Tuesday, August 13, 2013

Panadol Dua Keping

penat weh keje dua hari selepas raya ni. patient datang berpusu-pusu. kebanyakan patient luar yang balik kampung. so, banyak la muka-muka baru yang Mish tengok. jejaka hensem dan ahkak ohsem pun ramai. untung staf single. kah kah kah. miang.

okey fine. takbleh miang dah.

ni nak citer sat. sepanjang dua hari kerja selepas cuti raya ni, ramai betul patient sepesen. sepesen camane maksud Mish? ahahaha. meh duk dekat-dekat nak citer. sorang makcik datang, "dik, boleh kasi panadol dua keping?". lepas tu patient lain pulak, pakcik la kononnya kan, "dik, pakcik nak lebih panadol."

berlarutan sampai dua tiga puluh orang patient. sakit pulak hati kite. mula-mula Mish sabar tau. sabar. sabar sangat-sangat. Uii. lelama panas pulak hati bila tengok stok panadol dah makin low. tak bleh jadi ni. baik sangat aku ni. harus ada tindakan drastik.

patient yang mintak lebih panadol lepas tu, Mish tanya dulu, " kenapa nak panadol lebih? makan ubat tu bila perlu je. u jangan makan hari-hari. doktor bagi untuk tiga hari je. cukup sekeping tu."

tapi datang patient muka kesian. emm, bagi jugak dua keping. bukan masalah kedekut. masalahnya prosedur kat sini memang bagi sekeping. klinik kesihatan je kot. lagpiun pesen depa ni suka buat stok melambak-lambak. lepas tu dah dua tiga bulan datang klinik cakap tak berani nak makan ubat tu sebab dah lama sangat. alahai. kan ada expired date belakang tu pakcik makcik kakak abang oii.

boleh darah tinggi mish macam ni. lambatnya jumlah patient nak kembali ke keadaan normal. ahaha.

Related Posts:

  • Lelaki Itu Bodoh Bila.....  opss..yang ni tak bodoh ok! yang ni kawaiii....hahahaha. buerkk! sape kenal mamat nih angkattttt meja! ehem ehem...para lelaki sekalian.dat… Read More
  • Maaflah Saya Tak Komen Blog AWAK......bunyi tajuk macam sadis je kan. tapi tak pe. jangan nak sadis sangat lah. sembelih kang!! dah dekat ngan raya korban ni elok sangat la tu..haha. by t… Read More
  • Segmen : Fathiah Tak Jumpa Bloghaha. tangan gatal nak join segmen. biaq pi la..tangan aku. kan kan? sape-sape yang terliur nak join moh le. the more the merrier. hahaha. jom ler … Read More
  • Akak Perlukan Kolagen Lebih heroin dia lawaaaa!!!!! tadi ada sorang patient tu, pakai baju kurung biru. manis. sopan. sudah berkahwin atau belum bukan perkara utama. tapi ada… Read More
  • Blogger vs Secretaryassalamualaikum w.b.t. sekarang ni Mish tengah duk garu-garu otak duk pikir ayat terbaik giler babehh untuk karang minit mesyuarat angkara mesyuarat … Read More

6 comments:

Pha Is said... [Reply to comment]

sabar2.. kesihatan kena jaga.. x leh stress2 sgt.. hehehe

Lydia Miza said... [Reply to comment]

Hahaha.. Stok melambak kt umh la kot dorang ni

suria lekatlekit said... [Reply to comment]

ikut apa yang sepatutnya jer dik.. kadang2 kena jadi hati kering jugak

LadyBird said... [Reply to comment]

sabor mish :D.. hihi..
kate je kat depa, panadol x bgs tuk kesihatan.. makan jer madu hari2.. insyaAllah penyakit akan lari :D..

wahida said... [Reply to comment]

macam2 ragam patient yer...

salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

laskar pelangi said... [Reply to comment]

org pegnen kena byk bersabar.kekekee~