Thursday, June 13, 2013

Misi Dua Bulan Selepas Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

syukur ke hadrat Ilahi sebab mengentalkan lagi semangat mengetuk-ngetuk keyboard ni. haha. tambah kental bila bukak Nuffnang tengok ada 4 buffered earning dengan status on going. ehem. mekaseh abang Nuff. even lama kita tak bersua, abang sudi bagi duit lebih. hadiah kawen lettew. hoho.

rutin harian lepas kawen? still macam biasa. rutin paling bosan bila kena bangun awal, then siap-siap awal, kena drive 15-20 minit, then masuk keje. pastu dah pukul 5 petang on time, drive lagi ntuk balik rumah. homaigod. kalau dulu tak sampai lima minit dah sampai klinik jalan kaki je. skang terpaksa berulang pergi kerja. 

balik kerja je lepak-lepak dulu. masak nasi semua encik hasben dah setel awal-awal lagi. Mish cuma pikir lauk je. syukur sebab dia tau bini dia memang paling malas nak masak nasi. haha. leceh nak kena basuh-basuh beras, tuang-tuang air. haha. 

bab lauk tak pernah lagi mish masak yang beria. semalam paling hebat pun masak sardin, telur dadar ngan kacang buncis. siap! encik hasben pulak makhluk paling senang bab makan. simple is better baginya. kuikuikui. memang kena la ngan aku yang sangat rajin ni kan. 

ekceli bukn lah Mish mals nk msak, masalahnya, peti tak sampai-sampai lagi. order dari sebelum kawen lagi. sampai gua dh kawen tetap tak sampai. kata tukang kedai, insyaAllah petang ni sampai. hoorey! lepas ni gigih la sikit ai bersilat kat dapur. haha. 



psst~ 
misi nak menaikkan berat badan encik hasben bermula! bebudak klinik bagi ai masa 2 bulan ntuk buat dia gemuk. oh my! high expectation rupanya kawan-kawan aku. haha. kurus sangat eh awak? =P

Wednesday, June 12, 2013

his WIFE!

Assalamualaikum w.b.t.

ehemm. hai semua. ni first post after 12 hari jadi isteri orang. ahaha. wonderful feeling okeyh. memula ingatkan dah jadi bini orang ni dah malas nak berbelog. tapi apakan daya, kita hanya merancang, keinginan yang menentukan. hoho.

gambar kawen? cerita pasal kawen? no no no. yang tu ai nak simpan ntuk lain post. biar rasa feeling lelebeyhhh sikit baru syok nak cerita.

perasaan lepas kawen? haruslah syok. kan akak-akak kan kan. buat pape pun ada orang teman. makan ada orang teman. sanggup tunggu kite ratah ayam sampai tangan dia dah kering kontang pun kita tak siap gigit lagi tulang ayam. time basuh baju, kita sangkut-sangkut kat hanger, dia sangkut kat penyidai. padahal boleh je kita sangkut sendiri kat penyidai tu terus. tapi nak ngengada punya pasal. kita sanggup susahkan dia. haha.

love u hubby!
psst : pes time tayang muka husband. ahakss!
mohon situasi yang sweet muwitt ini berkekalan hingga ke nafas terakhir. dan mohon jangan bosan melayan perangai ngengada ni.

soalan biasa orang tanya lepas kawen. HONEYMOON. alahai lahai lahai. honeymoon aku kat chemomoi je. kuarters klinik dia. ini menambahkan lagi kesweetan kami. maybe a month lepas kawen nanti kot gi honeymoon sat. tu pun sebab sepupu sponsor. untunggg nasib badan. haha.

fuh. lama tak menaip. sekali menaip berjela weh. haha. berbakat lagi aku bab merapu tak memasal ni rupanya. haha. bangga! orait. chaw dulu. sambung bila keinginan muncul pulak eh. adios!


Sunday, April 14, 2013

Pengantin To Be SELAMBA BADAK.


Assalamualaikum w.b.t.

fuhh. sekian lama jugak wa tak ketuk-ketuk muka keyboard nih. bese update kot celah hengset je. bapak tak seronoknya. huii. niat dah murni, tapi kemudahan zero. tu yang jadinya berkarat belog nih. huwaa. so, sesekali balik kampung, gunakan nikmat yang ada sepenuhnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi sebab PRU-13 jatuh pada 5hb Mei. sebelum ni orang tanya segan-segan nak bagitau. sebab tak sure kan. belah kita dah sure pun, kalau belah SPR still ragu-ragu tarikh PRU tak jadik jugak. kwang kwang kwang. makanya, i am bride to be! yeayyy! dah nak kawen. dah boleh kawen. yeyeayyy! haha. nampak tak tahap excited nak kawen tu camane.


so, Mish ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk prepare segala bagai persediaan sebelum kahwin. tapi kann...berapa peratus je baru siap nih. barang hantaran baru beli dua tiga par kot. hal tok imam, surat menyurat, borang segala bagai belum setel lagi. HIV test konfem tak buat lagi. tapi tak pe, keje klinik. haha. kanopi semua tak setel lagik. tukang masak semua tu tak carik lagi. haha. rasa nak gelak guling-guling bila tengok semua tak setel lagi. Hoiii. nak kawen tak ni haaa?

yang dah setelnya yang bahagian booking awal-awal. tapi tak de la booking awal sangat. bulan 3 hari tu baru duk membooking. pelamin, baju pengantin, forotgrapher. tiga tu konfem dah setel 100%. haha. goodies baru setel 50%. huii. rasa nak pecah kepala pikir nak buat mana satu dulu. encik tunang pulak keje oncall selang seminggu. so, nak gi cari barang segala bagai tu limited la sikit. alahai lahai lahai.

kad kawen? langsung tak pikir lagi. nanti lepas en tunang habis oncall la baru duk bizi tang tu. baju akad nikah akhir bulan 4 ni insyaAllah boleh pergi amek dah.

see? see? see? see? excited je lebih bab kawen. tapi prepration hampeh. tak tau la nak cakap. perangai last minute buat kerja tu still girang-girang lam jiwa. susah nak buang. Pliss la Najihah. nak kawen tak ni??

Tuesday, April 2, 2013

Pesta Kasut 2013

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku dengan encik tunang pergi ke PWTC. Alasannya sebab nak pick up adik aku kat hentian Putra then hantar beliau ke asrama kat Putrajaya.tapi dah alang-alang adik aku lambat lagi sampai, makanya, aku terpanggil untuk pergi ke Pesta Kasut tu.

Mula-mula nak pergi tu, homaigod, giler excited. Tapi penat seyh berjalan. Giler jauh. Dan jelajah jambatan, meredah jejantas segala bagai baru sampai. Mau tercabut kaki. Nasib la pegi dengan tunang. Semangat lain sikit kan. Kah3. Ini semua poyoooo.

Hasil yang aku dapat pi sana? Haha. Kasut kat bawah tu. kasut kanvas tapak getah yang berlukis. Feeling feeling back to school balik je. Haha. Kasut lain semua vogue sangat. Kang menangis pulak artis satu Malaysia sebab aku lagi blink blink daripada depa. Hakhakhak.

#gedik nak ngapdet. Sambil tunggu patient sambil update. Asah skil yang makin menumpul. Fuhhhh. Berpeluh!