa.

so, cuba teka, berapa lama je Mish study untuk hari ni? hahaha.

nak buat jahat senang je. tapi nak buat baik. memang payahhh!

psst~
esok nak berjimba-jimba kat Times Square!! o yeah!!

Tuesday, April 26, 2011

Pasang Niat Pun Dapat Pahala Kan?

tengah hari ni saya tak makan sebab saya diet. hahaha. ok, tu pembuka entry.

dulu masa sekolah ustaz selalu cakap lam kelas, kalau kita niat nak buat baik. kita dah dapat pahala. lepas tu bila buat, dapat pahala lagi. tapi kalau kita niat jahat, kita tak dapat paper, tapi bila kita buat jahat, kita dapat dosa. paham anak-anak murid ustazah Najihah sekalian? haha. kalau salah angkat tangan yea. tegur ustazah baik-baik sebab ustazah dulu sekolah tak habis. tapi ada hati nak ajar kamu. hahaha.

muka ustazah konpius. sesuai tak??

  • semalam niat nak siapkan tutorial research. tapi alih-alih kawan ajak keluar. almaklum la, semalam gaji, so, pergi setelkan bil broadband, cari stok makanan dan makan-makan. alih-alih balik bilik, online. niat baik tadi entah kemana dah. haha.
  • semalam lagi. niat baik je nak tidur awal sebab bajet nak bangun pukul 4 pagi sebab nak study kimia farmaseutik. konon la kan. alih-alih tidur pun dah pukul 1.30 pagi. bangun apa lagi. hahaha. kelas kol 8 pagi, nak breakfast pun tak sempat. ades.
  • yang ni niat paling terhebat. niatnya dah tak nak tidur lam kelas masa lecturer mengajar, sekali tadi tertewas jua. ahaks! lena giler tidur masa kelas Pengurusan Asas. siap mimpi main guli ngan sepupu. apakah jenis mimpi macam tu ea. hahaha.
  • niat dah tak nak bawak lappy pergi kelas. tapi hari ni dah bawak pun. bila dah bawak memang malas study. hahaha. sebab tu la adanya entry ni. taip lam kelas gitu. auww!!
  • niat dan nekad nak siapkan layout baru blog sebelum final. so matlamat sekarang ni. blog ni berkulit baru sebelum final bermula 7hb Mei ni. nak buat senang je. cuma masa dan kerajinan tu yang kurang? ada sesape nak sponsor dua benda tu? hahaha. so, yang ni, niat yang tak tau lagi camane kesudahannya. erk, niat ni dapat pahala jugak ke eh? hahaha.



psst~
sangat muak dengan makanan cafe. so, saya tetapkan hari ni, saya on diet. makin sonokla si WooferStorm mengata ai seketul nanti. ades.

Monday, April 18, 2011

Tolonglah Marah..peliss!

hai semua. update entry di hening pagi. hati sedang berdolak dalik. setadi. setado. setadi. setadi. masuk tdor! hahahaha.

alahai hati ku sayam. hanya satu aku miliki tiada dua. cepatla buat keputusan setadi (study) atau setado (tidur)?

owh..annoying nya gambar ai kan? pedulik laaa...lalalalalala.
aih, apa nak jadi entah ngan budak Mish nih. pemalasnya tak pernah stop. anda semua!! sila la tegur saya. marah saya. suruh saya. nasihatkan saya. jangan la lempang, sepak dan berkasar-kasar ngan saya yea. nanti anda digelar dayus. auww! yeye je. haha.

  • exam lagi beberapa hari (7/5), tapi selalu tidur lambat sebab study. ops! pembohong! sebab online. buku tersusun dan tak tersentuh pun. apa nak jadi laaaa. tetiap malam duk ngadap notebook yang kecik molek nih.

  • yang lagi serius, nape la Mish ni tak pernah nak ada perasaan risau bab belajar eh. kalau pakwe majok tau lak risau. exam just around the corner, tapi takde satu topik pun yang Mish dah habis cover. aiyayaya. tapi muka punya kerek macam orang dah khatam semua subjek. haha.

  • lepas tu kan kan kan, sekarang ni perut selalu sangat lapar.apesal eh. ada penghuni kot kat dalam. erk. mungkinkah?? oh, memang ada. ni mesti kerja cacing-cacing lam perut. tak reti-reti nak stop nganga mulut. badan ai pun dah naik bulat cam roda nih. aiyoo!

  • hujung minggu ari tu lupa lak nak basuh baju. bila dah ada kelas t mesti dah malas kan? alahai. sesiapa yang baik hati nak tolong sila ambil nom di kaunter eh. lepas tu bayar yuran RM5. hahahaa. dah la nak mintak tolong orang. 
ok sekian, setelah dihitung, tarikh hari ni 18hb Apr, exam lak 7hb Mei. so, ada lagi lebih kurang 19 hari. erk! gulp! aaaaa...tak lama dah tu. aih. tapi Mish still menaip entry. sambil layan YM. sambil belek FB. dush! tak sedar dirinya saya. punya la cool ke bebeh kan. kamu kamu. marah la saya. nasihat la saya suruh saya study. aiyaaa. please~

apa nak jadi. apa nak jadi. sampai sekarang tak study lagi. lalalala~ 


Tuesday, April 5, 2011

Tips Study Berkesan

ahaks! hai student! bulan 4 ni dengar cerita dah banyak universiti dan kolej yang dah mula exam final. waa..mesti cuak kan? haha. kerek kan? pasal Mish nya final bulan 5. konon masih dalam mood honeymoon la. sekali besok nak exam baru la mati katak pasal syok sangat honeymoon sampai lupa buku nota ape semua. adeh.

so hari ni Mish nak share sikit antara cara yang biasa orang guna untuk pembelajaran yang berkesan. cuba la tengok. mana tau kot-kot ada jugak cara study korang yang melekat kat blog ni. ehee.


  1. FOKUS

    ni la point utama kalau nak study. kalau bukak buku tapi fikiran melayang ke langit buat ape kan. so, buat-buat la fokus masa study tu. baru la ilmu senang je nak masuk dalam kepala tu. melekat terus ke otak. mengalir lam darah. then, ilmu pun jadi sebati ngan diri. baru susah nak lupa. haha. yeye je teori darah aku tu. adeh.

  2. TERAPI MUZIK

    Mish tau tak ramai yang setuju cara ni. tapi ni la cara yang Mish selalu guna kalau rasa macam susana study masa tu sangat menekan akal dan fikiran. rasa macam hilang tumpuan. rasa macam tak de mood. then, gunakan terapi muzik. jangan la dengar muzik yang boleh mengantukkan anda ok! tu dah songsang tu. haha. bagi Mish, dengar muzik sambil study subjek yang mengira adalah yang terbaik. kalau subjek hafal nak dengar muzik jugak memang jemm ah.

  3. REHAT

    sebelum mula study, make sure kita dapatkan rehat yang secukupnya dulu. sebab kalau tak cukup rehat badan akan letih. hila badan dah letih dan kita push jugak input masuk ke otak. ianya seolah0olah nothing. memori tu takkan tahan lama. so, cara terbaik, bia lah sebelum study tu, otak kita dalam keadaan yang tenang. yang kosong. santai. lepas tu kalau dah stat study. rehat setiap dua jam ok. jangan paksa kalau penat! ingat tu.

  4. KAEDAH CONTENGAN

    waa..ni cara paling Mish like wakelaiklaiklaik la. sebab tu nota Mish warna warni. pepel ade, hijau ada, biru ada, merah pun ada. macam-macam kaler lah. sebab otak manusia ni lebih mudah ingat warna berbanding perkataan tau. sebab tu Mish suka study sambil conteng-conteng ni. kadang tu, apa yang kita dah hafal, dah baca, kita luahkan balik atas kertas. uji kekuatan memori kita. hehe. selain tu cara ni jugak berguna bila kita nak eja sesuatu perkataan yang susah nak diingat. contohnya, nak sebut Mycobacterium leprae macam senang kan. tapi mudah ke nak hafal ejaan kalau tak pernah tulis nama tu. selain tu, kaedah mind map juga berkesan dalam kaedah contengan ni. cewwah. dah macam profesor dah rasa ni. haha.

  5. PERBINCANGAN

    yeaaah. cara ni pun berkesan kot bagi sesetengah orang. berbincang beramai-ramai dikatakan dapat meningkatkan pemahaman dan mempercepatkan kuasa ingatan seseorang. haha. ayat tak leh blah. adoi. tapi kalau Mish la kan. kalau guna cara ni, konpem melencong ke lain. haha. almaklumlaaa. perempuan. kalau dah duk belajar sekali tu. macam-macam keluar. hehe.

  6. TIPS KHAS DARI MISH!

    ui..saya pelajar yang agak berjaya sebab study ikut kepala sendiri...hehe

    study la dimana, bila-bila masa atau dengan sesiapa sahaja yang anda rasa anda mau. sebab kalau ada kehendak akan tercipta kemahuan sekaligus menerbitkan usaha kan. so, jangan paksa diri kalau tak mampu. tunggu hingga mood tu betul-betul datang. otak manusia ni lain-lain. ada baik buruk berbanding orang lain. ada yang jenis cepat, ada yang jenis lambat, maka, study ni jangan ikut cara orang. ikut cara sendiri. study la dengan santai dan tanpa tekanan. jangan malu nak tanya kalau tak paham. lain orang lain cara. kan kan.

    kalau Mish tak de mood nak study, Mish suka telefon umi. dengar umi bebel, bagi semangat, terus je mood study tu bergolek-golek macam bola bowling. hehe.


well..gudlak untuk semua yang bakal exam atau sedang exam eh!!

Friday, March 25, 2011

Jangan Bertengkar Lagi



malas nak taip. just nak cakap. macam best lak layan lagu ni. gilir-gilir ngan Dear God-Avenge Sevenhold. ouchh..

bosan maa ngadap buku. aihh...cepat angkat tangan sape nak tolong Mish study Mikrob Farmaseutik benci uhh subjek tu. jap..kena berfikiran positif kan. SAYA SAYANG, SAYA SUKA MIKROB FARMASEUTIK. done!

psst~
benci ngan apik pehe!!penjual ikan sorang-sorang (sellfish!) haha. padan muka.

sambung study.

XOXO

Thursday, March 17, 2011

Bukan Riak..Bukan Bangga tapi Suka.

hari ni entry tak de emo-emo eh. haha. nanti Dato Nazirulhazwan marah. dia tu sama je spesies ngan si Miera ni. nak kena saman sebab bercakap hingga melukakakan hati gua lol...haha. siap ang Naz!!

tadi tengah hari ada presentation untuk subjek Mikrobiologi. lepas tu as a student yang 'sangat berdedikasi dan berwibawa' tambah pula 'semangat berkumpulan yang menebal' , kerja tu ditangguh dan tertangguh. lec bagi assemen tu masa before cuti midsem lagi. tapi semalam baru la sibuk nak cari maklumat. kan ciri-ciri nak jadi student zaman skang kan suka berlengah. 

malangnya bagi ahli kumpulan Mish dan untungnya bagi Mish sebab semalam Mish memang tidur gila punya awal la. dari balik kelas sampai la pagi tadi. diorang la yang bertungkus lumus yang siapkan kerja tu. cari maklumat. rancang cara nak presentation apa semua. tapi Mish rilek je tidur. diorang nak kejut. tapi roomate cakap, Mish macam tak sihat. haha. memang la tak sihat. dah 3 malam tidur lewat. hua3..

so, Mish just terima je la part mana yang Mish kena present petang nanti. tak kisah pun. bajet cool. haha

tapi alih-alih kena buat baru gak sebab bila tanya lecturer sal tajuk kitorang. jauh sangat tersimpang. so. lecturer bagi masa la untuk betulkan balik dan postpone presentation tu. untung kan i tidur lena plus nyenyak plus lama gilerr semalam. haha. 

bukan la nak dibanggakan yang tidur lena semalam tanpa buat kerja. tapi untung la tak buat kerja semalam sebab tertidur. kan kan. haha. 

sekali groupmate baca konpem diorang kapakkan bilik Mish t..korang rahsiakan ea. haha.


Sunday, February 20, 2011

Ciri-ciri Pelajar Berdedikasi dan Bertanggungjawab dan Berwawasan serta Berjaya!!

eh, nak tambah lagi kat tajuk tu. 'CONTOHI SAYA!'


ciri-ciri pelajar yang berdedikasi + bertanggungjawab + berwawasan serta berjaya adalah seperti dibawah.


1.)  selalu mengulangkaji pelajaran. (SALAH)


2.)  study sampai lupa nak tidur. (SALAH)


3.)  buat nota ringkas dan cuba fahami apa yang dibaca. (SALAH)


4.)  tidak suka membuang masa. (SALAH)


haha. jangan terkejut ok. ni memang benar. semua yang dinyatakan di atas adalah bukan ciri-ciri penting untuk menjadi seorang pelajar yang mana seperti diatas. sebaliknya, anda hanya perlu buat satu perkara sahaja. khas untuk blogger. diulangi, khas untuk blogger sahaja. kamu pembaca entry ni? tapi kamu bukan blogger. oh, kamu sangat rugi sebab kamu takkan dapat tips yang berkesan macam ni. 


dipendekkan cerita, cara nak jadi pelajar seperti yang dinyatakan adalah..

  • jarakkan waktu update blog!
yeah!contohnya before ni korang selalu je update. sehari dalam dua tiga entry. lepas tu tiba-tiba kamu senyap. dua hari tak update. waa! sebagai student, mesti orang akan fikir, busy dengan study ea?? automatik, orang tu akan berfikir, waaa. budak ni mesti rajin, pointer mesti gempak dan result memang meletup ni. sanggup tinggalkan blog yang selalu tak terabai tu untuk study. waaa. mata dah blink blink. sebab? sebab  teruja.

haha. see? dengan tak update blog je orang dah tau yang korang ni merupakan pelajar yang bermasa depan cerah. konon sanggup ketepikan blog untuk kejayaan yang abadi. hahaktuih!! padahal, korang tak update sebab banyak kerja tertangguh yang dah hampir tarikh submit. hahaha. bukan orang tau pun kan kan??

biasa la student. selagi tak digasak, lagi tu mereka bertangguh. last-last, padan muka! haha. terasa? gelak la kat diri sendiri. ^_^

psst~
lagipun malas nak update blog sebab out of mood. serabut ngan urusan duniawi. adeh. benci perampas ok!!
:P




Wednesday, December 1, 2010

Rancangan Cuti 2010!

selamat datang December 2010! haha. so, ni last cuti yang Mish akan penuhi dengan jayanya pada tahun ni. sebab lepas ni cuti dah jatuh pada tahun depan lak. aisehh..semoga dipanjangkan umur untuk menghadapi tahun depan dan tahun seterusnya.

hey hey, bukan Malaysia je ada Rancangan Malaysia ke XX. Mish pun ada tau. Mish namakan, Rancangan Cuti 2010. o yeahh~banyak sangat perkara yang Mish nak buat cuti ni. ish. too many. that is = {makan, tidur, online} ulang sebanyak 31 kali bersamaan satu kali sehari selama sebulan!

pengakuan yang terlampau jujur kot. konpem andartu Mish kalau tu je keje. bayangkan la. duk bela body je. aihh~dah bulat cam doraemon ni. haha. ok, jom tengok checklist harapan plus impian yang Mish nak wat sepanjang cuti Disember. cee..macam banyak dan gempak je. suketi i larhhh!


1) makan
ahaks..makan itu wajib. mana boleh tinggal. nak makan banyak-banyak sebab tahun depan masuk hostel dah kurang merasa masakan umi. hak hak. agak-agak lagi seminggu nak masuk hostel baru stat diet mengejut!hee~

2) berblogging
olaitt..tu harusla. sebab niatnye cuti ni nak blogging up sikit dari biasa sebab tahun depan kalau dah kuliah memang tak nyompet le nak hupdate atau blogwalking. haha. kamu, sila rindu saya lebih tahun depan k!

3)jalan-jalan
yess..nak pergi jalan-jalan sekitar bandar Terengganu. actually, nak lepas gian drive jauh. dah lama kot tak main kawasan bandar. haha. bawak adik-adik pergi Taman Tamadun Islam ke, Pulau Warisan ke, tak pun lepak Pantai Batu Buruk. erkk..teringin jugak nak jenguk staf kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. kangenn bangat!



4)study
pergghh..cuti tak cuti. stadi tak stadi. haha. haruslah. at least Mish nak jenguk gak nota senior ni. especially subjek killer sem depan cam Mikrobiologi dan Kimia Farmaseutik. yew...sem lepas ramai senior histeria jawab paper ni. mengerikan. otak memang dah berkarat sebab dah setahun ilmu berat tak masuk. haha.

5) shopping
ok. sila optimis. bukan shopping baju, jeans,dan sebagainya tu k. tapi nak shopping barang masuk hostel. nak kena beli semua dari awal sebab banyak barang hostel dulu Mish bagi kat adik yang duk matriks tu. kakak mithali. cewwah! 

6) lepak
hua hua hua. sangat tak manis ayat lepak tu kalau untuk anak dara cantik manis cam Mish kan?buwerkk~haha. so, ayat betulnya, jumpa. ye, nak jumpa kawan-kawan lama. konpem dorang balik kan time cuti ni. yeehaaa~masa untuk bergosip ye kawan-kawan.

ok. tu je kot checklist yang terjangkau dek akal sekarang ni. Mish akan buat konklusi sal checklist RC2010 ni pada akhir Disember bagi memastikan Mish setelkan semua ni. ahaks~!giler semangat cuti ni kan??korang cuti buat pe je hah?? :P

psst~
selamat menjalani cuti yang bernilai kawan-kawan!