Showing posts with label hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label hujung minggu. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Aktiviti hujung minggu

hujung minggu semalam dan semalam lagi satu tu, amatlahh bosan. dua hari ai terperuk kat umah. sikit pun tak kena cahaya matahari kat kulit ni. kirenya kulit ai terselamat la daripada sinaran UV selama dua hari. so bajet risiko nak jadi hitam tu memang tipis lah. lagipun kulit yang sedia ada pun dah memang hitam. eh, hitam-hitam manis. manis tu penting. hahaha.

orang lain semua pergi larian 10,000 langkah sehari kat Bentong bersama-sama dengan Menteri Kesihatan, tapi ai memeruk je dalam umah. orang lain pergi mandi kat air terjun Chamang, ai terperuk dalam bilik sorang-sorang. haishhh..tak de sosial life betul kan.

actually, untuk entry kali ni, ai just nak cakap yang, hujung minggu ni ai dating ngan cerita-cerita dari korea dan jepun. auwwww! rasa awesome sangat dapat menamatkan cerita-cerita ni dengan bergayanya. 

ni cerita Jepun. cerita pasal sekolah perempuan yang syok giler. setiap pelajar perempuan kat sekolah tu akan ada sorang lelaki sebagai bodyguard merangkap kuli merangkap penjaga yang baik giler. best kan! best nya cerita ni sebabbbb...tengok sendiri. ai fail bab cerita kat orang ni. ehee..>_<

cerita ni pun memang sangat best! kisah perempuan yang dulunya taiko kat sekolah jadi setiausaha kepada sorang lelaki yang langsung tak minat nak kerja. memang syok ah. tengok laa. tengok la..hahaha. kalau dah tengok tu duk diam-diam!

yang ni plak..err..mish tengok episod satu, dua, tiga, empat, lima, enambelas. eh, korang pandai kira tak?tetiba enambelas kan?sebabbb..Mish skip. haha. tak sabar sangat nak tau dia dengan sape. terus ke enambelas. las-las dah malas dah nak tengok. sebab dah tau ending. kua kua kua.

sesiapa yang boring, Mish syorkan cerita nombor satu dan nombor dua tu. berbaloi-baloi-baloi.

actually, untuk entry kali ni, ai just nak cakap yang, hujung minggu ni ai dating ngan cerita-cerita dari korea dan jepun. auwwww! rasa awesome sangat dapat menamatkan cerita-cerita ni dengan bergayanya. SEKIAN!

Saturday, July 23, 2011

Hujung Minggu.

gambar dari google. percaya tak? hahaha
My last hujung minggu kat umah. banyak giler benda nak setel. Isnin ni dah nak berlepas ke Pahang. haha. bajet cam Pahang jauh kan.

Hujung minggu camni penuh ngan jemputan kenduri kawen. banyak pulak orang bina masjid skang eh. haha. yang kapel of kos la sibuk pergi dating kalau hujung minggu camni kan? auw! Mish kena pencen dari dating la kot. haha. kawen terus nanti. bajet ada yang nak. tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? lalalalala.

Kalau dulu-dulu, asal hujung minggu je. mesti balik kampung. tapi tu dulu la. lepas arwah atok ngan nenek tak de. jarang-jarang balik. kalau balik pun nak jenguk sape. bangla ramai la kat kampung. sebab ada kilang kayu. haha. sape yang nak ngorat bangla Mish dengan rela hati sudi tolong sampaikan hajat kamu tu. hak hak.

tiba-tiba hujung minggu ni jadi sayu. adoi. bila la nak berhujung minggu macam ni lagi kan. uit, korang buat apa hujung minggu ni? nak join boleh? haha.