Thursday, July 9, 2015

AMNI : 1 Tahun 4 Bulan

Lip lap lip lap...dah nak masuk setahun setengah pun umur Amni. Ya rabbi, rasa macam baru semalam beranakkan Amni. Cepatnya masa berlalu. Amni pun dah besar sekarang. Dah lincah. Dah pandai cari pasal dengan mamanya. haha.



Tahun ni merupakan tahun kedua la beraya dengan Amni. tahun lepas raya pertama tanpa papa sebab encik suami kena oncall, so tahun ni memandangkan beliau dapat cuti belajar, makanya tahun ni sakan lah sikit rayanya. haha.

Hari tu terbaca kat facebook. umur budak setahun lebih ni biasanya akan ada sifat tantrum. Sifat ingin memberontak. uii...cuak dengar kan. Sebab pengalaman ada adik 8 orang tu sangatlah betul. Amni ni pun sekarang dah ada sikit-sikit tantrumnya tu. Tapi takdela tahap menangis jerit-jerit dalam shopping mall, terguling-guling atas lantai macam pak cik-pak cik nya. haha. Cuma hari tu bawak pergi beli barang dapur, dia cakap 'Nakk..' bila dia nampak biskut. Amni ni memang jenis nampak pape pun memang dia jawab nak. kau tanya 'Amni nak adik tak?'. Tu pun dia jawab nak tau. haha.

Berbalik kepada cerita, lepas aku cakap, 'No, Amni..kat rumah kan dah ada...' terus dia hempas bontot atas lantai. haha. geli hati tengok...dah pandai dah ye..cepat-cepat aku dukung dia ajak tengok gambar baby kat bahagian pampers. hikss. nasib baik makan dek pujuk.

psst..sebenarnya rasa dah lama tak bercerita pasal Amni kan?

Related Posts:

  • Sakit Belakang Semasa HamilAssalamualaikum w.b.t. kandungan dah nak masuk 22 minggu. means dah 5 bulan lebih la baby tecikk ni duk lam perut kan. ahaa. dah memacam ragam dah Mi… Read More
  • Baru Nak Percaya Diri Ini MTB alhamdullah, lepas makan Iberet Folic tu dengan gigihnya, naik la jugak bacaan HB Mish. walaupun 11.6 je yang terbaru tak ngapelah. naik pelan-pelan … Read More
  • Tips Untuk Suami Semasa Isteri MengandungTips ni khas untuk suami-suami yang isteri atau isteri-isteri beliau mengandung je la ye. jika anda seorang suami, tapi isteri anda tak mengandung, mu… Read More
  • Rahim Membesardah tiga hari perut sakit. bukan perut sangat ekceli. dia kat bahagian kiri bawah kat antara pinggang ngan peha tu. apa ntah orang medik panggil. kita… Read More
  • Doa Ketika Mengandung. Ya Allah, Peliharalah anakku selama ia berada dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan p… Read More

2 comments:

Lydia Miza said... [Reply to comment]

Kih kih kih.. Hentak montot!

Mujur kecik lg..

Padin said... [Reply to comment]

wah dah besar anaknya....