Showing posts with label hostel. Show all posts
Showing posts with label hostel. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Eh eh, baru rasa macam lagi best duk hostel dari rumah.

Assalamualaikum w.b.t.

siapa cakap duk rumah tak best? ui....best oh...rumah sendiri pulak tu kan. makan pun free, lepas tu kalau kau nak tengok tv tertonggeng ke tak de sape nak kisah. kalau nak cerita kebaikan duk rumah ni memang banyak la. haha.

tapi itu bukan pointnya pada hari ini okeh.

point utama yang Mish nak bagitau is, kadang-kadang duk umah ni banyak perkara yang spoil lol...kadang-kadang Mish rasa cam, duk hostel lagi syok. haha. tak bersyukur kan. bila duk umah nak p hostel, bila duk hostel meraung nak balik umah. manusia-manusia. haha.

haha..motif? penyeri entry. hahahahaha.

first sekali is, bil elektrik. seperti yang kita sedia maklum, bila duk umah, bapakla yang bayar semua tu. kan. tak tau la kalau umah korang kena bayar sendiri-sendiri. haha. so, kalau bapak ku kaya dan merupakan seorang cop duit tak pe la kan, boleh online sampai kiamat. tak de sape nak kesah. tapi sekarang ni, bapakku bukanla menteri kewangan. so, kalau nak online lelama tu. pikir panjang. dah la tarif letrik naik. aigoo. kalau duk hostel, free je. sebab tu lappy ni pernah je tak off 2 hari ke 3 hari. haha.

second is, bila duk hostel, satu bilik 2 orang even satu aras berorang-orang. dan bilik tu adalah privasi kita kan? hehe. tapi bila balik umah, satu bilik satu orang pun, macam-macam orang masuk bilik kita. lebih-lebih lagi Mish yang ada 7 orang adik kat umah. aigoo. barang-barang hilang macam angin. kejap je. tadi ada. skang tak de. tadi elok, skang dah rosak. pening-pening. haha.

third is, time nak gayut. kalau duk hostel, Mish suka cakap telefon manja-manja tepi tingkap, tak pun port paling best bawah selimut. tapi bila duk umah, buat balik port best bawah selimut tu, sekali umi masuk bilik, erk. terganggu jap. ades. baru nak buat ayat bulan bintang permata kejora bagai. haha. kalau member sempoi telefon pun sama, tak boleh nak jerit kuat-kuat, nak mengilai macam orang gila. haha.

sesungguhnya hati ini rindu suasana di hostel. huhu.

Sunday, January 2, 2011

Kisah Masuk Asrama Sem Satu.

salam semua. alhamdulillah Mish sampai asrama tengah hari tadi. ehee. dah mula rindu famili ni. aihh..sabar-sabar. hehe. tadi adik Mish mesej cakap mereka dah sampai umah. waaa..alhamdulillah, semua perkara berjalan dengan selamat dan mengikut perancangan.

tadi masa salam-salam ngan famili. macam tak de feeling lak. tak rasa sedih. ehhee. maybe bagi korang biasala kot. dah biasa berjauhan. tapi bagi Mish. ish..dah lama tak jauh. setahun duk Terengganu. walaupun praktikal kat bandar. tapi tiap-tiap minggu balik. hurm. bapak kuat homesick dalam diri. haha. hari ni rasa excited lak. sebab boleh jumpa member kot. banyak gosip nak dikongsi ni. opss! haha.

teringat masa sem 1 dulu. huwaa. nangis kot lepas famili balik. ciss. malu je. tapi nangis kat toilet la. tak macho nangis depan orang. haha. masa famili nak balik tu. nak lambai-lambai pun cam dah plastik. pasal tahan sedih. hahaha. gelak la semua. anak manja nak bercerita ni. hihi. *malu*

masa mula-mula masuk asrama kolej ni, hari-hari telefon umi. ngadu pasal orientasi yang teruk vavavoom. agak-agak nak nangis. cepat-cepat letak. cehh...benci air mata!! tak kasi can nak bual lama. hehehe. tapi sekarang? ohho..tidak lagi. say never pada air mata. hak hak. gila bangga.

ala...dulu tu pasal first time duk jauh ngan famili. biasa before ni duk asrama pun area Terengganu je. sekarang ni Mish da macho la..apa barang nangis-nangis ni. *sila jelir dengan muka kiut yea memasing*

ok lah. nak turun makan. lapar derr. nanti sape-sape nak belanja Mish mekdi ke kepsi ke kat KL sila roger-roger ye. i on je. hehehe. salam rindu semua. *jelir*

First Time Update di KL!

uwah uwah..makin lama makin suram lak blog ni. ehem..anybody there?? uhuk2..ni semua Celcom Broadband la punye pasal. ntah bila nak kembali ke speed normal. ciss. ehee.

ok, kembali kepada topik berkenaan tajuk. ni first time Mish update entry kat KL okey. before ni semua entry Mish dari ladang Terengganu. kira ni first entry dari ladang Kuala Lumpur la. ehee. perlu ke bangga sampai taip entry? yeww.. geli je. ahaks! tak perlu pun kan. tapi biarlah. yang menaipnya siapa? dan yang lenguh menaipnya jugak siapa. uhuu..jawab sendiri.

pagi tadi abah dengan keputusan mengejutnya bagitau nak gerak 11.30 tengah hari. fuhhh. Mish yang duk lena tidor masa tu terus terbangun sebab sumpah memang tak packing paper pun lagi. malam tu tidur lewat. tapi duk wat mende yang ntah paper. adess. menyesal?uit...tak baik woo. hehe. kemas la mana barang yang lam list bagai lipas kudung. harap-harap tak de paper yang tertinggal. hehe.

2hb januari hari pendaftaran. kepoh kat member konon nak sampai kolej awal pagi. ehee. tapi tengok la macam mana. konpem sampai lewat lah. tau sangat. umi siap ajak shopping kat situ la sana la. alahai. pukul berapa la baru boleh ambil kunci. uhuks.

psst~
memerlukan setong Vaseline sekarang sebab bibir super duper kering. kena aircond. dah lama tak merasa aircond suhu tinggi. hehe. bibir pun dah shock!!



Friday, December 31, 2010

Tips Elak Barang Tertinggal

salam semua! o yeahh..mood mengemas barang bermula sudaaa..semangat nak balik kolej sedang berkobar-kobar. haha. ceit je kan. so, kamu kamu dan kamu yang akan bukak sem baru macam Mish ni amacam? dah siap packing barang ke dearies semua? uhuu. kalau belum silalah packing sekarang. kalau tak. hurmm. ada je yang tertinggal nanti. hehe. 

kalau umah ngan tempat belajar tu just sekangkang kera sampai tahap korang kentut kat dalam kelas pun, mak korang boleh bau kentut korang tu, hurmm, xpe la kalau korang tak beria pun bab packing barang ni. haha. kalau dah belajar tempat orang dan jauh pulak tu, haruslah lebih teliti masa nak packing barang. yeehuu!!

1 ) yang penting sekali korang kena amalkan sikap membuat satu list sebelum korang stat packing tu. baru la korang tau apa yang dah ada, apa yang belum. apa yang dah masuk dan yang belum masuk beg. tak de la tertinggal kot barang. kalau barang tu dah siap masuk beg, pastikan korang dah siap-siap tick kat list barang tu. kan sistematik tu. ehee. Mish buat ni selalu sebab Mish ni seorang yang pelupa. ahaks!

2 ) kalau ada barang yang nak kena beli make sure korang bawak list barang yang nak dibeli tu. kang dah sampai kedai blur pulak. adeii. naya u! tak pun, korang semua kan ada henset canggih manggih, apa kata korang buat je stand by note kat skrin henset korang tu. so, sambil-sambil tangan taip mesej, ley la nampak note tu. tak de la korang lupa atau terlepas pandang kot. nak bawak list lam kertas tu macam malu je kan. ehee..

3 ) sebelum berangkat, pastikan korang semak beg yang korang nak bawak telah dibawa bersama. jangan nanti korang dah sampai kolej, beg ada kat umah. fuhh..sia-sia kot. so, persiapan dan penilitian rapi perlu ada ok!

4 ) korang ada adik? berapa orang? satu, dua tiga? hatta sepuluh sekalipun, gunakan kelebihan yang tuhan bagi tu untuk menggunakan adik-adik kalian. bagitahu mereka dokumen penting atau barang penting yang korang nak bawak. suruh mereka mengingatkan korang before korang leave your house tu ok! korang tak de adik? wuhaha..kecian..

5 ) bila dah sampai tempat korang nak tuju tu, means, destinasi korang, make sure korang cek dulu dalam bonet, tempat duduk, dashboard, raga atau pape la..untuk pastikan barang korang dah dikeluarkan dan siap untuk diangkut ke tempat yang sepatutnya.

wuhaha..ini tips yang selalu Mish amal sebab Mish memang mudah lupa plus cuai dan ayat terbaiknya, LALAI!! kadang tu duk ralit bersembang ke mesej ke, mesti lupa nak buat apa la lepas tu. penat pikir. tapi cittt..memang takkan ingat. so, kena
la lebih bersistematik. haha. 

beressla, mau sambung packing. tak mampu lagi nak balas jejak ampa semua nohh. maap ye. internet still menyiput menyedut. dah nak kena wat tahlil lepas ni. haha.

psst~
o yeah..umi cakap cancel bertolak pagi esok. maybe gerak pagi ahad sebab ahad Terengganu dapat cuti umum coz anjak cuti umum yang Piala AFF tu. i like!! boleh la packing barang dengan cool dan macho. hee.




ehemm..macho tak i..yeww!!
:P