Wednesday, October 12, 2011

Belajar Untuk Mencintai....

haip haip sahabat rakan dan taulan sekalian alam. Ahaks. Bajet giler guna ayat sekalian alam tu. Macam tuihsss je kan.

Jom masuk ke cerita utama.

Mencintai. Sebut macam senang. Tapi korang ingat senang ke nak mencintai nih? Lebih-lebih lagi bila kita nak mencintai benda yang kita tak berapa suka. Tapi, kita kena la bercinta dengan ikhlas kan. Baru la berkat kot percintaan tu. Haha. Macam hebat sangat je percintaan ai kali nih.

Mish dah putus dengan kekasih lama? Oh mai., jangan buruk sangka dulu.

Sesungguhnya menanam rasa cinta kepada sesuatu yang baru dalam hidup kita is very hard ok. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Azam yang teguh. Mana boleh buat main-main. Sesuatu tu bukan kita dapat dengan free.

Kalau dulu, Mish setiaaaaa sangat dengan e-pop, klik, gempak, ujang, novel dan bahan bacaan lain. Sekarang Mish nak mula mencintai bahan bacaan yang lebih berfaedah lak. Sekarang ni Mish macam rajin lak nak belek buku motivasi. Sipa beli tu. Ahaks. Ni buku motivasi first kot dari poket ai sendiri.



Actually, Mish beli sebab berkenan dengan muka depan dia. Pink colour u. auww! Dan skang tengah paksa diri ini baca sampai habis. Best gak buku ni..

Dunia tempat persinggaham, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua.
Pertama : orang yang menjual dirinya (kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya.
Kedua : manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya
(imam Ali bin Talib)

10 comments:

aimanayie said... [Reply to comment]

^^

Lydia Miza said... [Reply to comment]

siramilah sekitarmu dgn kasih sayang pasti dirimu disayangi oleh insan sekeliling juga.

Hana Soffelia said... [Reply to comment]

Suka gak beli buku tp susah nau nk hbs kan. :-p Caiyok Mish, cpt2 hbskan. Nanti share tips.

Unknown said... [Reply to comment]

woooww..beli buku untuk ai satu tau

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

berubah hati untuk sesuatu yang lebih baik takpe. =)


tapi kan, iqa sdri pun xpenah lagi beli buku2 ilmiah mcm tu. hehe.

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

eh,bukan ke wekend hari tue beli epop?

kantoi~

YouSOF said... [Reply to comment]

Semoga kita termasuk golongan kedua.. ;)



Sila kongsi lagi isi²nya nanti ye. Terima kasih u.

YouSOF said... [Reply to comment]

*Rindu pulak nak layan Utopia. Tapi dah tak dikeluarkan lagi la pulak.

Shila said... [Reply to comment]

jangan baca kalo terpaksa..

nnt xde masuk dlm kepala otak pn.. :p

Alif Haris said... [Reply to comment]

waah mish dah bagus skrg :)