Thursday, June 9, 2016

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

Buat ibu mengandung yang ingin berpuasa perlulah meminta nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu. kalau yang ada masalah kesihatan tu biasanya doktor tak galakkan berpuasa kerana bimbang boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Kalau yang tak de masalah tu bolehlah teruskan niat berpuasa tu ye.

Lazimnya mindset kita akan cakap macam mana nak puasa sedangkan perut tak puasa pun lapar sentiasa. Betul tak?

So, ni nak share tips yang aku sendiri amalkan sepanjang mengandung sekarang ni. Even baru 4 hari, Alhamdulillah, tak terasa macam berpuasa pun.Badan rasa cergas je.

  1. Jangan tinggal sahur. Masa sahur tu wajib ambil karbohidrat tau. Lebihkan protein dan sayur-sayuran.
  2. Jadikan kurma sebagai jajan. Bermula lepas berbuka puasa tu, sambil tengok tv atau buat apa sahaja, isikan mulut dengan mengunyah kurma. Ramai yang tahu kelebihan kurma kan? So, amalkanlah. hehe.
  3. Minum air kosong secukupnya. Seperti mana kurma, air kosong pun perlu diambil dengan kerap. jangan tunggu dahaga baru nak minum. Kalau boleh, sediakan botol air kosong tepi katil, setiap kali tejaga malam, selagi belum imsak, minum air kosong tu.
  4. Jangan paksa diri untuk buat kerja yang memenatkan pada waktu siang terutamanya waktu pagi. Contohnya nak mengemop lantai atau apa saja kerja yang anda rasa memerlukan banyak tenaga. Buat sebelah petang jika tenaga berlebihan, atau buat saja pada malam hari.
  5. Mindset paling penting. kena set dalam otak, aku tak penat, aku tak lapar, aku nak puasa. Bila dah set macam tu, insyaAllah otak akan hantar signal pada badan. Masa tu kita akan rasa tenaga berlebihan. hahaa. Kalau duk pikir, lapar je memanjang, orang tak mengandung pun tewas. hehe.
  6. Amalkan meminum air nabeez. InsyaAllah tak terasa lapar atau dahaga sampai ke petang. Ibu yang menyusukan pun boleh cuba. 


Related Posts:

  • Terjatuh Longkang Hingga Hampir Koma.sob sob.. hingus meleleh pun tak terasa sebab sedih sangat nih. air mata keluar bagai air pancut pun tak terasa jugak sebab sedih la. sedih sangat-san… Read More
  • Salahkan ku Jangan Salahkan Ku.Salahkan ku jangan salahkan ku,kasih biarku lupakan dirimu,mana satu ku jadi keliru,aku jadiii keeeeliruuuuu! auww. menangis ajai dan nurul kalau deng… Read More
  • Cinta Jarak JauhAuww…siapa yang geli-geli nak baca entry ni boleh pejam mata skang. Ahaks. Dah lama tak jiwang-jiwang. Tapi jiwang-jiwang Mish jiwang-jiwang cool. Kal… Read More
  • Mencari Waktu Yang KOSONGbila dah kerja ni terasa la sikit beban nih. totally different ngan zaman praktikal. zaman belajar lagi la lain. kalau dulu orang marah kita, kita ken… Read More
  • Gila STERENGGila kuasa dah muak dah dengar. Gila perempuan lagi la. Gila talak jangan amalkan. Gila harta sila jauhi. Gila babi. Ops! Itu sangat kasar. Banyak bet… Read More

1 comments:

Aretikz said... [Reply to comment]

Aku cek.. mcm ngandung.. tapi tak nak makan bnyk.. leh? haha