Friday, October 28, 2011

Makanan Tepi Jalan

Assalamualaikum w.b.t.

teringat dulu masa zaman Mish belajar, kawan-kawan Mish suka giler beli keropok goreng ngan piasang goreng kat gerai mak cik bidah (bukan nama sebenar) kat depan pintu pagar kolej. Mish sendiri pun beli jugak. hehe. so far, tak de keracunan makanan dilaporkan. 

oh yess. ada sesetengah ibu bapa, ecece, macam karangan pulak guna ibubapa, jadi kita guna mak bapak ok. ada jugak mak bapak yang tak bagi anak-anak diorang beli makanan tepi jalan. anda terasa? baguslah. sebab Mish pun kalau nanti jadi mak orang, Mish tak bagi kot. 

bukan Mish nak sekat rezeki ke apa. tapi disebabkan segelintir ok. bukan semua. disebabkan segelintir peniaga ni, diorang jaja kat tepi jalan dengan makanan terdedah sana-sini. kereta ke lori ke kapal terbang ke lalu, habis semua debu, kotoran, asap apa semua masuk lam makanan. pastu anak-anak kita beli (ecece, anak -anak kita tak tahan tu) masuk lam perut. lepas tu korang bayangkan la sendiri. ace feeling jadi mak orang jap.

nak boikot gambo ni. aku nampak buruk. iman nampak kacak. tak adil!!
perhatian! saya bukan mak budak ni!

ada jugak segelintir peniaga ni, mentang-mentang majoriti pelanggannya adalah kanak-kanak, diorang main jual je makanan basi la, tak masak la apa la. mentang-mentang tu budak, kau main jual je ye. ace bayangkan yang beli tu anak kau sendiri. apa kau sanggup? ishh..tak de moral kan penjual macam ni.

sebab tu la Mish, kalau mish tengok gerai tu semacam je, baik tak yah pegi beli la. prevent is better than cure kan? kan? kan? kan kan je la.....senang citer. 

sekali lagi, segelintir je ok. tak semua. mana tokei gerai yang kita kenal, kita dah biasa tu. keep membeli okeh bebeh. jangan kang tetiba pegi boikot lak. no no no. agak-agak la derr. dorang pun nak cari rezeki jugak. mesti korang pikir Mish nak kondem peniaga macam ni kan. sekali lagi saya cakap, no no no. segelintir sahaja. dah habis sastera dah segelintir haku tu. biasa Mish guna 'tak ramai'. tak nampak kelass kan perkataan 'tak ramai' tu. 

maka, moral entry ni, jom guna perkataan segelintir lepas ni. haha. tetiba out of topic.bye!

Related Posts:

  • Rahim Membesardah tiga hari perut sakit. bukan perut sangat ekceli. dia kat bahagian kiri bawah kat antara pinggang ngan peha tu. apa ntah orang medik panggil. kita… Read More
  • Bunting PelaminAssalamualaikum w.b.t. tahun lepas kenal dengan encik hasbeng. tak sampai setahun kenal, kami kawen. tak sampai setahun kawen, insyaAllah akan dapa… Read More
  • Apabila HB Lowsalam semua. dah lama rasa tak menaip kat belog pepel nih. rindu rasa hati. apakan daya. idea tak mencurah mari. time bawak kete, time mandi laju la… Read More
  • Baru Nak Percaya Diri Ini MTB alhamdullah, lepas makan Iberet Folic tu dengan gigihnya, naik la jugak bacaan HB Mish. walaupun 11.6 je yang terbaru tak ngapelah. naik pelan-pelan … Read More
  • Doa Ketika Mengandung. Ya Allah, Peliharalah anakku selama ia berada dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan p… Read More

9 comments:

syazwani ab said... [Reply to comment]

kekadang main bedal jehh. haha

Tea said... [Reply to comment]

Adakalanya kita terpaksa redha..
Mak berkerja..
Tak sempat utk sediakan.
Debu pun debu laa... Syukur

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

bila masa akak kawennnn ><


segelintir ajenye! baik makcik! saya akan berwaspada pada gerai2 tepi jalan :P

laskar pelangi said... [Reply to comment]

mish! dah nampak aura jadi ibu..boleh dah slow2 suh boyprend masuk minang eh..nanti jangan lupa ajak auwwww =D

eRza farEeha said... [Reply to comment]

kah3...
nk jgk la cm gituu..ank i i nk beli mknn tepi jln kne kol i dlu..aahaha..

.:|kamaryeah|:. said... [Reply to comment]

teramat sgtlah betul~
sebab yg sesetengah tue la...
abes semua kene blacklist~
hee~

Rain said... [Reply to comment]

puan najihah nampak comel lam gambar haha..


tengok tempat juga, kadang2 redah jea. biasanya buah dalam bekas yang tertutup

Wanie said... [Reply to comment]

ha budak kecik memang tak pandai nak nilai kedai mane bersih yang mane tah, men beli je kan..teringat org dok jual bebola ikan dekat area chow kit, boleh nampak kebersihan tu zero..

Woofer Storm said... [Reply to comment]

cantik mak budak ni..hahaa iman comel^^

#syg muda2 lagi dah kwin..hehee