Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Wahh, SABTU!

hai semua. ahaha. mood rajin menaip memang tengah up. memang tak boleh kata apa la. dan mohon, jangan kata pape.

hari ni Sabtu weh. terasa indahnya bila sebut hari Sabtu. hujung minggu yang ditunggu-tunggu bagi pekerja office hour macam Mish. encik hasben oncall. so, bersenang lenang kat rumah je la jawabnya. hajat di hati nak topup tido. nak rilekskan badan. nak goyang-goyang-goyang kaki. malangnya, kuarters klinik ni rajin la plak nak buat gotong royong hari-hari minggu ni. spoil.

teringat time study, kalau hari sabtu ahad tu ibarat malam raya la tahap keseronokannya. macam-macam plan lam kepala otak ni. ennnjoyy manjang. rinduuu nya nak tengok wayang. rindu bau pantai. lama tak makan eskrem Gelato. lama tak jejak Midvalley. agak-agak Times Square rindu Mish tak eh. ohhh, rindu semua. dah, jom gotong-royong. siap-siap pegang penyapu, penyodok semua yeee! ayuhhhh!

Tuesday, October 25, 2011

Kebenaran Entry Ini

owh ok. jam mencecah duabelaspatplohtujuh minit pagi. hoho. awal lagi. rilek la beb.petang tadi dah tidur sepetang. bila malam menjengah camni mula la bijik mata jadi kerasa semacam. haihh...

tapi tak pe. bila lagi nak melayari internet sampai lewat pagi camni. ye dakk..ni pun nasib baik duk umah. maka, nampak la jugak batang idung ai di dunia maya nih pada tengah-tengah malam camni. kalau duk Bentong. mana nak cekau tenet? uih..lemah jap bila pikir cuti dah nak habis.

rabu ni balik semula ke sana. walaweyh...esok dah. ciss. sekejap giler masa berlalu. rasa nak angkut je tenet ni ke sana. bosan gila babas tak de tenet. seriyes wa cakap lu. wa tau lu pun sama. kalo tak de tenet lu ngan wa mati kutu. ohmai. tiba-tiba berlagak samseng. jangan! jangan amalkan. kita perempuan kena tunjuk kita lembut. nanti tak laku.

dulu suka sangat tempek gambo...
by the way, thanx sebab baca entry ni. saya sebenarnya sangat bosan. tu la kebenarannya. hahah. kebelakangan ni, makin suka pulak baca entry lama-lama. ternyata skill merapu ai dah terhakis sedikit sebanyak. ish, hilang bakat derr. haha. buwerkk!

siap menaip entry jam duabelaslimaplohpat. soalan cekodokmas, berapa minit Mish amek masa buat entry ni? jeng jeng jeng. siapa betul dapat penampar. ada berani?

Monday, October 3, 2011

Kenapa Perasaan Bosan Boleh Timbul Semasa Bekerja

Tak ada customer atau patient yang hensem-hensem.

Ehemm…ampa ingat ni tak penting ke? ish…sangat-sangat penting beb. Sebab tu mish buat point  yang teratas sekali. Cuba kalau customer, patient atau officemate korang hensem macam Lee Min Ho. Konfem hari-hari Mish pergi kerja. Sabtu Ahad sanggup pergi kerja tak bergaji. Haha. Over tak?

Asyik Buat Kerja Sama.

Hari-hari packing ubat. Hari-hari kira reten. Hari-hari siapkan inden. Hari-hari dispen. Dua kali sehari topup stok. Seminggu sekali cek rekod SPUB. Kadang-kadang naik muak la jugak kan. Nasib baik la sekali sekala boleh gak keluar pergi Hospital Daerah untuk ambil stok ubat. Kalau asyik terperap dalam farmasi tu je. mau meroyan ai. Haha. Aiseh..camane la father dan mother ai boleh kerja berpuluh tahun eh? Ish..demi rezeki kami adik beradik. Sobbsss…mood sedih pulopss.

Tak Ikhlas Melakukan Tugas.

Erkk! Tercekik je masa nak tulis sebab nih. Haha. Ramai ke yang terasa. Hoho. Harap-harap tak ramai la ye. Tak baikkk tau. Buat kerja kena ikhlas. Nawaitu mesti la kerana Allah. Baru la rezeki kita berkat. Buat apa-apa kerja pun kita jadi hepi. Hik hik. Betul takkkkk kawan-kawan??  Jadi lepas ni kita kena cakap, saya bosan datang kerja bila tak de kerja nak buat. Haha.

psst~
maaf la tak sempat nak merayappegi komen-komen kat umah korang. bizi lol. ni pun entry dalam draf. sob sobbssss!

Monday, August 22, 2011

Hasil Keboringan

salam semua!!

hujung minggu ni memberi erti tak kat korang? mesti la agak bererti buat yang ada pakwe dekat-dekat sebab boleh shopping raya bersama kan? sob sob. sadis sebab tak de pakwe dekat-dekat. haha.

disebabkan kebosanan tahap cipan kat rumah hujung minggu hari tu. maka Mish menggatalkan diri untuk bermain dengan photoscape.

maka terhasil la generasi header baru

dan

banner baru...!! yeay!

Photobucket

psst~
yess berjaya update. haha. so sesiapa yang bosan tahap cipan duk umah tu, sila la download photoscape okeh. jom menconteng bersama-sama. haha. hari ni kerja pun bosan....adoi!!

Saturday, July 23, 2011

Hujung Minggu.

gambar dari google. percaya tak? hahaha
My last hujung minggu kat umah. banyak giler benda nak setel. Isnin ni dah nak berlepas ke Pahang. haha. bajet cam Pahang jauh kan.

Hujung minggu camni penuh ngan jemputan kenduri kawen. banyak pulak orang bina masjid skang eh. haha. yang kapel of kos la sibuk pergi dating kalau hujung minggu camni kan? auw! Mish kena pencen dari dating la kot. haha. kawen terus nanti. bajet ada yang nak. tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? lalalalala.

Kalau dulu-dulu, asal hujung minggu je. mesti balik kampung. tapi tu dulu la. lepas arwah atok ngan nenek tak de. jarang-jarang balik. kalau balik pun nak jenguk sape. bangla ramai la kat kampung. sebab ada kilang kayu. haha. sape yang nak ngorat bangla Mish dengan rela hati sudi tolong sampaikan hajat kamu tu. hak hak.

tiba-tiba hujung minggu ni jadi sayu. adoi. bila la nak berhujung minggu macam ni lagi kan. uit, korang buat apa hujung minggu ni? nak join boleh? haha.

Sunday, July 10, 2011

Nak Buat Apa Pun Tak Boleyyyyyyyy.

selamat petang..

bila petang macam ni update dari umah pepel ni, sila set dalam kotak fikiran korang, tuan umah pepel ni sedang keboringan dan tak de keje nak buat.

memang betul pun.

adess.

nak pergi jalan-jalan umah member --------------> MALAS!
nak online lama-lama -----------------------> MALAS!
nak kemas umah ------------------------>MALAS!
nak turun kat laman, tengok-tengok pokok, cabut-cabut rumput pun ------> MALAS!

nak tidur kena kacau ngan mat Iman ni ha.
nak pegi goreng ikan masin makan ngan nasik kosong tapi takut gemuk. dah banyak makan hari ni.


apa nak buat petang hari camni. kalau ada Midvalley sebijik tepi rumah ni best jugak. haha.

Saturday, July 2, 2011

What A Boring Weekend....

bangun tidur, gosok gigi, mandi

online FB

online blog

makan megi

sambung online

baca blog kawan-kawan. komen mana yang boleh dikomen.

terharu baca post by keen tentang entry INI. terima kasih keen. kita kawan sampai akhirat. sayam kamu. boleh baca entry keen tu kat SINI.

siapkan design blog Miera. sekarang rasa dah siap. dah lega. boleh jenguk design yang dah siap tu kat my testsite kat sini.

dan sekarang..tak tau nak buat apa dah. adoii. layan hindustan jom! ahaks!
rasa macam nak kerja. nak duit. aaa. benci!! BENCI POKET KOSONG. huhu. ada sesiapa yang nak bagi idea tak nak korek income kot mana.

Friday, May 20, 2011

Nak Buat Apa Ni??

tadi pagi, pukul 8 Mish jadi budak baik. pergi kelas dengan bergayanya. ahaks. bergaya tu hanya penambah bicara okeh! lepas tu dalam pukul 11, siap-siap makan semua, kami cabut. balik hostel. pergi sekadar tunjuk muka je. dah kira baik Mish datang. budak-budak lain menonggeng atas katil lagi masa kami balik tadi. haha.

dan sekarang, kebosanan mula terasa. erk! tak tau nak buat apa kat hostel ni. nak online, rasa macam dah muak. tak tau nak bukak apa dah kalau online. asyik-asyik blog, FB, youtube. adeh.

nak tengok  movie. macam idea yang bagus. tapi tak tau nak tengok cerita apa. apa yang best eh. sebab jenis Mish, kalau tengok mesti cepat bosan. tengok pun sekerat jalan je nanti. sebab tu prefer tengok wayang.

nak keluar. tapi macam malas. tambah-tambah hujung bulan ni. baik duk diam-diam dalam bilik. nanti esok-esok tak pasal-pasal kena makan pasir berkuahkan budu. budu? hahah. sedap tu.

nak tidur. tapi asyik tidur je. mata pun dah tak reti nak mengantuk dah. tidur overdose. nanti muka macam bola. eh, tak nak laaa.

nak main game. tapi game pun macam membosankan sekarang ni. kalau main pun mesti rasa tak best. asyik menang je. ntah pape game Plant vs Zombie tu kan. haha.

adoi. semua benda jadi malas. tapi bosan. nak buat apa lagi ni..aiyakk..kalau kat umah kan best. leh main ngan Iman. adoi! adoi! adoi!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Korang Setuju Tak??

1) kalau tak cukup alat tulis, nak study pun rasa terbantut.

2) kalau rasa nak keluar, tapi tak de duit. rasa tak tenang je jiwa duk lam bilik. asek terbayang kemeriahan  MidValley, Time Square and each other.

3) takkan namanya 'in a relationship' kalau tak de pakwe. err. terasa jap. haha.

4) kalau lapar, kena makan. kalau tak, tak kenyang. haha.

5) kalau nota lecturer macam bahasa tambhi, rasa nak bakar je nota tu. satu habuk pun tarak paham der.

6) minum Milo Fuze boleh buat kita kenyang. erkk. sendawa jap. 

7) mineral water lagi best dari drinking water. sebab tu dia lagi mahal. 

8) kalau tak de internet, tak boleh update entry.

9) kalau rasa malas, tidur jalan terbaik.

10) membazir je kamu baca entry ni kan???

KEBOSANAN ITU PEMBUNUH KESERONOKAN!
hasil kerja kawan Mish, suzie. macam hampeh je hidung haku kau lukis mek! grrr...

hahaha..yezza!terupdate jugak hari ni. seriyes dua riyes dan tiga riyes ngah bosan nih. adeh. mati katak bawah tempurung Mish hari ni. bangun, gi berarak, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, bukak nota, baring, bangun, online, baring, bosan, lepas tu, update! yess! semoga kamu turut bosan baca entry ni sama macam perasaan penulis yang kebosanan nan nan nan. haha. OUT!

Thursday, February 10, 2011

Kerja Sama Yang Membosankan!

pernah tak rasa bosan yang tahap cipan plus gaban bila kena buat kerja yang sama? wah..rasa sangat nak nafas baru. nak suasana baru. nak gaya hidup baru. wahh. camane tu gaya hidup baru? err.

  1. pergi kelas pada pukul 8 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. seriyes muak giler yang ni ok!
  2. buat nota yang tak pernah sudah. sebab asyik salah je. notanya berbelit-belit. kalau macam ni, bila la haku nak berjaya dop..
  3. hari-hari kena makan. kadang-kadang makan pun rasa penat tau. sebab blok jauh ngan cafe. penat nak jalan pi cafe. haha.
  4. hari-hari pandang muka kawan yang sama. sesekali nak jugak pandang muka Erra Fazira ke, Ziana Zain ke, Young Saeng ke, haha. giler r. konpem budak-budak 5J kejor ngan kapak t.
  5. mengadap lappy yang tak boleh bercakap. kan best kalau lappy ni boleh bercakap. tak la bosan kot. haha.

hahaaa..apakah perkara yang membosankan bagi korang. emm, maybe korang dah bosan mandi pagi-pagi kan??haha. so, besok cuba la untuk tidak mandi. rasai kelainannya. hahahahaha

mood : insomnia melampau disertai mood makan hati sendiri. huhu

Wednesday, October 20, 2010

Ini Entri Budak Bosan

huy bebeh!!
nama saya Mish Lollypurp..
panggil saya Mish!

hohoh..sangat boring kan gaya skema..uwaahhh...benci nya...skang pukul 11 pagi..lambatnya nak tunggu pukul 5 petang. nak balik!!!bosan lol keje hari ni..sangat-sangat borink..anybody..pliss kidnap me..pas tu sorok la Mish kat mana-mana Disneyland..uhh..hepi!

hari ni agak busy..tapi saya sangat bosan. ok...sangat!!

sekian sahaja entri budak bosan!!

cam cantek gk gambar senget cenggini kan??lalalaalalal