Showing posts with label kolej. Show all posts
Showing posts with label kolej. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

The More The Merrier

Assalamualaikum w.b.t.

gambar sebagai penyeri. haha.
hek eley, tajuk entry punyala omputisss abis kan. last-last intro pun dah bahasa Melayu. hehe. siapa lagi yang nak guna bahasa kita selain bangsa sendiri kan kan kan? auww! patriotik tetiba.

abaikan intro yang merapu.

korang ada kawan tak? hihihi. penipu besar la kalau tak de kawan kan. even kita ni suka hidup bersendirian ke. tak suka share ke apa ke. at least kita mesti dan dalam sedar tak sedar kita sebenarnya ada kawan. tak aci la yang jawab kawan ngan buku, blog dan benda-benda yang tak de nafsu tu. erk! nafsu tu macam kasar. tukar pada nyawa. mungkin lebih bermakna. haha.

Mish ada kawan. masa sekolah rendah Mish selalu kawan berempat. kemana-mana mesti berempat. lepas tu naik sekolah menengah, bertiga pulak. kemana-mana mesti bertiga. masa tu kami la TOTALLY SPIES kat sekolah. masa kat sekolah teknik Mish lupa berapa. tapi agak ramai la. memang syok. mase kat politeknik ngan KSKB, Mish berlima. hehe. masa kat KSKB, kami 5 orang siap buat grup 5J lagi. haha. apa itu J? erk. ade la. haha.

Mish tak de la berpuak sangat. cuma yang paling rapat. tu la jumlahnya. orang kata lagi ramai lagi bagus kan. macam tajuk entry tu. memang seronok kawan beramai-ramai. kalau ada event ke, setakat 4 5 orang. tak meriah langsung kan. hehe. kawan biar beribu, musuh jangan dicari. haha, mandai je aku reka peribahasa tu. ^^. tak kena langsung!!

ada baik buruk bila berkawan. so, pandai-pandai la korang jaga persahabatan tu. lagi ramai lagi elok. tapi lagi ramai lagi senang nak gaduh. haha. macam adik beradik jugak kan. ramai adik beradik ni bagus. tapi kalau adik beradik ramai tu la yang selalu gaduh. gaduh-gaduh manja. auww!

bila la nak beramai-ramai macam ni lagi...rindu lol!

Thursday, July 7, 2011

Penantian Itu Satu Penyiksaan

hari ini, 7 Julai. kawan-kawan kos lain semua duk hepi gelak mengekek sebab dah tau tempat posting. dah tak payah susah-susah pikir. ada yang tercampak ke Sabah Sarawak tu nasib la. mungkin rezeki dorang kat sana kan?

yang lagi syahdu, bila awek dapat semenanjung. si pakwe-pakwe dapat Sabah Sarawak. hohoho. seksa woo. tapi mungkin ada baiknya. kalau duk seberang laut dapat elaun seberang laut kan? boleh la selow-selow simpan duit wat majlis. haha. ada bau jeles disitu.

online je Fb hari ni tengok semua post budak KSKB yang sama batch duk bercerita sal tempat posting. dorang kena lapor diri pada 18 Julai. banyak jeles. bau jeles sangat kuat disini. duduk rumah memang la heaven. tapi bila dah jadi macam ni, rasa macam, rileks sangat la pulak. erk..saya kan tak biasa duk rilek ni. hehe.

entah bila la surat posting nak sampai ni. aihh...PENANTIAN SATU PENYIKSAAN tau. memang seksa betul la. nak pergi wat part time pun rasa macam tak selamat. ye lah, keje baru 10 hari, sekali sampai surat. erk. serba salah la pulak kan. tapi kalau duk goyang kaki macam ni. 3 bulan surat tak sampai-sampai. terasa teraniaya la pulak.

ohmai! nasib la...

apa-apa pun, tahniah buat budak-budak kos Occupational Theraphy, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitan, Fisioterapi. kos X-ray ngan Nursing diam je. tak de lak dengar berita. senasib kah kita?

psst~
konon nak posting cepat, padahal uniform berlum siap lagi. hehe. nanti dah kerja mesti rasa nak menganggur balik. heaven kot menganggur ni. cuma tak de gaji je. kalau ada gaji mesti Mish dah buat kerja tetap. haha. la satu, harap-harap la Mish ngan si tettt tu dapat posting dekat-dekat. huhu.

Tuesday, June 21, 2011

Kursus Induksi

alhamdulillah, kursus induksi dah pun berakhir 19 Jun hari tu. rasa lega sangat sebab dah berakhir zaman penderitaan. kena bangun awal pagi, balik lewat petang. malam lak bizi ngan latihan persembahan. balik kol 11, kena buat assignment lagi. dalam duk lega lepas penderitaan ni, datang pulak derita baru.

derita merindu. yess. rindu sangat kat kawan-kawan. okeh. out of topic.

actually, ramai tanya mish pasal induksi ni. apa tu induksi?eh eh. malu la Mish kalau tak boleh jawab induksi tu apa kan. padahal seminggu duk sibuk ngan mende alah tu. hehe.


induksi ni kira macam kursus pra-perkhidmatan untuk bakal-bakal penjawat awam. dalam kursus ni kami belajar semua pasal pekeliling-pekeliling yang ada menyatakan pasal cuti, elaun, perubatan dan macam-macam la. lengkap dengan panduan apa semua. lepas tu belajar pasal etika dan jugak komunikasi. penting la untuk diguna masa layan pelanggan kami iaitu pesakit bila kami dah dilantik nanti.

kursus induksi ni ada markah tau. wajib lulus. kalau gagal kena la ulang. pentingnya lulus induksi ni untuk pengesahan jawatan kami sebagai penjawat awam nanti. sebab, kalau jawatan tu tak disahkan, tiada kenaikan pangkat, tiada kenaikan tangga gaji, dan apa ntah lagi. kalau dulu, induksi ni ada exam tau. jangan memain. tapi sekarang, alhamdulillah dah dimansuhkan. so, markah kami bergantung pada assignment, disiplin dan penilaian fasilitator.

dulu induksi ni sebulan tau. lepas tu lama-lama disingkatkan jadi dua minggu. dan sekarang, disingkatkan lagi jadi tujuh hari je. haha. syukur la Mish tergolong dalam yang paling singkat setakat ni. ntah-ntah esok ada yang sehari semalam je kot. sumpah ai jeles kalu ada yang macam tu. hehe.

Wednesday, June 1, 2011

Bye-bye

bye-bye lecturer yang baik hati.
bye-bye nota yang tebal nak mampus.
bye-bye zaman tidur dalam kelas.
bye-bye exam yang langsung tak best tu.
bye-bye kolej yang menyiksakan.
bye-bye uniform oren yang susah nak digosok.
bye-bye Selangor dan Kuala Lumpur.
bye-bye hostel yang bil air dan elektriknya free. 
bye-bye kepada stay up sampai 2 3 pagi.
bye-bye la semua!

haha. berlagak kan ai. mentang-mentang la dah habis belajar. kerek seyh. well, memang saat ni pun yang ditunggu-tunggu. siapa la yang rajin nak mengadap semua tu lama-lama kan. menyiksa urat perut segala bagai.

dengan ini, saya bukan lagi seorang student. saya adalah penganggur terhormat. ehee. seronoknya lepas ni dah duk kat rumah. makan, minum free.

tapi dalam duk excited nak balik esok, tipu la tak de sedih. aih. maunya tak sedih. rindu kawan-kawan. rindu zaman belajar. serius. walau tak best atau seksa macam nak mati pun zaman belajar, tu adalah kenangan terindah dalam hidup. zaman belajar la kita dapat kenal ramai kawan. making a good memories with them. zaman remaja yang tak mungkin kembali. ehee.

nanti kan, kalau gaduh ngan pakwe nak cerita kat sape. kalau keliru nak pilih baju masa shopping nak tanya pendapat sape. pendapat umi? oh no. kami lain selera. lepas tu kalau geram kat somebody nak ngumpat-ngumpat ngan sape. ehee. sempat je tang tu kan. hurmmm. nanti kalau ada cerita korea baru nak layan ngan sape. best layan ngan kawan. leh gelak kat member kalau ada yang nangis tengok citer. haha. suka bahan orang. aih. nanti kat umah mesti bosan kan.

adik-beradik lain sangat ngan kawan. kamceng camane pun kita ngan adik beradik, tak semua kita luahkan kat mereka kan. serius, adik-beradik Mish tak pernah pun tengok Mish nangis depan mata mereka. cover giler beb. tapi depan kawan-kawan, selamba je. tak yah nak malu.

going to miss this moment.


pendek. tapi cukup bermakna. ehee. sila la tulun jangan marah saya sebab upload video ni. ni geng 5J. ada empat orang je sebab yang sorang lagi duk rakam video ni. haha. Hunny, Suzie, Ika, Adeq. sobb sobb ampa nangis ye. ehe..


buat bye-bye macam lepas ni tak datang kolej dah kan. ahaa. esok 2hb umi datang ambil, balik ngan family ke Terengganu bumi yang dirindu-rindu. ehee. 13hb datang balik untuk induksi. induksi adalah kursus wajib untuk pelantikan sebagai penjawat awam ye. hehe. nasib baik induksi seminggu je. fuhh.

Thursday, May 19, 2011

Hello Tuan Yang SELFISH!

haha. entry ini tersangat lah emo. haruslah saya emo sebab dan-dan je kami sekelas buat pakatan nak ponteng kelas sekali hari ni lecturer buat perjumpaan kos. macam tak de keje nak kena hadir kelas 8 pagi smpai 5 petang. duduk dalam kelas. kau tengok muka aku, aku terajang muka kau. boleh?

kemudian masa perjumpaan tadi, lecturer bagitau berita yang macam...owh. very-very selfish la. selagi Mish tersekat kat hostel yang sangat la 'heaven' ni lagi tu la post berbaur tak puas hati akan ke udara. sape yang larat bacala. yang tak larat nak give up pun tak pe. i understand. *cakap omputih gaya kerek nak mampus*

semalam budak kelas Mish dah kena ragut. semua ni bukan Mish nak salahkan pihak pengurusan ke salah budak tu ke apa. tapi pada pandangan kasar Mish la, kalau atas bukit macam tu, laluan utama student pulak tu, ditutup lampu jalannya dengan alasan PENJIMATAN. itu sangat annoying ok! budak-budak kos nursing semua balik jalan kaki untuk shift malam tu camane? keselamatan diorang camane?

hello. i tell u haa..kalau ada orang nak buat perogolan beramai-ramai lebih dari sorang dorang boleh rogol tau? did u notice that? ohmai! bagi aku kesabaran. gelap tu mengundang bahaya. budak kecik pun tau. so, perlu ke buat penjimatan hingga sanggup korbankan hak orang lain?

alasan tak bagi kami balik sebab diorang tak nak bertanggungjawab atas segala yang berlaku kalau kami balik. sebab kami sepatutnya masih dalam tempoh latihan. kalau ikut takwim, 7hb Jun baru start cuti sem. then, kurung kami kat sini. kami faham niat baik kamu. tapi agak-agak la der. kalau nak accident, depan guard tu pun kami boleh dapat. at least kat umah kami ada mak bapak. tak lama lagi nak posting. owh yarks! berapa je mase yang ada untuk kami spend time dengan family.

dah jadi kes ragut la apa la. mana tanggungjawab anda yang hari tu beria anda cakap, kami di bawah tanggungan anda selagi belum cuti sem dan selagi kami berada di kawasan kolej. wadde...!? apa jaminan kami selamat di bawah TANGGUNGAN ANDA wahai tuan yang penyayang?

sungguh selfish dunia ni.

hampir terlupa kes ragut tadi. bila budak yang kena ragut tu buat laporan pasal kes dia tu. orang yang bertanggungjawab seolah-olah lepas tangan cam tu je. yeww. agak menjijikkan perangai macam tu kan? hello tuan! dunia ni karma. esok-esok anak tuan duk tempat budak tu dan juga tempat KAMI ni. tuan tau la. rasakan pulak camane. owh, adakah saya menyumpah? NO! saya tak menyumpah. saya tak mendoakan. saya cuma nak bagi tuan ni bayangkan.

sesungguhnya harta dan kuasa tu tak kemana tanpa sifat kemanusiaan sesama insan.

owh, somebody please!! ai dah teremo marah. ni baru je 2% dari tekanan dan kegeraman dalam diri ni. banyak sangat lagi benda lain yang mengundang marah. tolonglah cool kan i. gula-gula Cool Mint satu!


psst~
bukan niat nak kondem kolej sendiri. tapi kadang-kadang perilaku yang tak masuk akal manusia normal macam Mish ni buat ai rasa nak taip dan simpan kemas-kemas dalam belog pepel ni. semoga blogspot tidak mengkondem saya balik. jangan hilangkan entry ni. ini adalah kenangan TERBAIK saya sepanjang saya belajar. mana tau nanti yang ni jadi kenangan TERINDAH saya? kan?

Tuesday, May 17, 2011

Saya Memang PenJELES!!

gerenti kalau cikgu BM baca tajuk entry Mish tu, menangis tergolek-golek la beliau. tak kena langsung ayat 'penjeles' tu. dah la eja jeles. it should be cemburu or jealous. kan cikgu kan?

eh, kawan. jom jangan melencong. saya nak cerita ni. awak dengar eh. haha.

  • hari ni cuti, saya jeles 98% dengan kawan-kawan dan roomate saya yang keluar hari ni. tapi saya merempat je kat bilik. kenapa tak keluar? umi tak bagi. 1st time umi tak bagi keluar sebab umi bimbang kes orang simbah asid. jangan cakap umi saya tipikal. sebab ni realiti. mana nak tahu sekali masa Mish lalu, orang tu tengah cari mangsa. erk! habis la muka spoil ai nih. lagipun kalau umi bagi keluar pun, Mish tetap tak keluar. save budget. :P

  • hari ni birthday Athirah Sahami. so, dia dapat call free dari CELCOM. saya jeles 40% sebab saya pun nak gayut free jugak. dapatla save duit topup. kan kan?kan best kalau call free tu boleh share-share. alahai CELCOM.

  • sekali lagi, hari ni birthday Athirah Sahami. tadi masa gayut, umi dengan sangat baik hatinya bagitau yang hari ni umi masak spesel. jeles 100% dengan adik-adik. kenapa saya tak balik. kenapa saya tak berada dirumah ketika ini. pastinya saya dengan rakusnya habiskan makanan tu. :(. umi baik sangat. tapi umi lagi baik kalau tak bagitau tadi. geram je. haha. saje letteewWW.

  • bab ni memang patut saya jeles. 300% jeles dengan budak kos lain. awat ampa semua dah boleh balik eh? kenapa kami lak kena tunggu 3hb JUN baru boleh balik. dah tu pulak kami kena perap je dalam hostel ni. apehal? adoi! tertekan. jom tukar Ketua Program nak? haha. 
muka budak jeles. HAHAHA. poyo! booo. padan muka kena duk hostel. 

semua tu sangat logik untuk dapat hati busuk ai kan? nahh. semua perkara diatas. ai datang nak bagi hati ai yang busuk ni. oh hati, saya sangat sakit. 

Sunday, May 15, 2011

Lagu Teman by Zahidah featuring The Lion Story

lagu ni buat jiwa TOUCHING! seriyes. tak percaya cuba korang dengar. dengar la peliss. kalau dah penah dengar pun korang kena dengar lagi. dengar sampai muak. dengar dan cuba paham. tanam feeling kat lagu ni. ok!

yea. ini memang paksaan!



Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah

Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…


Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,
Di hatiku……….

owh, ok. saya dah terfeeling lebih sebab saya dah mula rasa sedih nak berpisah ngan kawan-kawan. lepas ni kami takkan jumpa lagi. takkan jumpa lagi sekerap sekarang. takkan lagi ada tawa semasa gembira dan takkan lagi ada air mata semasa duka. going to miss u friend. :)


Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

psst~
doakan saya kekal dengan dia. aminn~

Saturday, May 14, 2011

Secara FIZIKALnya, Saya Merdeka

Assalamualaikum w.b.t

maka dengan ini, pada tarikh 14 MEI 2011 adalah hari terakhir peperiksaan. Alhamdulillah. tamat la peperiksaan untuk tahap diploma. ciss. rasa struggle bagai nak rak dah macam ambik phD. haha. poyo! struggle la sangat kan.

btw, secara fizikalnya, rasa macam dah merdeka, dah bebas. no more buku, nota dan no more lecture yang mengantuk-ngantuk. dan secara teorinya, saya harusla berasa gembira. saya sepatutnya keluar berjimba-jimba dengan kawan-kawan. kan?

tapi, secara mentalnya, i'm quite depressed. erk. exam dah setel. nak kena tunggu result lak. result nanti, entah rupa cacing pintal ke rupa apa. cuak yang menyebabkan urat darahku menegang. cramp. jawab soalan macam sedang menggoreng sayur kat dapur. pantas dan laju dan cekap. ikut suka rasa lidah je. haha.

dah la kolej ni demm sikit. siap keluar memo tak boleh balik sehingga 3hb Jun. mental betul la. siap kena attend kelas lagi. 8-5 petang. waddehal betul la. tetiba je. wahai encik bahagian pengurusan. habaq mai sikit, kamu nak kami datang kelas berjam-jam, stay kat hostel berminggu-minggu buat apa? exam dah lepas. bebaskan la kami beb. tensen r. nak balik kampung la wei. adoi.

kesimpulannya, saya mula rasa sedih nak tinggal kolej ni. titik!
erk, kesimpulan yang tiada kene mengena kan. haha.

Sunday, April 24, 2011

Tak Nak Balik Kolej, Boleh?

seronok sangat hati ni hari ni. bila kat rumah, semua masalah belajar, pakwe, kawan, lecturer, exam etc semua hilang. selow-selow masalah tu lupus, pupus dan lenyap terus dari fikiran. terasa fikiranku di rumah ni aman giler. tenang. yang pasti syok giler duk umah ni.

hari ni, semua keinginan cacing sudah pun Mish penuhi.

tadi pergi bandar Dungun dengan umi. lepas tu umi ajak pergi lepak kat pantai jap. sambil tu umi nak tunggu ikan segar dari laut naik ke darat. fresh lagi. keras-keras isinya. harga pun murah. lepas tu kami gi beli keropok lekor terbaik kat Dungun. korang tau kat mana? kat Restoran Ammar Tom Yam. haha. sila la bajet macam anda tau ok. kat situ pun ade jual sata goreng. sedapp sampai tergigit jari umi. haha.

agenda seterusnya, pergi ke bulatan bandar tu, singgah ke Putera Duyung. makan ikan bakar kat situ. terbaik beb. sedap giler kot. terasa lagi ikan bakar tu kat celah gigi. nak jugak? meh nak share. haha. sementara tunggu ikan bakar siap, umi ajak makan durian kat satu gerai tu. yang ni pun terbaik sebab first time makan durian tepi jalan. orang lalu lalang semua duk usha. macam Lisa Surihana lak rasa hati ni. ahaks!

dua hari dah berlalu. err. terasa macam baru semalam jejak kaki kat tempat ni. ades. meleleh hati ni beb. tak puas giler duk kat umah.

tak nak balik KL. KL tak best. banyak masalah. banyak kerja. banyak pencemaran. ades. yang penting. tak nak balik KOLEJ!! boleh macam tu??

macam ni la jadinya kalau balik sekejap.adeh.

psst~
tak nak balik KL.tapi hati rindu pada Midvalley. camane tu ek.

Friday, April 22, 2011

Jadi Student Selalu Diguna-gunakan

Assalamualaikum w.b.t.

kawan-kawan semua....ada paham tajuk entry Mish? secara ringkasnya Mish nak bagitau yang bila kita bergelar student ni, kita kena bersedia untuk ditindas dan digunakan. ada paham kini? eh, buruk tol guna perkataan kini. so, tukar kepada sekarang. haaa. ada paham sekarang?

seperti yang entry sebelum ni duk cerita, hari ni Mish nak balik umah. tapi tadi, ada lecturer yang juga merupakan penyelia kelas Mish datang dan cakap minggu ni tak boleh balik sebab ada gotong royong. erk. waddehal kan?

kenapa hari ni nak balik, hari ni baru nak cakap? urgh! annoyingnya tempat ni. katanya lagi, ini arahan pengarah. hek eley... bila nak gunakan tenaga kami sesuka hati je keluarkan arahan. kalau cakap seminggu lebih awal tak boleh ke? ape daaa. tu ha, pekerja radicare sikit punya ramai still nak kacau hari balik kampung kami. demm demmm..

ok, lets think positive..

  1. mungkin pengarah nak memupuk sikap bekerjasama dalam diri pelatih kolej ni.
  2. mungkin pengarah melihat senario pelatih yang masuk hospital akibat denggi beberapa hari lepas sebagai satu masalah yang berpunca dari hostel. oleh itu, kerjasama dan kesedaran kami amat dibutuhkan. ahaks!
  3. mungkin pengarah saje nak kasi ugut ala-ala castello kepada kami.
moralnya, saya tetap akan balik wahai tuan pengarah. ramai kawan saya yang dah beli tiket. tiket bas, tiket flight. anda sanggup kah membayar ganti rugi kami?

erk. sebelum pengarah kolej baca baik ai chaw dulu.hampun maaf ye pengarah. haha. chaw chin chaw!!

psst~
anda tak rasa ke Mish ni sangat kasihan? semoga urusan untuk balik dipermudahkan. koktail menanti. urghh...tetiba kering tekak bila teringat. haha.

Monday, January 24, 2011

Pom POm Girl Malatop!!

owh. kemana hujung minggu ni Mish pergi ha? dengan belog tak berupdate. blogwalking apetah lagi. hampagas je. ces ces cesss. haha.

olait kawan-kawan. ni pasal la Mish tulis pasal entri ni. Mish nak share sikit ketiadaan Mish pada hujung minggu ni even korang langusng tak nak amek tau. wuhaha. kejam nye korang.

yang pertama, hari Sabtu Mish ade kelas ganti untuk cuti Hari Raya Cina pada 2hb Feb. so, kelas macam biasa, 8 pagi sampai 5 petang tanpa diskaun ok!!

yang kedua. yea. Mish memang keluar. bukan seorang. tapi berdua lebih baik. haha. melepak kat Midvalley yang sangat tenang sebab orang semua dah pokai gaji tak masuk lagi kot. series happy doe. jarang surau Midvalley kosong. kan kan kan??foodcourt dan restoran lain apetah lagi. boleh kira bulu kaki semua yang ada kat dalam kedai tu. haha. dusta belaka. hiperbola sudaa.

ketiga, bermula dari hari Jumaat hari tu, ada perlawanan antara batch untuk kos Mish. so, petang-petang pukul 5.30 dah kena ada kat court. malam lak kol 8.30. adess..balik dah lewat. penatnya lagi. aduss. masa ni la teringin nak kumpul duit dalam RM 5000 nak beli kerusi urut GINTELL tu. tak pun OSIM. waa. heaven beb!

suara semua dah habis keluar dari kerongkong ni. tercabut urat leher semua duk jerit luar futsal court sebab bagi sokongan. maklum la.namanya Pom Pom Girl. Mish secara semulajadi melantik diri Mish as a cheerleader. waa. teruja tak?? pakai skirt pendek. pastu baju pink yang ada tulisan 54 (batch Mish) sambil pegang menatam yang bulu-bulu tu. pastu gedik-gedik meloncat sana. meloncat sini. tonggek sana tonggek sini. sambil jerit. "go 54 go!! 54 memang boleh. 54 memang cekap!!" wahh. hebat kan imaginasi Mish. konon macam citer omputiss la nak berskirt pendek. sekali kau terloncat. nahh..amek kau tengok. haha.

ops..no skirt allowed ok!!!haha, muka bulat dah sama macam bola laa..ades.

jadi pom pom girl pun penat hape. non stop tu jerit. yeye je kan. hehe. sampai suara dah mengalahkan Ella ni. tak caya? sila hubungi saya di talian 013-9*3*8*1. sekian terima kasih.

owh..ada lagi gambar untuk di layan yea!!meh la jemput tengok-tengok. kot-kot ada bertemu jodoh kat sini. hahaha..

KARNIVAL FUTSAL DAN NETBALL FARMASI KSKB JAN 2011
owh, ok. ni team Black ke Bane entah. tak berapa nak ingat sebab batch Mish hantar dua team. tapi nama team tak penting. yang penting orang didalamnya. ahaks!

yang kecik molek ni namanya Hani. ahli geng 5J. bertitlekan Johny ok. haha. mula-mula nak main takut la ape la.last-lat dapat sumbat gol eketul sengih sampai tak mau kuar kandang futsal ni. haha

err..tak tau nak taip ape. layan je la...!!

minah macho ni asal dari Penang. power plus ligat kot main. hehe. go Hajar go!! tapi tak de gambar aksikamen macam ni. hehe.

sambil berpom pom sambil kita beranak..haha. fine, tak lawak kan kan?? ni anak clasmate Mish. abanag Nizal. nama budak ni Nur Alisya Balqis. dah lama tak pegang baby. baby sendiri lambat lagi kot. haha.

ni gambar si pom pom girl sama itu atlit-atlit futasal terpilih. Mish tak de masa ni sebab Mish dah berMidvalley.
ok, memasing berposing ngan muka baru bangun tidur. bangun dalam paksa eyh.
biasala. namanya perempuan. dalam berpeluh basah ketiak bau bacin pun still nak manja-manja melekat sesama sendiri. haha.
menyokong sambil berposing adalah aktiviti yang sihat untuk hilangkan stress bila pasukan yang disokong tak mencapai target. haha.


tahniah pada yang juara yang sewaktu dengannya. bak kata Ketua Program, dengan adanya aktiviti macam ni la silaturrahim sesama kita dieratkan dan jurang enior junior dapat di haluskan. mandai je ayat Ketua Program kunun. haha.

pssst~
bulan 2 nanti ada Kem Motivasi. apa tak cukup termotivasi ke haku nih. aiseymen..i hate KEM!! cukup la pengalaman kat PLKN. adess.

Tuesday, January 18, 2011

Giler Title ' Budak Blur'

pejam celik, pejam celik dan celik celik. dah 3 minggu sesi kuliah berjalan. waa. sekejap je. so far, kamu nak tau tak, dalam tiga minggu ni sepatah haram pun Mish tak tau paper. seriyes ok!! pergi kelas pukul 8 pagi, jalan kaki, naik bukit, turun bukit, dalam 8 minit jalan laju sampai la pintu pagar kolej. lepas tu kena panjat tangga sampai tingkat. penat seyh. 


pukul 8 tu kelas stat, kalau tak de lecturer, hoorey la kami. kalau ada, moyok je cedok ilmu. keji punye perangai kan? pastu rehat kol 10.30 pagi. lepas tu kelas lagi. 12.30 tengah hari rehat lagi. pukul 2 kelas lagi. dan akhirnya pukul 5 petang baru la aktiviti kelas habis. banyak betul lagi kan? haha.padan la muka.



nah, bagi korang rehat jap. haha. besar tak gambar ni? besar tak?? tak cukup besar?? :P

kelas padat, siriyes wess. kadang tu satu hari dapat kelas yang lecturernya yang sporting habis. maka, Mish yang duk belakang konpem la tak fokus. ngan ngantuknye lagi. pastu member pulak ajak sembang. eh, ye ke member ajak sembang? bukan Mish ajak mereka sembang ke? haha. sila pilih mana satu logik akal.


tambah pulak dengan otak yang beku seribu ketul ais ni. lagi la susah nak paham ilmu wess. setahun praktikal. langsung tak pegang buku. subjek tahun ni pulak bukan pasal ubat. lagi la susah kot. lebih-lebih lagi subjek Mikrobiologi Farmaseutik ngan Kimia Farmaseutik. sumpah satu haram tak paham nih. adehh. dah tiga minggu kuliah, apa la yang kau paham Mish oi. haha. ni mesti kes makan semut banyak sangat ni. damn la semut ni. haha.


untuk subjek Penyelidikan pulak, ades. kena buat proposal untuk satu research. ya ampun, tak tau la pulak kos Mish ni ada research, adess. baca literature review pun dah naik juling mata. belum lagi baca full version punye journal. haha. macam kau rajin je Mish oi. wuhuu. tajuk yang group Mish wat adalah, 'Kesedaran Orang Ramai Terhadap Breast Cancer' ada sensitiviti tak kat tajuk tu. open kot. paramedik harusla open kan kan? harap-harap tajuk ni tak ditolak. nak buat tajuk 'Kelebihan Perubatan Alternatif : Akupunktur' tapi dah ada yang kidnap tajuk tu. redha je la. ahaks!



psst~
mood nak study, tapi nak study apa? semua notes rasa macam tak penting je. err. boleh ke macam tu? haha. kawan-kawan, apa agaknya yang keluar untuk final exam nanti yea. nak cedok yang tu je. aci tak?? haha. i hate science very much. kesian saraf otak i!!

Sunday, January 2, 2011

Kisah Masuk Asrama Sem Satu.

salam semua. alhamdulillah Mish sampai asrama tengah hari tadi. ehee. dah mula rindu famili ni. aihh..sabar-sabar. hehe. tadi adik Mish mesej cakap mereka dah sampai umah. waaa..alhamdulillah, semua perkara berjalan dengan selamat dan mengikut perancangan.

tadi masa salam-salam ngan famili. macam tak de feeling lak. tak rasa sedih. ehhee. maybe bagi korang biasala kot. dah biasa berjauhan. tapi bagi Mish. ish..dah lama tak jauh. setahun duk Terengganu. walaupun praktikal kat bandar. tapi tiap-tiap minggu balik. hurm. bapak kuat homesick dalam diri. haha. hari ni rasa excited lak. sebab boleh jumpa member kot. banyak gosip nak dikongsi ni. opss! haha.

teringat masa sem 1 dulu. huwaa. nangis kot lepas famili balik. ciss. malu je. tapi nangis kat toilet la. tak macho nangis depan orang. haha. masa famili nak balik tu. nak lambai-lambai pun cam dah plastik. pasal tahan sedih. hahaha. gelak la semua. anak manja nak bercerita ni. hihi. *malu*

masa mula-mula masuk asrama kolej ni, hari-hari telefon umi. ngadu pasal orientasi yang teruk vavavoom. agak-agak nak nangis. cepat-cepat letak. cehh...benci air mata!! tak kasi can nak bual lama. hehehe. tapi sekarang? ohho..tidak lagi. say never pada air mata. hak hak. gila bangga.

ala...dulu tu pasal first time duk jauh ngan famili. biasa before ni duk asrama pun area Terengganu je. sekarang ni Mish da macho la..apa barang nangis-nangis ni. *sila jelir dengan muka kiut yea memasing*

ok lah. nak turun makan. lapar derr. nanti sape-sape nak belanja Mish mekdi ke kepsi ke kat KL sila roger-roger ye. i on je. hehehe. salam rindu semua. *jelir*

First Time Update di KL!

uwah uwah..makin lama makin suram lak blog ni. ehem..anybody there?? uhuk2..ni semua Celcom Broadband la punye pasal. ntah bila nak kembali ke speed normal. ciss. ehee.

ok, kembali kepada topik berkenaan tajuk. ni first time Mish update entry kat KL okey. before ni semua entry Mish dari ladang Terengganu. kira ni first entry dari ladang Kuala Lumpur la. ehee. perlu ke bangga sampai taip entry? yeww.. geli je. ahaks! tak perlu pun kan. tapi biarlah. yang menaipnya siapa? dan yang lenguh menaipnya jugak siapa. uhuu..jawab sendiri.

pagi tadi abah dengan keputusan mengejutnya bagitau nak gerak 11.30 tengah hari. fuhhh. Mish yang duk lena tidor masa tu terus terbangun sebab sumpah memang tak packing paper pun lagi. malam tu tidur lewat. tapi duk wat mende yang ntah paper. adess. menyesal?uit...tak baik woo. hehe. kemas la mana barang yang lam list bagai lipas kudung. harap-harap tak de paper yang tertinggal. hehe.

2hb januari hari pendaftaran. kepoh kat member konon nak sampai kolej awal pagi. ehee. tapi tengok la macam mana. konpem sampai lewat lah. tau sangat. umi siap ajak shopping kat situ la sana la. alahai. pukul berapa la baru boleh ambil kunci. uhuks.

psst~
memerlukan setong Vaseline sekarang sebab bibir super duper kering. kena aircond. dah lama tak merasa aircond suhu tinggi. hehe. bibir pun dah shock!!



Monday, November 29, 2010

Takikardia

masa tengah-tengah duk saja-saja tadi. duk goyang-goyang kaki. duk menung-menung masa depan. tetiba je jantung Mish cam takikardia. aaa? takikardia?ape tu??gaya kartun terkejut..haha.

ok ok. takikardia means degupan jantung yang laju daripada normal. nak tau yang normal berapa? google sendiri k sebab Mish pun tak tau ni. haha..konon nak ngajar orang kan? so, bila tetiba korang rasa heartbeat korang laju daripada biasa tu, maksudnya, korang mengalami takikardia. kalau bradikardia, selow punye k. ni biasa istilah yang kita guna untuk orang yang ada masalah jantung je. ahaks! damn giler Mish kan. mentang-mentang ambil kos paramedik. macam tuih je nak  bagitau semua ni. u oll yang amek doktor pun tak de nak cerita ni kan. haha.

*teett*

giler jauh terpesong dari topik sebenar tu. aisehh..ok. wekap gurl. back to our main topic. masa duk melayari waktu bahagia tadi, jantung i takikardia. Mish agak-agak dalam 140km/j. perghh..sila jangan percaya. dalam masa yang sama Mish rasa macam excited giler. rasa cam cant wait for something tau. 

tak sabar nak  kawen??ops...sipi-sipi dah tekaan tu. haha. memiang giler kaw. actually,Mish rasa cam tak sabar nak masuk kelas. nak belajar. nak mula sem baru sebagai super duper senior bukan super junior k. cewwah. jawatan cam gempak kan. ye la. tak sabar nak buli-buli junior. mana-mana yang agak tak hormat Mish. Mish nak kasi lempeng tangan cap ayam ni. haha. macam berani.

geng 5J kalau baca ni mesti gelak-gelakkan Mish ni. konpem dorang wat bahan. haha. abaikan. tapi serius. rindu sangat nak belajar. nak duk lam kelas. agak-agak ngantuk, tidur je lam kelas. maklum la, seat selalu yang terceruk. aihh..bile nak berubah la. 

tak sabar nak wat nota atau peta minda comel-comel, warna-warni. tak sabar nak tampal-tampal nota kecik-kecik kat dinding. wahh..cam meriah je kan. haha. orang dapat dekan pun lom tentu rajin macam Mish tau. hik hik. berlagak je rajin. padahal result ke lombong jugak.

okeyhh..tu je perasaan aneh yang Mish alami kebelakangan ni. nak struggle hard ntuk final sem ni. kurangkan dating, tingkatkan prestasi. ok.sila jelir beramai-ramai. hahaha.



psst~
tengok nota yang diambil dari senior semalam. perghh..mau terkentut terkencing baca. bapak r susah. ciss..memang memerlukan ketekunan yang maksima ni. mampukah mindaku???harus bermula dari bawah....

psst~
Mish agak ni efek berdebar sebab result keluar hari ni kot. perghh..hari yang mantap bagi Mish.

Friday, November 5, 2010

Al Kisahnya Mish 05/11/10

peeps...
asal-asal pagi-pagi buta ni Mish nak packing barang untuk balik kolej malam ahad ni..
saja nak packing awal coz nak berlagak bagus depan umi dan abah..haha..sebab, kalau ada barang tertinggal..dorang akan guna point suka tangguh keje dan wat keje last inute..hambek kau seketul..haha..

tapi masa duk lipat-lipat baju tadi, tergerak lak hati nak online..
bukak laman web batch Mish..sebab dah berkurun tak jenguk. member-member sume duk bercerita sal jadual exam ape sume..mish sorang tercengang-cengang.

pastu semalam ada member bagitau, ada borang untuk download borang elaun jahitan. waa..sangat excited..tu yang buat Mish makin semangat ni..nak dapat duit lagi..haha..harap-harap betulla..aminn~

pastu sambil tu duk jenguk-jenguk soalan tutorial..perghh..mantap kot soalan dia..dah lama main-main..lupa dah semua..aaa..kena struggle giler kot pas ni..hurm...wish me the best please......thnx..hehe..

pastu jenguk lak jadual exam mish kat bawah..asal-asal. 13hb tu dah boleh balik kan...tapi mish nak stay dulu..nak sambut beday myboy 14 hb..then nak gedik-gedik ngan geng 5J..huwahahahaha..sangat excited ni..tapi 21hb kena sambung praktikal balik..tapi dah takde penilaian time tu..yeehaa...tak mau terlalu skema sudaa...yeayy~!!


haha..dua paper je pon..ye la..Bekalan Wad ngan Poliklinik..adess..tapi beria tak nak bawak lappy kan??haha...berat beg lorh..lagipun susah nak tinggl lappy lam bilik kalau time kelas...Mish punye kelas tetap tau...pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang setiap hari bekerja. bilik lak tak tau lagi camane keadaan...huhu...

tak pe lah..ada hikmah kot semua ni..hee~



psst~
tajuk entry ntah paper kan?haha...

Thursday, November 4, 2010

4hb November Tiba Jua..yeayy~

salam saudara-saudari sekalian..wuhahaha..
hati ini terasa mau loncat-loncat..
mau lompat-lompat katak..

masih ingat my countdown to 4hb Nov?
yang ini untuk part 1..dan yang ini part 2??

~
~
~
~
~

dah jenguk??aaa...
yezzaaa...saat tu dah tiba...
hari ni dah pun 4hb kan..kan??
hehehe...
pada jam 3.30 petang tadi..
semuanya berakhir..yess..
suka amat hati ini..
lega sangat..yea..
sabtu ni gerak tang KL...
sape-sape yang free..sila jemput i kat Putra jam 4 pagi ok..
kerjasama anda mata dihargai..hahaha...