Showing posts with label header. Show all posts
Showing posts with label header. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Penampilan Baru MISH LOLLYPURP!

auwwww!
hanya perkataan gedik tu je yang mampu terluah skang ni. hahha. rasa happy, puas, senang hati dan bla bla bla punya perasaan positif lagi yang mengalir di dingin pagi hari ni.

satu malam bersengkang mata belek koding. dah lama kot tak main koding. dah banyak yang lupa. haishh..apa susah. dunia kan hujung jari skang. picit saja keyboard...then, taraaaaa! dah ada depan mata.

kali ni warna pepel agak soft sikit. baru nampak ladies. ye dak? kalau dulu garang semacam je. kalau dah lupa camane rupa yang lama, sila kelik SINI. yang baru ni ala-ala friendly la sikit. orang kata, kalau kita friendly senang dapat jodoh. eh, yeke? erk..>.<

ada benda baru yang ditambah, ada benda baru yang di buang. dan ada jugak benda yang tak siap lagi. tak pe. kayuh pelan pelan. hehe.


last but not least, ada nampak tak header gempak tu?hahaha. mau mati hidup semula kalau nak tunggu Mish buat berpesen-pesen camtu. kalau ai buat sendiri konpem-konpem kaku. hehe. btw, thankkk youuu so muchhh kat Budak Lelaki Sebelah Pintu sebab hadiahkan header ni. lawo la derrrr! lain kali buat lagi eh! haha. boleh macam tu?cepat-cepat siapkan layout sebab nak guna header baru. auwww!

Monday, August 22, 2011

Hasil Keboringan

salam semua!!

hujung minggu ni memberi erti tak kat korang? mesti la agak bererti buat yang ada pakwe dekat-dekat sebab boleh shopping raya bersama kan? sob sob. sadis sebab tak de pakwe dekat-dekat. haha.

disebabkan kebosanan tahap cipan kat rumah hujung minggu hari tu. maka Mish menggatalkan diri untuk bermain dengan photoscape.

maka terhasil la generasi header baru

dan

banner baru...!! yeay!

Photobucket

psst~
yess berjaya update. haha. so sesiapa yang bosan tahap cipan duk umah tu, sila la download photoscape okeh. jom menconteng bersama-sama. haha. hari ni kerja pun bosan....adoi!!

Tuesday, July 19, 2011

Hizami, Nak Header Satu!


ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab...
saya merupakan pengomen tegar kamu. 
saya nak hadiah sempena my first posting.
kalau tak bagi saya bom awak.  
bolehlaaa peliss....!
boleh tak bagi alasan macam tu wahai encik HIZAMI RAHIM? penat taip ni. penat kipas. penat bodek. kasi can la i nak berheader baru pelisss.....

wahai cik Bui kawan terbaruku. meh la join sekaki..

Wednesday, July 13, 2011

Ini Bukan Mengamuk ok!

semua mesti terkejut beruk plus monyet plus cimpanzi plus babun kalalu masuk blog Mish skang kan? ahaks! jangan la sakit jantung dulu. pada yang sedang mengandung jangan la terberanak dulu kalau tengok header baru tu. lebih besar daripada biasa. haha. dulu kecik cinonet sopan je kan. simple dan nampak matang.

malangnyaaa...

Mish pun manusia. teringin la jugak nak tukar-tukar sikit blog ni. nak tukar layout, rasanya sayang. padahal malas. haha. so, di petang yang mulia dan bosan. Mish godek la paint.net dengan photoscape. ok. kalau bab photoshop Mish surrender awal-awal. dulu masa duk politeknik reti la buat. lama-lama tak buat dah hilang skill. nama tools pun dah lupa. nak guna apatah lagi. haha. boooooo! loser.


besar dan bikin terkejut kan. artis mana la tu. eh, model mana la tu. eh. minah perasan mana la tu. haha. tang minah perasan mesti ramai yang angguk kan? kuang asam.

psst~
macam budak-budak kan? haha. temporary je tu. tarik nafas lega cepat! tak payah korang mual muntah nak masuk sini. haha.

Thursday, December 23, 2010

Selesai Jalani Pembedahan Plastik

Salam semua. hujan-hujan ni jangan tau tidur je ok. nanti lemak makin tebal. haha. peringatan untuk diri sendiri juga. *buat muka comel sambil jelir lidah*. dah lama tak jalan-jalan kat umah korang dan komen-komen entri korang kan? sori yep. 

baru je beberapa hari Mish tak membizikan diri di SB korang, maka trafik pun paham-paham la yea. thanx pada kamu yang sudi jugak jenguk Mish walaupun Mish tak datang umah korang. 

trafik menjunam tu memang dah biasa bagi blog personal yang tiada nama. cuma ada warna macam Mish ni. hak hak.so, abaikan soal trafik. sekarang fokus pada sekeliling skrin anda. tadaaa!!! dah lain kan blog Mish. hehe. tapi pepel tetap ada tau. kali ni Mish buat tema purple + pink. nampak lagi sweet kot. *perasan jap*. lepas tu untuk outer wrapper lak, Mish letak kaler purple gelap punye. nak softkan sikit. tapi tak jumpe kod kaler yang berkenan. wawah. berbahasa koding lak. haha. opkos la. mata berpinar koding lagi ni. nampak sangat jakun. hak hak.

untuk bahagian post, Mish nak cuba warna putih, sebab Mish tertarik untuk baca entry mereka yang bahagian postnye warna putih. nampak cam bersih dan kemas je. Mish punye maybe tak kemas kat mata kamu. tapi dah tahap boleh la pada mata Mish ni. begiu juga dengan ruang sidebar. berlatarbelakang kan warna putih. supaya senang nak masukkan paper yang kaler lain. mata pun tak sakit sangat kan?

keseluruhannya, Mish rasa template kali ni lebih ringan kalau ikutkan kelajuan broadband Mish. so, apa kata korang? sebab template sebelum ni agak berat sikit kot. kalau ada yang masih rasa blog ni berat, tell me k. nanti Mish try cara lain bagi ringan sikit. tak pun, Mish nak bo layan je la.ahaks!

lepas ni boleh la kamu gatang kenguk Mish selalu yea. sekian, terima kasih. hehe.

pembedahan plastik untuk blog Mish Lollypurp akhirnya berjaya. alhamdulillah!

psst~
lepas ni dah tak nak tukar-tukar template dah. nak kekal dengan yang ni dalam 4 5 bulan. haha. yeye je. apakan daya, hati Mish cepat berubah.lalalalala~