Monday, August 27, 2012

Raya ORANG DEWASA.

bila masuk kerja je, bermakna, tamatlah nikmat beraya bagi orang bekerja seperti Mish ni. lagi-lagi kalau jauh dari famili. Syawal yang berbaki cuma duk pikir pasal nak setelkan kerja yang tertunggak selepas sakan beraya selama seminggu. alhamdulillah tahun ni dapat cuti raya lama sikit. tahun depan belum tentu kan? entah-entah kita dapat cuti, tapi encik suami pulak tak dapat cuti. eh? suami? haha.

itulah dia raya orang dewasa.

saja nak tunjuk keTEMBAMan pipi ku. gebu-gebu kalah muffin cake okey!! haha.

kalau raya kanak-kanak pulak duk pikir nak enjoy menge'paw' duit orang je. cukup bulan kira duit. lepas tu pikir nak simpan berapa percent, then nak belanja beli jajan berapa percent. aisehh. seronoknya zaman kanak-kanak kan. tak payah pikir nak tukar duit raya berapa ratus. tak payah pikir duit nak spend untuk shopping raya. kalau shopping tu, takkan untuk diri sendiri je kan? nak jugak bagi adik-adik, umi, abah merasa buah tangan kita untuk raya ni. seronok bila kita tengok orang pakai apa yang kita bagi. tahun depan bagi lagi. haha. *ternganga kejap.

bila dah dewasa camni, kemeriahan raya ngan kawan-kawan tak menarik sangat macam zaman kecik-kecik dulu. masa kecik dulu, lepas semayang raya, salam-salam ngan famili, terus keluar rumah untuk mengumpul duit raya bersama geng-geng peminta duit raya. haha. best! dapat 50 sen tu kira dah havoc giler dulu. zaman sekarang rate duit raya dah cecah RM2 paling minima. tahun akan datang tak tau la. baik kawen cepat. jimat sikit duit raya tahun depan, boleh share duit suami. kah kah kah.

sementara bujang ni teringin gak nak berkumpul ngan member-member sekolah. kumpul ramai-ramai mesti best kan? tapi dah namanya raya orang dewasa, masing-masing busy dengan kehidupan masing. cuti semua tak sekali. ada yang kena bertugas. ada yang balik kampung suami. ada yang macam-macam lah. kalau zaman sekolah dulu senang. cuti sekolah semua sama. pulak tu semua takde anak bini lagi time tu. hoora hoorey je rasa raya. rindu kawan-kawan sebenarnya ni..*sad face* teringin nak raya ngan kawan-kawan rapat tahun ni. tahun depan kang, takut tak berkesempatan. mana tau tak panjang umur. atau tercepat jodoh. ahaha..pape pun, ada jugak sorang dua kawan yang sempat Mish ketemu. 

okey. times up. semoga bertemu lagi di entry akan datang yang entah bila akan timbul.




9 comments:

Pha Is said... [Reply to comment]

dah mula rasa bahang raya orang dewasa. tapi Alhamdulillah.. masih ada yang sudi bagi duit raya.. hehehehe

LadyBird said... [Reply to comment]

itulah perubahan yg kite perlu lalui skrg mish.. kalau org dewasa pun dpt duit raya kan best.. saling bertukar duit raya.. hihihihi.. kalau mcm tu, bolehla kite saling tukar menukar ek..

TS said... [Reply to comment]

selamat hari raya yunk...
maaf ats salah silap i kat u selama kite kenal..

Nafisya Ismail said... [Reply to comment]

selamat hari raya! :)

Cik SHiNJU said... [Reply to comment]

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!
Kami dtg nak mintak duwet rayer...

TS said... [Reply to comment]

terima la yg awak tu dah besar pnjang dah yunk..hihi

YouSOF said... [Reply to comment]

Kebanyakan orang dewasa akan rasa benda yang kurang indah macam ni.. Kalau boleh nak raya dengan family sama rata raya dengan kawan² rapat. Pasti meriah, lebih² lagi bila dah ada pasangan tercinta yang sah.. ;D



Semoga Mish cepat² melangkah ke alam rumah tangga hihi

shuhadaothman said... [Reply to comment]

ehem ehem! orang dewasa, kite dtg nk mintak duit raya. Pastikan rm2 ok! muehehe. slmt hari raya mek mish ^^

Woofer Storm said... [Reply to comment]

jihah dah gemukkkkkk...

bila nak dtang jumpa ni?hahaa