Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Hujung Minggu.

gambar dari google. percaya tak? hahaha
My last hujung minggu kat umah. banyak giler benda nak setel. Isnin ni dah nak berlepas ke Pahang. haha. bajet cam Pahang jauh kan.

Hujung minggu camni penuh ngan jemputan kenduri kawen. banyak pulak orang bina masjid skang eh. haha. yang kapel of kos la sibuk pergi dating kalau hujung minggu camni kan? auw! Mish kena pencen dari dating la kot. haha. kawen terus nanti. bajet ada yang nak. tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? lalalalala.

Kalau dulu-dulu, asal hujung minggu je. mesti balik kampung. tapi tu dulu la. lepas arwah atok ngan nenek tak de. jarang-jarang balik. kalau balik pun nak jenguk sape. bangla ramai la kat kampung. sebab ada kilang kayu. haha. sape yang nak ngorat bangla Mish dengan rela hati sudi tolong sampaikan hajat kamu tu. hak hak.

tiba-tiba hujung minggu ni jadi sayu. adoi. bila la nak berhujung minggu macam ni lagi kan. uit, korang buat apa hujung minggu ni? nak join boleh? haha.

Saturday, July 2, 2011

What A Boring Weekend....

bangun tidur, gosok gigi, mandi

online FB

online blog

makan megi

sambung online

baca blog kawan-kawan. komen mana yang boleh dikomen.

terharu baca post by keen tentang entry INI. terima kasih keen. kita kawan sampai akhirat. sayam kamu. boleh baca entry keen tu kat SINI.

siapkan design blog Miera. sekarang rasa dah siap. dah lega. boleh jenguk design yang dah siap tu kat my testsite kat sini.

dan sekarang..tak tau nak buat apa dah. adoii. layan hindustan jom! ahaks!
rasa macam nak kerja. nak duit. aaa. benci!! BENCI POKET KOSONG. huhu. ada sesiapa yang nak bagi idea tak nak korek income kot mana.

Monday, May 30, 2011

Yang Kecik Seronok Bercuti Sekolah, Yang Besar Tak Sabar Nak Kawen.

cewwah..masuk hari ni dah 4 hari cuti sekolah mula kan.(bagi pantai timur). syok kot dengar perancangan adik-adik Mish yang dah mula cuti skang. aiseh betul la. sampai budak-budak dah start cuti pun Mish still stuck kat hostel ni. ohmai..

adik-adik semua duk plan nak g lepak Mesra Mall la, main pantai la, pergi shopping sana la, berseronok sana la. bestnya. sabar..sabar. sikit hari je lagi nak balik. aiseh. 3hb. datangla cepat!

namanya cuti, mesti la budak-budak yang excited lebih kan. boleh la bangun lambat 2 minggu. lepas tu tak payah pakai baju sekolah apa semua. tak payah mengadap muka cikgu. tak payah cuak-cuak kalau ada keje sekolah tak siap. eh, tapi kalau cuti sekolah lagi la banyak kerja sekolah kan. haha. padan muka budak-budak.

dalam seronok budak sekolah bercuti, yang tua, remaja, muda dan mudi ni pulak duk syok menghitung hari nak kahwin. eh, ayat tu macam kahwin tu main-main je kan. tukar ayat yang mengghairahkan sikit. mereka yang tua, remaja, muda dan mudi pulak sedang berdebar menghitung hari menjadi raja sehari. cewwah. *yang berkenaan sahaja*

mentang-mentang la cuti sekolah. semua pakat nak wat kenduri.

dekat FB pun ramai duk invited untuk ke majlis perkahwinan si polan dan pulin la. padahal sumpah ai tak kenal. so, just klik no no dan no jela. susah jugak zaman moden ni. main jemput je orang merata-rata. kang kalau yang tak kenal tu semua datang. haru la jawabnya. gulai tak cukup, nasi tak cukup. haha. senang je orang kawen skang kan. jemput kat FB. jimat duit nak cetak kad kawen. haha. my future hubby, t kita kawen jemput camni gak ke eh?*berangan jap*

yang si mak dan ayah mempelai ni pun mesti duk sibuk duk jemput sedare mare dan kawan-kawan semua. bizi manjang. mana yang lebih duit duk sibuk cat rumah la apa la. bagai nak raya bunyinya. hehe. hari bersejarah kan. harusla nampak style dan kelass sikit dari biasa.

seronok dengar orang nak kawen. eh, tetiba.

hehe. curi picca from my kazen,s FB. sweet kan baju kawen dia. simple je. pheww. dah la laki doctor. aiseh...naseb badan.


psst~
pelajar U yang cuti pun duk bizi buat kerja part time. ai yang student final sem ni? apa kes terlekat kat hostel lagi? adoi.

Saturday, May 14, 2011

Secara FIZIKALnya, Saya Merdeka

Assalamualaikum w.b.t

maka dengan ini, pada tarikh 14 MEI 2011 adalah hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah. tamat la peperiksaan untuk tahap diploma. ciss. rasa struggle bagai nak rak dah macam ambik phD. haha. poyo! struggle la sangat kan.

btw, secara fizikalnya, rasa macam dah merdeka, dah bebas. no more buku, nota dan no more lecture yang mengantuk-ngantuk. dan secara teorinya, saya harusla berasa gembira. saya sepatutnya keluar berjimba-jimba dengan kawan-kawan. kan?

tapi, secara mentalnya, i'm quite depressed. erk. exam dah setel. nak kena tunggu result lak. result nanti, entah rupa cacing pintal ke rupa apa. cuak yang menyebabkan urat darahku menegang. cramp. jawab soalan macam sedang menggoreng sayur kat dapur. pantas dan laju dan cekap. ikut suka rasa lidah je. haha.

dah la kolej ni demm sikit. siap keluar memo tak boleh balik sehingga 3hb Jun. mental betul la. siap kena attend kelas lagi. 8-5 petang. waddehal betul la. tetiba je. wahai encik bahagian pengurusan. habaq mai sikit, kamu nak kami datang kelas berjam-jam, stay kat hostel berminggu-minggu buat apa? exam dah lepas. bebaskan la kami beb. tensen r. nak balik kampung la wei. adoi.

kesimpulannya, saya mula rasa sedih nak tinggal kolej ni. titik!
erk, kesimpulan yang tiada kene mengena kan. haha.

Friday, March 4, 2011

Cuti Yang Tak Macam Cuti

Assalamulaikum dan salam sejahtera. hak hak. dah lama tak main ketuk-ketuk notebook kecik nih. rasa riang gembira lak bila dapat ketuk kan. konon laa. haha.


seperti yang tertulis dalam takwim kolej Mish, bermula hari ni hingga 13hb Mac adalah cuti midsem. wahh..cuti!! seriyes, sape yang tak suka dapat cuti kan. seminggu lak tu. Mish pun dengar je cuti terus je tergolek-golek suka. zaman student ni la nak rasa cuti free puas-puas. nanti dah kerja. hampagas kot. siap ada limit lagi cuti tu. ish. sangat tak seronok. hua hua hua.


zaman skang, nak masuk tandas pun kena bayar. sama la prinsipnya dengan cuti. cuti pun kena belajar tau. adeh. ye ye je perumpamaan tu. haha. kuatnya mereka cerita dusta. aihh.



tak paham betulla. kenapa bila cuti je, setiap lecturer berlumba-lumba duk bagi assignment la, kerja tu la, ni la. hampess. bukan ke maksud cuti tu sendiri bererti merehatkan diri dari melakukan kerja. so, kalau belajar, kena la rehatkan otak dari belajar kan. huwaa. kenapa la tak de sorang lecturer pun yang paham pengertian cuti ni. ish. ( tiba-tiba rasa nak suruh lecturer Mish folo belog nih..)


wahai lecturer. kenapa la anda kejam sangat. langsung tak boleh nak tengok kami bercuti dengan jayanya. tak dan dan. naik cuti midsem, nak tengok assginment tu la. kena present ni la. hantar report tu laa..macam-macam. ishhh...


banyak songeh lak student macam Mish ni kan?hahaha.




psst~
yeayyy!!!esok balik kampung. bas Tasik Kenyir pukul 9 malam. sape nak duk seat sebelah saya esok??harap-harap perempuan. kalau lelaki nanti tidur berdengkur. rimas aihh. haha..

Thursday, February 3, 2011

Iman Demam Korea Lagi I My SweetHome!

salam sejahtera semua. hehe..alhamdulillah Mish selamat sampai kat umah pukul 2.30 pagi tadi. tak menjadi hal sebab bas Ekspress Tasik Kenyir memang laju dan sentiasa meletop kalau bab sampai ke destinasi ni. tak pernah lewat. ahaks! bodek sebab nak diskaun tiket bas. haha.


ok, ni nak cerita pasal si Iman ni. ingat lagi Iman adik bongsu sang keladi i tu? hehe. tak ingat sudah. tak penting pun. cuma nak cerita ni, disebabkan semalam sampai awal pagi, so, pagi tadi, ade ura-ura qada la tidurnya kan kan? pastu dalam pukul 9 lebih ada satu raksasa datang hempap perut selim melim i. adeh. senak jap. tenyeh-tenyeh mata, ish, Iman rupanya, tak ubah-ubah habit die suka hempap perut Mish. salah satu taktik nak kejutkan akak yang dirinduinya ni la kununnya. haha.


bukak mata je terus die mintak Ooo.ooo..eh, korang tau ke die mintak ape? haha. tu la lagu peberet die. No Others - Suju. adeh. rasa nak piat-piat je telinga. orang ngantuk-ngantuk die boleh pi mintak video tu. dah la berlagak, tak nak tengok yang dalam henset. nak tengok yang dalam laptop. adeh. ok, Mish pun bangunla bukak bag, dan amik laptop. dan seterusnya bukak la video tu kasi die tengok, dah bagi tengok, nak banyak songeh pulak. mintak lagu No No No No..lagu ape?  hehe. Take Care of My Girlfiriend - B2ST. hampagas punye adik. 


owh, tu kisah si Iman. pastu kalau duk umah biasa la kan. tak boleh nak bermalas-malasan macam duk asrama. duk asrama kau nak tidur sampai tengah hari pun ada roomate kau nak membebel? ada? kalau ada lempang je laju-laju. tapi ni kat umah. duk rilek sikit pasti umi bising. hehe. ye la. kau goyang kaki, tapi pinggan mangkuk kat sink tunggu hantu datang basuh eh? haha. kena sapu umah la, tolong umi duk dapur la. adeh. makan je tau. haha. tu la beza duk umah ngan hostel. duk hostel, makanan tak sedap, tetap kena bayar.  lepas makan, buang je polisterin. kalau duk umah, makanan memang heaven, free lak tu. tapi pas makan kena basuh pinggan. kalau makan satu pinggan, tapi kena basuh berpinggan-pinggan. paham maksud Mish? ahh. tak paham sudaa. haha.


gembira kot dapat balik umah. even mish balik just untuk 2 hari sebab Sabtu pagi dah naik bas balik, tapi tak kesah la. sebab adik-adik lain semua balik jugak. hehe. kalau tunggu cuti pertengahan semester ni ada yang tak dapat cuti. huhu. 




semalam kawan-kawan Mish yang ikut trip ke Melaka tu hantar MMS. gambar mereka berhepi go lucky la kununnya. adeh. jeles? tak kuasa la. haha. 


psst~
semalam masa keluar kat MidValley, Isma Daniel dan pasangan beratur kat depan i betul-betul masa nak beli tiket wayang kat GSC. pastu masa nak masuk wayang pukul 12 tgh hari, terserempak Shamsul Yusuf ngan kawan-kawan. hensem siot. terus jatuh hati. hahaha. oh, SHaolin sangat best!! seriyes. 

Sunday, January 30, 2011

Komen Pasal Cerita Haq Sikit..ehee!

salam hujung minggu yang amat ceria sebab masing-masing dah bergaji. so poket pun penuh la yea. ahaks! (untuk goverment dan yang sewaktu dengannya). so, ape lagi, hujung minggu ni memasing keluar shopping dan meronggeng kat bandar la yea. tambah-tambah banyak filem yang baru release kan. jom serbu panggung. haha.

sejujurnya, tadi Mish pergi tengok cerita Haq. owh, untuk sinopsisnya sila rujuk entry INI yea. perasaan?wahh. rasa macam agak membazir kot ke'eksaited' an Mish tu. sebab..jalan ceritanya memang tulen jalan cerita Melayu la. paham-paham la yea. bukan nak kutuk perfileman sendiri. hampun maap la. Mish bukan orang seni nak nilai dari semua aspek. Mish nak kongsi ikut mata rabun dan mata seorang penonton tiada darah seni ni. jalan ceritanya agak selow melow dan dialog atau skrip yang agak kaku dan nampak tak natural. auww. pandai je haku komen mengomen nih. haha. tapi kalau ikut kan kesan-kesan khas yang agak advance la. boleh la sebab ada efek-efek kuasa ala-ala Dragon Ball gitu. paper hal pun, korang try la layan sendiri k!! hehe.

korang dah tengok ke?belum? cepat la pergi. tak aci la Mish je yang kena penangan cerita yang 'mengujakan' macam Haq ni. hehe. eh, lupa nak komen sikit lagi, jalan cerita dia macam sangkut paut tu jauh sikit je. cam tak berapa sesuai la die gabung satu scene dengan scenen yang lain. ahh. tak pandai nak olah lebih-lebih. sebab tak tau istilah. haha. buat review macam ni agak-agak ade pengarah datang hentam tak??

err..cerita Haq ni best! ceh. terus je tukar opinion sebab takut pengarah datang baca. wuhaha. nasib la. ni pandangan Mish yang bukan  la sesiapa dalam bidang seni. perasan artis tu ade la sikit-sikit. haha. 


lepas tu kunun nak tengok Green Hornet. hampes. ada yang 3D je. sumpah Mish tak suka pakai spek keras tu. don like okie! adeh. so, niat tulus suci kununnya terpaksa dibatalkan. huhu. nanti kalau ade orang bagi rating 5 star baru Mish merelakan mata ni pakai lagi spek keras tu. adeh. pening kepala bila pakai spek tu.

pastu semalam kan kan..ade Malaysia IT Fair kat Midvalley. perghh. bersesak makhluk Allah. penat jalan beb. nasib baik tak pakai heel 8 inci. kalau tak, konpem balik tu kena gantung kaki atas siling bilik. hahaha. 


owh, ade cerita masa Mish naik KTM on the way nak pergi Midvalley nih. nanti kalau ada masa Mish cerita ea. ni ngntuk sudaa. mau tdor. sok awal pagi nak hang out ngan member kat Time Square. kalau rajin mencelah sat kat gathering Sahabat Blogger yang diwar-warkan tu. hehe.


Friday, January 28, 2011

Kenapa Jadi Pemalas?Bila Pulak Jadi Rajin??

ehem..agak berhabuk sedikit sebab dah dua hari kot tak hapdate. adeh. baru dua hari kau dah kepoh la minah. macam la orang heran. haha. korang tak heran ea? tapi Mish heran. kenapa Mish heran? biaq p la Mish nak heran. haha. hampes!

yeay esok Sabtu, lusa Ahad. HUJUNG MINGGU!! sape yang bekerja tu sila jangan malas-malas k. jangan curi tulang. nanti rezeki tak berkat. bwerk je nak nasihat orang kan? haha. agak-agak Mish keluar tak minggu ni ea. adeh. jom keluar kawan-kawan. kita pi tengok Green Hornet dengan Haq. hehe. korang belanja. deal? ahaks! mati la kalau korang kejar bawak parang. owh, dah jauh menyimpang. begini la gaya kalau dah setat menulis tu. adeh. kesian yang tukang baca. haha.

owh. hari tu dua hari diam. tak hapdate, dan tak blogwalking. sebab?
  1. malas bukak lappy.
  2. malas taip.
  3. malas ngadap tenet.
  4. malas nak karang entry.
  5. malas nak loading page.
  6. malas segalanya.
  7. malas everything.
  8. malas semuanya.
  9. malas lagi.
  10. masih malas.
ok, tu antara reason atau dalam bahasa bakunya sebab kenapa Mish malas nak update entry. kalau nak cakap sebab bizi tu rasanya tak sangat kot. sebab ada antara dua tiga kerja dah setel. tinggal lagi dua tiga yang lain. tapi sejak akhir-akhir ni Mish rajin pulak :
  1. tidur. (sebab tu sape-sape yang ade kol malam-malam tu memang sori to say la. i sleep early u know? ahaks!)
  2. makan. (badan dah macam doraemon)
  3. melepak kat bilik member.
  4. minum air kosong. (perlu ke mention??)
  5. mengadap kalendar sebab hitung hari untuk cuti Raya Cina.
  6. sapu bilik.
  7. baring tanpa tujuan.
  8. menung panjang.
  9. berangan sekor-sekor.
  10. download video korea sampai broadband pun dah limit.
hoho. memang penuh kemalasan dan kerajinan kan kan? perlu ke Mish bagi semua ni? perlu la sebab ni mood tengah rajin nak taip entry. tapi tak tau nak taip pasal apa. haha. bantai je la. kan kan kan?

owh..gambar ini sangat garang kan kan kan?? (masih lagi tak de kena mengena dengan entry. wuahaha)


psst~
ex boyfriend my BFF call mintak tolong. perlu tolong ke yea? adeh.

owh, lupa nak cakap. berdasarkan entry yang sebelum ni. DALAM DILEMA tu. Mish dah buat keputusan untuk balik umah. hoorey!! homescik beb. tak tahan la nak jalan-jalan tapi hati rindu rumah. aiseh!! kepada Tomatokering..nanti ada masa kita jumpa yea.

Wednesday, January 26, 2011

Balik - Tak Balik [DILEMA]

hai..Slamat Tahun Baru Cina yea semua. ahaks. padahal lambat lagi kan kan kan. tapi Mish dah rasa macam esok dah nak sambut Raya Cina ni. haha, eksaited kah itu??

bukan feel yang eksaited pun sebenarnya even kolej Mish cuti 5 hari. kalau korang mesti cakap yang..o yeah, balik kampung!! percayalah kalau boleh Mish pun nak jerit macam tu jugak sambil guling-gulinbg atas rumput indah kat Tasik Titiwangsa. wah, bajet cerita hindustan. padahal Titiwangsa pun tak pernah jejak. ceruk mana ntah. owh, saya sangat kasihan. kan kan kan?

berbalik kepada topik. sila jangan terkeluar landasan lagi ok!

meh sama hayati kesusahan Mish ok!!

1st :
sekarang ni Mish dah final sem.lepas ni posting. confirm berpisah jauh-jauh ngan member kan? nanti kalau dah jauh taj dapat jumpa selalu. so, ade la dalam 2 3 orang budak kelas Mish rancang nak pergi bercuti ke Melaka. wah, ayat bercuti macam nak gi Thailand kan? hehe. yep. diorang ajak pergi Melaka. pada tarikh 2hb dan 3 hb. mula-mula, Mish antara yang paling eksaited la kononnya. gila punye  eksaited kot bab jalan, merayap, meronggeng ni.

2nd :
7hb sampai 13hb Mish cuti midsem. agak-agak korang lama lagi tak? sampai sebulan tak lagi?? kalau lebih dari sebulan daripada tarikh hari ni mesti la lama kan kan. kitorang bajet, raya Cina ni tak nak balik, sebab tu gi jalan-jalan Melaka. balik tak balik masa cuti midsem ni je terus. tapi tiba-tiba perut Mish diserbu penyakit homesick. oeh, rindunya kat adik-adik kat umah. rindu nya nak makan makanan free kat umah. owh, i miss everything about umah. lama lagi tu nak tunggu bulan tiga. owh, saraf dah mula rasa kejang bila kira hari.

so, eotthekarago??apa perlu saya buat ni?? sob sob. lap hingus kat tuala kecil warna biru. eh, pink. bajet ade la. haha. Melaka -umah - Melaka - umah - Melaka - umah. adeh, peningnya nak pikir.

ohhoi orang Melaka. apa yang best kat Melaka yea. sila la jadi tourist guide kami!! haha. bunyi macam yakin je nak join percutian 2 hari 1 malam tu. =.=


psst~
lagu Anuar Zain menyakitkan telinga saya. tolong jangan pasang depan saya boleh? hurt my ears ok!! tengah-tengah kena virus sore seksi puls selsema ni rasa macam nak telan orang lak. boleh??

Thursday, January 20, 2011

Entry Hari Thaipusam

salam penghayatan cuti Thaipusam yea semua. ehee. hari ni Bulan ngan Erza mesti pergi panjat Batu Caves ni. ahaks! gembira la mereka-mereka ni yea. 

okeyh..jom merepek. dah lama rasanya Mish tinggalkan tittle 'blogger tegar' ni. klau dulu, UV harusla melebihi paling kurang 400. (tu pun dah kira susah nak dapat bagi Mish) wajib dan harus. tengok duit earning Nuffnang. waa. banyak peningkatan. hati berbunga-bunga. sengih sorang-sorang tengok duit. tengok jumlah follower pulak. waa. peningkatan yang agak laju. naik jap semangat nak berblog. tapi tu dulu la. 

namanya itu dulu. sekarang ape dah jadi? ahahaha. dah tak peduli semua tu. berblog untuk diri sendiri je. ada pembaca, alhamdulillah. kalau tak de sekalipun, blog still my priority. tapi sekarang keutamaan Mish makin bertambah. so, kasih sayang tak dapat sepenuhnya diberi kepada blog ni. 

sekarang nak menempek di SB pun dah tak seronok sangat. kawan-kawan dunia maya Mish masing-masing bizi. dah tak happening macam dulu. ye la, sebab dulu musim cui, masing-masing 24 jam depan lappy. kan kan. sekarang masing-masing dah bizi dengan kelas la, keje la, assignment la. ades. rindu la masa senang dulu.   hehe.

cuti-cuti macam ni seronok betul buat taik mata kan? haha. 

psst ~
makin lama malas nak pikir tajuk..hehehe

Saturday, December 25, 2010

Tanda-tanda Berat Dah Naik


hari ni lunch makan lauk peberet, ikan bilis goreng kicap,  di samping lauk-lauk lain. semalam pun masak bubur ngan ikan bilis goreng kicap. malam ni pun ingat nak buat bubur ngan ikan bilis goreng kicap lagi. nak makan ikan bilis goreng kicap sampai muak. haha. lama-lama kulit pun hitam legam macam kicap. yeww...

nafsu makan sekarang makin membuak-buak. ciss, macam kotor je guna ayat nafsu tu. haha. abaikan. yang penting ketebelan lemak makin meningkat. oh my~ camane ni? lagi seminggu nak bukak kolej. pipi tembam, lengan besar gajah, aigoo. seram je. haha. macam la before ni body kau lawa sangat nak susah-susah hati ni. haha. oh slim world~

Mish ada cara tersendiri kalau nak tau berat makin naik ke tak. hehe. meh nak share sikit.kot-kot sama la kan. hehe. boleh la geng.

1) Jam tangan. jam dinding direject sama sekali ok. hehe. biasanya Mish akan pakai tali jam pada lubang ke 2. tapi kalau dah terlajak ke lubang ketiga dan rasa ketat tu. means. memang sah-sah la gemuk...!

2 ) baju dan seluar. common la ni kan. semua pun akan perasan korang makin gemuk bila baju atau seluar yang biasanya boleh masuk sorang lagi dalam baju tu, means baju tu longgar. tapi tiba-iba je korang pakai baju tu, rasa macam sesak dada. ketat ok. sedar-sedar la korang sudah makin gemuk! haha.

3 ) warna kulit. hehe. ni Mish pandai-pandai je. kalau Mish kurus, Mish akan nampak gelap sikit. kalau gemuk, nampak cerah sikit. mungkin efek kulit tertarik/tertegang kot. haha. memandai je i ni. aihh.

4 ) pakai tudung. bukan tudung saji ok. tapi tudung atau selendang atau paper je la. kalau berat Mish makin naik, pakai la camane sekali pun kat bahagian muka tu. lipat la banyak ke sikit ke. wat muncung ke kat atas tu, tetap tak jadi. owh, i hate this part. tak de semangat nak keluar umah. haha.

5 ) part paling best. pi je timbang sendiri berat korang tu. lagi mudah, cekap dan efisien. hahaha. err...ari tu i pi timbang kat Sabasun Hypermarket. hurm..naik 1 kilo setengah = 1.5kg.hampa..

psst~
camane nak diet ek. tak pandai la control makan. huhu.

Friday, December 24, 2010

Menghitung Hari

ok, ini bukan entry pasal lirik lagu Kris Dayanti si bulu mata lentik tu ok. ni entry Menghitung Hari versi budak gedik kuat merapu.

first of all, (ciss spiking kunun) Mish nak mengeluh dulu. *sigh*. belek-belek kalendar, lagi 8 hari baki cuti. lepas ni masuk kolej balik. hadoii. bermula kehidupan seorang student yang membosankan dan mengantukkan. haha. warghhh!! rasa nak jerit tepi gaung. uit, cam berani je bunyi. whatever. 

resah hati bila fikir lepas ni kena masuk tidur awal. kena bangun awal sebab senior cakap sekarang pengetua kolej garang dan tegas yang amat. hate it. uhh. dah tak boleh nak broken the rules lagi. super duper senior la katakan. haha. 

8 hari...hurm..satu hapo pun Mish tak wat lagi. setakat prepare barang-barang nak masuk kolej. tak sabar wess. daripada duk umah  ngadap muka beliau tu hari-hari. wat senak perut je. haha. *jahat* tak sabar nak balik kolej la kononnya. padahal borang posting lom isi lagi. hadoww. tensen-tensen. print pon belum. nanti kena kita boleh minta 3 tempat untuk mohon posting. err, negeri mana yang best sikit nak kumpul duit ek?hehe. leh la wat permohonan kerja kat sana nanti. kalau ada kosong dapat la kan. kalau tak de, uwaa..tercampak la kau kat tempat jin bertendang. uhh.

kenapa la cuti ni cepat sangat berlalu. 8 hari lagi. emm. apa patut Mish buat ek? lalalalala~

Saturday, December 11, 2010

Makan Tidur dengan Seronok!

yeahh...mood cuti akan tamat dalam beberapa hari je lagi. ades..liat, malas, culas.ahh.. paper je yang korang paham. yang penting, Mish sangat malas nak balik kolej. setahun hidup kat luar. dah rasa macam orang kerja pun ada sebab praktikal kan?otak pun dah berkarat hijau ni. yeww. camane la nak installkan ilmu ni balik.

haha. ni dah cuti lagi la rasa lemau. mengada-ngada je. perut banyak isi, mata pun banyak isi jugak. aihh. kang esok kalau dah balik kolej, konpem kena culture shock semua sistem dalam badan. haha,padan muka. 

siapa rasa cuti ni tak syok, angkat kain? opss! jangan! kang lain jadi. ahaha. semestinya cuti adalah waktu terindah kan?kan? makan, tidur, online.

perghh..sel-sel lemak makin membiak dengan pantas dan cekap kan?haha. waktu makan je, turun makan. makan lak free. so, kaut je berapa senduk, tak payah bayar. haha. seronok nya hidup. hehe. tang tidur lak, boleh tidur lewat-lewat. pas subuh, boleh sambung tidur dengan jayanya. haha. tak payah susah nak kunci jam nak pergi kelas. just tunggu umi jerit je dari dapur suh bangun. tak pun pagi-pagi tengok si Iman dah duduk atas perut sambil duk panggil "Arrom..!" means. Along. sebab Iman cam pelat L lagi. haha.



persediaan mental dah dibuat awal-awal kalau nanti balik kolej ada yang menceluparkan mulut dengan bertanya "wehh..awat ang makin gemuk wess jihah?". so, jawapan yang bernas kena la disediakan awal-awal kan??hehe.

psst~
cuti-cuti ni best kalau petang-petang musim hujan pekena cekodok atau kopok lekor goreng depan tv sambil layan Putera Katak. hahaha. umi selalu gelak sakan kalau tengok katak tu lompat-lompat. yeww je kan?

psst~
buat bulan sayang, cuti anda dah tamat, so, jangan terlalu teruja baca post ni k. ahaks! jumpe kamu ngan erza kat batu caves tahun depan ek. kita panjat sama-sama. hahahahahaha.

Wednesday, December 1, 2010

Rancangan Cuti 2010!

selamat datang December 2010! haha. so, ni last cuti yang Mish akan penuhi dengan jayanya pada tahun ni. sebab lepas ni cuti dah jatuh pada tahun depan lak. aisehh..semoga dipanjangkan umur untuk menghadapi tahun depan dan tahun seterusnya.

hey hey, bukan Malaysia je ada Rancangan Malaysia ke XX. Mish pun ada tau. Mish namakan, Rancangan Cuti 2010. o yeahh~banyak sangat perkara yang Mish nak buat cuti ni. ish. too many. that is = {makan, tidur, online} ulang sebanyak 31 kali bersamaan satu kali sehari selama sebulan!

pengakuan yang terlampau jujur kot. konpem andartu Mish kalau tu je keje. bayangkan la. duk bela body je. aihh~dah bulat cam doraemon ni. haha. ok, jom tengok checklist harapan plus impian yang Mish nak wat sepanjang cuti Disember. cee..macam banyak dan gempak je. suketi i larhhh!


1) makan
ahaks..makan itu wajib. mana boleh tinggal. nak makan banyak-banyak sebab tahun depan masuk hostel dah kurang merasa masakan umi. hak hak. agak-agak lagi seminggu nak masuk hostel baru stat diet mengejut!hee~

2) berblogging
olaitt..tu harusla. sebab niatnye cuti ni nak blogging up sikit dari biasa sebab tahun depan kalau dah kuliah memang tak nyompet le nak hupdate atau blogwalking. haha. kamu, sila rindu saya lebih tahun depan k!

3)jalan-jalan
yess..nak pergi jalan-jalan sekitar bandar Terengganu. actually, nak lepas gian drive jauh. dah lama kot tak main kawasan bandar. haha. bawak adik-adik pergi Taman Tamadun Islam ke, Pulau Warisan ke, tak pun lepak Pantai Batu Buruk. erkk..teringin jugak nak jenguk staf kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. kangenn bangat!



4)study
pergghh..cuti tak cuti. stadi tak stadi. haha. haruslah. at least Mish nak jenguk gak nota senior ni. especially subjek killer sem depan cam Mikrobiologi dan Kimia Farmaseutik. yew...sem lepas ramai senior histeria jawab paper ni. mengerikan. otak memang dah berkarat sebab dah setahun ilmu berat tak masuk. haha.

5) shopping
ok. sila optimis. bukan shopping baju, jeans,dan sebagainya tu k. tapi nak shopping barang masuk hostel. nak kena beli semua dari awal sebab banyak barang hostel dulu Mish bagi kat adik yang duk matriks tu. kakak mithali. cewwah! 

6) lepak
hua hua hua. sangat tak manis ayat lepak tu kalau untuk anak dara cantik manis cam Mish kan?buwerkk~haha. so, ayat betulnya, jumpa. ye, nak jumpa kawan-kawan lama. konpem dorang balik kan time cuti ni. yeehaaa~masa untuk bergosip ye kawan-kawan.

ok. tu je kot checklist yang terjangkau dek akal sekarang ni. Mish akan buat konklusi sal checklist RC2010 ni pada akhir Disember bagi memastikan Mish setelkan semua ni. ahaks~!giler semangat cuti ni kan??korang cuti buat pe je hah?? :P

psst~
selamat menjalani cuti yang bernilai kawan-kawan!