Kakak dan adik. |
Alhamdulillah, 12hb Ogos hari tu aku telah selamat melahirkan puteri kedua. Amni dulu beranak awal 3 hari, so yang kedua ni harapannya nak beranak awal jugak la walau sehari dua sebab tak larat sangat nak usung perut. baju semua dah tak muat. Nak keluar rumah pun pikir 10x tau. Sebab tu tak saba-sabar nak kempiskan perut. haha.
Keluar tanda.
Akhirnya Allah dah tetapkan 12hb sebagai tarikh keramat tu. Pukul 5pg 11hb Ogos keluar tanda. tunggu sampai pukul 7 macam tu untuk bagitau umi yang tengah bersiap nak pergi mengajar time tu. Lepas tu bagitau suami yang masih kerja kat Bentong. Mintak dia balik segera, nanti kan tak sempat nak teman isteri cengeng ni lam labour room. Haha.
Lepas bagitau umi, umi terus bagitau Guru Besar nak mintak emergency leave. Pack mana-mana yang patut, then terus gerak pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Perjalanan dalam sejam lebih jugak, sebab tu gerak cecepat. Takut tak sempat. haha.
Sampai kat Kuala Terengganu pukul 8 lebih. Disebabkan tak rasa sakit lagi, selamba badak je ajak umi pergi pusing-pusing Pasar Payang dulu. Pergi awal pun bukan terus bersalin kan? Umi cuak-cuak je nak bawak. Bahaya katanya. Tapi aku buat-buat request nak makan jeruk. Umi pun pasrah.
Admission room.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 kot kitorang pergi serah diri sebab umi cakap bahaya biar lama-lama. Takut jadi pape kat baby katanya. Kali ni aku pulak pasrah.
Teruja nak bersalin kat HSNZ ni sebab wad bersalin bangunan baru. hehe. Memang sangat-sangat selesa. Mula-mula sampai aku daftar kat admission room dulu. Disebabkan aku masih sihat dan sangat aktif ke hulu hilir sampai makcik tu cakap "awak ni betul ke nak bersalin?" haha.
Masuk lam admission room tu, alhamdulillah dapat doktor pelatih perempuan, baikkk sangat. Masa tu jalan baru 2cm. Then doktor siapkan borang untuk masuk wad. Masa tu masih lagi tak rasa sakit. Tepuk pipi sendiri sebab takut la mimpi kan. hehe. Suami sampai dalam pukul 2 lebih camtu.
Dalam pukul 5 lebih aku dapat katil. Lepas tu nurse mula buat CTG. Bacaan tak comel katanya sebab lapar. Dia suruh pergi makan dulu then nanti datang balik. Mujur umi ada belikan nasi kukus. Mula-mula gigih tolak, sebab kenyang konon. hehe. Mekaseh umi. I love u. U are the best.
Lepas makan nurse pun ajak ulang buat CTG, alhamdulillah okey, Cuma nurse cakap tak nak cek jalan ke? Sakit dah 1:10 ni. Aku cakap tak pe la dulu, tak sakit sangat lagi. haha. Tak nak laaa aku. Buat sakit je. Tunggu sakit betul-betul baru aku menyerah.
Mula contraction.
Contraction start selepas isya'. Lepas sembahyang maghrib tu okey lagi berwasap-wasap dengan suami. Dalam pukul 9 lebih macam tu contraction datang sekejap-sekejap. Lepas tu yang aku perasan kalau turun tanda darah ni dia asyik nak terkencing. Sampai aku takut nak minum air sebab malas nak gi toilet.
Pukul 10 lebih dah tak tahan sangat, cek jalan baru 4cm. Makanya sambung berhuhu kat katil sambil ulang baca doa Nabi Yunus. Allah je yang tau sakit camane masa tu. sampai la pukul 2 pagi, nak lelap memang tak boleh. Pergi cek jalan dah 6cm. Alhamdulillah sangat.
Lepas tu masa nurse mintak baju baby, kelam kabut oi, sebab nak jalan tak boleh. Nurse yang tolong ambil. Nasib baik dah asing siap-siap.
Masuk labour room nombor 8 masa tu. hehe. Ingat lagi sebab dengar nurse tu jerit. " Ni staff, hantar nombor 8". Ceh, staff la sangat. Lepas tu bermula episod paling aku tak suka. Masuk branula kat tangan. Memang tak suka sebab pergerakan macam terhalang gitu. Lepas cek semua doktor cakap "Ready, dalam pukul 6 dia bersalin."
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi kuasa Allah tu besar, dia tak nak aku sakit lama-lama. Pukul 3.16am lahirlah khalifah Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Nur Aira Sofea binti Mohd Zainuddin dengan berat 3.51kg. Semangat betul anak mama ye. Semoga Aira menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang. Aminn...
0 comments:
Post a Comment