hari ni entry tak de emo-emo eh. haha. nanti Dato Nazirulhazwan marah. dia tu sama je spesies ngan si Miera ni. nak kena saman sebab bercakap hingga melukakakan hati gua lol...haha. siap ang Naz!!
tadi tengah hari ada presentation untuk subjek Mikrobiologi. lepas tu as a student yang 'sangat berdedikasi dan berwibawa' tambah pula 'semangat berkumpulan yang menebal' , kerja tu ditangguh dan tertangguh. lec bagi assemen tu masa before cuti midsem lagi. tapi semalam baru la sibuk nak cari maklumat. kan ciri-ciri nak jadi student zaman skang kan suka berlengah.
malangnya bagi ahli kumpulan Mish dan untungnya bagi Mish sebab semalam Mish memang tidur gila punya awal la. dari balik kelas sampai la pagi tadi. diorang la yang bertungkus lumus yang siapkan kerja tu. cari maklumat. rancang cara nak presentation apa semua. tapi Mish rilek je tidur. diorang nak kejut. tapi roomate cakap, Mish macam tak sihat. haha. memang la tak sihat. dah 3 malam tidur lewat. hua3..
so, Mish just terima je la part mana yang Mish kena present petang nanti. tak kisah pun. bajet cool. haha
tapi alih-alih kena buat baru gak sebab bila tanya lecturer sal tajuk kitorang. jauh sangat tersimpang. so. lecturer bagi masa la untuk betulkan balik dan postpone presentation tu. untung kan i tidur lena plus nyenyak plus lama gilerr semalam. haha.
bukan la nak dibanggakan yang tidur lena semalam tanpa buat kerja. tapi untung la tak buat kerja semalam sebab tertidur. kan kan. haha.
sekali groupmate baca konpem diorang kapakkan bilik Mish t..korang rahsiakan ea. haha.