Friday, December 16, 2011

keMENGANTUKan maksima

Musim hujan sekarang ni member seribu kemalasan buat diri ini nak pergi kerja. Serius! Bila alarm jam bunyi pukul tettt je, mesti Mish asyik tekan snooze. Bila dah bunyik lagi, snooze lagi. Sampai la Mish dengar housemate masuk bilik air baru Mish terkedek-kedek nak bangun.  Nak mandi pun pikir lapanbelas kali. Tapi mandi tetap mandi. Tak nak jadik kambing. Haha.

Bila dah siap mandi, sejuk tu jadi tahap maksima. Nak bersiap pun rasa macam nak balut selimut lagi. Bila dah siap, nak keluar rumah, masih rasa nak berselimut. Kalau boleh, masuk kerja tu nak bawak selimut, katil dan bantal masuk kerja sekali. Kau berani?

Bila dah mengantuk, packing ubat pun boleh pening. Kira dah 15biji , tapi rasa macam dah 18 biji. Bila dah ragu-ragu. Tuang balik. Lepas tu kira balik. Nak naik juling biji mata. Haiyaa. Parah kalau macam ni. mata dah mengantuk macam panda. Lepas tu juling pulak. Anak pak Dollah mana laaaa nak masuk minang camni. Aishh.

Hoi mengantuk! Stay away from me! teringat pulak kisah mengantuk masa belajar ari tu. rindu pulak nak merapu macam dulu. 

Related Posts:

  • Kalau Nak Cari Suami, Umi Cakap....hahaha..lawak lak rasa tajuk Mish hari ni..adess..tapi tetap, masih dan nak jugak share ngan u olls..pesan umi kat Mish..gaya pesan macam nak Mish kaw… Read More
  • Thanx Mr. Nuffy!!ambil perhatian!! ini adalah short entry dari Mish...khas buat Mr Nuffy ku sayang..manjaku..kasihku...ahahaha...bodek mesti lebih woo... klik untuk … Read More
  • Gembira Rasa Hati Dapat Itu Dan Ini... gambar mencapub!! wuhahahaha...sori semalam i busy u...xsempat nak terjah pemilik-pemilik blog yang bertapa kat blog i nih...sampai ada yang terngu… Read More
  • Ku Sangka Kau Dah..... ermm... aku sangka kau dah lupa,pesanku semasa kau sakit..ambil panadol soluble..baik untuk selsema.. aku sangka kau dah tak nak ambik kisah..apa a… Read More
  • Gempak La Pulak Raya Ni...! Raya! View more presentations from mishlollypurp. ahaha..ok..jangan terkejut k..ni percubaan pertama Mish guna presentation ni..cam senang je..xyh n… Read More

9 comments:

laskar pelangi said... [Reply to comment]

ngantuk2 letak la batang mancis kat mata..baru leh kira ubat dengan betul...heheheee~

Unknown said... [Reply to comment]

hahaha..kambing???
eeii..bawak jer bantal tu..asalkan tak ganggu kerja takper kan..hahaha

Miera Hassan said... [Reply to comment]

hihi.. asenye stuju kot ngan kak diana..

BENA said... [Reply to comment]

bena tak pergi kerja . sebab malas. amik mc sudaaa . HAHAHAHA ;)

Wanie said... [Reply to comment]

loqlaq nye anak dara ni..ngantuk p pekena kopi dulu la mish :)

Abu Bagi said... [Reply to comment]

mgantok tidor je la zzzzzz...^^

Tea said... [Reply to comment]

mishh arini cuti, mesti senang bangun tak pyh alarm pun.. kannnm

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

kalau ngantuk lagi ang try rendam muka tu dalam air panas.. air panas tu maksud aku yang 100darjahcelcius puyer..serius lepas tu celik je mata ang.haha

YouSOF said... [Reply to comment]

Tarik nafas dalam², hembus kuat sikit.. Ulang 3 kali..


Kalau tak hilang jugak ulang sampai penat.. hehe