Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah, rezeki tersepak.

assalamualaikum wbt semua! haishh. bernafas lagi Mish rupanya. Alhamdulillah. lama tak lama jugak tenggelam ni. bila dua hari atau lebih tak update, masing-masing secara personal nya PM Mish, "awat diam?ada problem ka?". haha. see? nampaknya lepas ni Mish tak boleh la diam selama dua hari ke atas. puihhhhh. padahal semua duk bersyukur wa tak update. sebab tak payah penat mata baca entry wa yang merapu. huwa huwa huwa.

syukur jugak sekali lagi, sebab..cek Nuffnang yang Mish duk tunggu sebulan lebih sampai janggut dah tunggu uban. haha. akhirnya semalam, sampai jua ia ke rumahku syurgaku sana. adik Mish mesej cakap cek sampai. yabedabedu. rasa nak melompat terkinja-kinja pun ada. duit beb. sukaaa sangat!

mesti yang kamu kamu yang cash out semusim ngan Mish pun dah dapat duit kan? ehee. Apik pun cash out ari tu. ce pi mintak dia belanja sikit. haha.

budak ni lagi syok shopping. kalah ai. ciss..
kutip dari sini.

psst~
lepas ni nak kena kumpul kekuatan untuk mengapdet. haha. poyonyess.

Friday, January 6, 2012

Kejadian Benar : Aksi Gali Hidung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua sihat dan sejahtera. Dah new year kan. Mood kena la new year jugak. Tu pasal entry kejap sadiss, kejap boring, kejap bungukss je kan. Masih mencari mood tahun baru. umur pun dah naik. Huh. Tak puas hati betul bab tu. hehe.

Patient kat klinik ni pun ramai yang terkejut ngan tahun baru kot. Sebab tiba-tiba je jumlah patient minggu ni naik sikit. Hari yang tak bizi pun jadi bizi. Memang terkezutt habis ah. Dalam duk ramai-ramai pesakit ni, Mish nak citer kes patient yang cari harta lam hidung. Haa aktiviti time boring yang best gak nih. Sape penah buat sila la buat pengakuan k.

Time nak tunggu nama kena panggil tu memang boring kot. Sebab tu la sorang pak cik ni, yang mana namanya dirahsiakan. Keturunan?haa..ace teka. Kalau berani teka la. Haha. tangan kanan duk baca paper, tangan kiri gigih menggali. Langsung tak peduli kiri kanan depan belakang. Pakcik dah tua..apa nak kisah saham naik ke turun. Sebab tu ah aktiviti menggali dilakukan penuh khusyuk dan tawaduk. Agak-agak klinik nak terlingkup pun dial eh tak sedar lagi. Nikmat ohh. Hoho. Series geli okey.

Lepas syok gali ngan jari kelingking, dia gali pakai tisu lak. Dia gulung-gulung kecik hujung tisu tu, pastu dia masukkan ke dalam terowong tu. boleh bayang tak? Sape yang leh bayang tu memang hebat ah. Anda mesti ada pengalaman. Kan? Haha. jom sebut  yewwww pada depa. YEWWWWWWW….!

Psst~
Orang kata kalau suka gali hidung lubang hidung dia besar. So, lepas ni ace cek kat cermin ampa punya besar ke tak. Kalau besar tu mesti banyak harta untuk digali kan. Haha. mitos yang hampehh. Jangan duk pi caya lak. Babai!

Wednesday, January 4, 2012

Sunday, January 1, 2012

Euw..ANNOYINGnya BOYFRIEND ni.

Okeh, first of all, cara nak sebut euwww tu haruslah gaya Anwar Hadi. Yeahh. Anwar Hadi. Kalau dah lupa siapa mamat tu sila la google atau search youtube. Berlambak-lambak keluar gambar atau video beliau. Auw..lama tak skodeng mamat nih. Haha. zaman skang, perempuan skodeng lelaki. Sila contohi amalan nih okeh.

Korang pernah tak dapat beberapa orang boyfriend yang mempunyai tahap ke’annoying’ an nak mampus! Haha. kasar ayat Mish? Tak de la kasar sangat nak dibandingkan perangai boyfriend yang disenaraikan di bawah.

Boyfriend taik idung masin
Carta terunggul ni. sape-sape penah dapat atau sedang dapat boyfriend taik idung masin? Masinnya taik idung dia tu tak de la sampai korang kena rasa dulu. Haishh. Geli pulak bila di bayangkan. So, anda di harap jangan membayang la ye. Boyfriend jenis ni bukan nya dari kaum yang miskin. Most of them ada je duit, tapi sayang nak bawak kuar. Nak jugak guna duit perempuan. Setakat minum air segelas dua. Beli roti coklat seketul dua ok la. Tapi ni masuk pizza kepsi semuaaa nak girlfriend bayar. Cis…tak gentle langsung. Dayus lagi adala..sebab makan duit perempuan. Setuju?

Boyfriend mata keranjang
Orang lain main bola keranjang dengan tangan, tapi boyfriend kamu main guna mata. Hebatt! Tahniah pada si girlfriendnya. Haha. dapat pakwe yang pantang nampak perempuan berdahi kurap pun nak sapu. Apatah lagi yang berdahi licin. Aiyakk.. ampa perempuan desperate nak berlaki sangat ke kalau dah lelaki camni pun nak pilih lagi. Nasihat gua, tak payah la beb. Mak ayah pun malu kalau tau bakal menantu depa macam ni. jangan pilih eh kamu kamu dan kamu. Jangan pilih lelaki macam ni. seksa hati tauuu!

Boyfriend jual ikan busuk
Pernah dapat boyfriend selfish? Selalu pikir pasal diri sendiri je. dah jual ikan busuk, duit tu masuk poket sendiri. Huh. Bila ada masalah terngedeh-ngedeh datang kat kita. Menempel-nempel cerita masalah. Bila time kita ada masalah, baru nak stat mukadimah, dah cakap ngantuk. Macam hampessss je lelaki camni. Encik pakwe, ai rejam u sampai mati kalau buat macam ni ka tai. Ngerti??haa. semua angguk..

boyfriend just take never give
haa..wahai kaum lelaki sekalian alam. Pinjamkan matamu plis. Ramai lelaki yang jenis macam ni. si girlfriend bagi macam-macam jenis hadiah. Kamu balas dengan senyuman je. alas an kamu, senyuman itukan sedekah. Padahal barang untuk perempuan bukan susah pun. Beli penyepit rambut harga limaplohsen pun perempuan dah suka hati. Tapi kalau awek korang tu kenis yang materialistic nak barang yang mahal aje memang padan la muka ampa. Sape suh pilih pompuan camtu. Hahahaha. Gelak setan. Dushh. Nyah kau setan.



Dah baca habis dah?so, boyfriend kamu jenis mana? Jeng jeng jeng!!