Showing posts with label BE. Show all posts
Showing posts with label BE. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan dan Rezeki Budak Cukup Umur.

hik hik. setelah lama dan berkurun dan berzaman dan berjanggut ku menunggu BE jatuh ke riba. tapi hampeh. bukan la tak dapat langusng BE. dapat la jugak. tapi yang seloww motion punya.

pernah tak dengar orang cakap bila kita dah cash out eraning kita dalam akaun Nuffnang tu, kita akan jarang dapat BE. erk. seram kan bunyinya. haha. duit tu beb. tapi memang betul pun, lepas Mish cash out ari tu, jarang snagat BE nak melekat. nak kena hantar surat layang bebanyak baru nak diberi BE nya. aih.

tapi tu la, Allah cakap kalau dah rezeki kita, konpem kita akan dapat kan. hehe. buktinya, skang ni Mish berbahagia dengan dua BE baru Mish. ecece. lama pulak tak menunjuk kan. bagi orang yang ada 7 atau 8 BE tu tengok and then cakap, ek eley, dapat BE setaun sekali kecoh satu dunia. kah kah.

syok wei dapat BE. makin semangat nak update blog.


yang terbaiknya pasal BE kedua tu, ada perkataan PHARMACY. hehe. macam tau-tau je ai ni kerja farmasi.

saya sedang hepi sebab esok birthday saya. hek hek. jom malam ni lepak kat ekspo kat tepi mcD kat Senawang!!

Friday, January 21, 2011

Ohhoi, Dapat BE!! Kalau Cash Out Memang Macam Ni ea?


wah..salam Jumaat yang berkat. ok fine. series tak tau nak tulis apa. tak tau nak taip apa. tak tau nak luah camane. ahaks! yang penting, Mish nak bagitau yang Mish dapat dua BE. tak tau bila BE ni dimasukkan dalam akaun Mish, tapi yang pasti baru je tadi Mish perasan Mish ada BE. nampak sangat Mish dah lama tak cek earning. haha. giler poyo statement kan kan?

 ahaks..ade la jugak yang nak menyumbang dana ke tabung kebajikan shopping kat blog pepel ni kan. well well well. dengan muka berlagak hak tuih tuih Mish nak wish the most special thanx kepada :
  • Lens-Page 
  • Jipaban CNY Promotion
  • Nuffnang
okeyh. cukupla kepada tiga pemnyumbang tu. kalau anda nak nama anda naik jugak, sila la bagi dana kat Mish ni. haha, tak sangka trafik macam siput sedut pun ade jugak dapat BE. ades. unexpected btol la.
second thing is..kamu nampak tak kat bahagian total earning tu ada berapa? ok. RM0.00

nak tau sebab?? sebab..sebab semalam saya gatal tangan p cash out. kua kua kua. ala. duit tak de la berkepuk pun. cuma tekan sebab nak tau apa akan keluar kalau tekan cash out. last-last. tett. RM0.00. k fine, saya dah muflis. aigoo. tapi Mish pelik, mana pergi semua list ME ngan Campaign Mish. Owh!! kalau cash out die memang zero semua sekali ea?? ahaks! JAKUN!! baru tau wes. haha. sila la gelak besar kat budak ni..cepat!!!

Thursday, January 13, 2011

Buffered Earning ke XX !!!

hati berbunga riang. kumbang berterbang-terbangan dalam taman hati ni. cewwah!!hehe. alah, korang baca tajuk pun dah tau kan kan. seriusli, dah lama tak mengharapkan kehadiran cahaya mata BE yang baru sebab tau belog ni punye trafik macam kura-kura tercabut cengkerang je. eh..kura-kura tercabut cengkerang jalan selowww kan?? sebab kura-kura tu jalan sambil nangis. ok tak imaginasi Mish???haha. melalut je lebih kalau Mish ni.

dah dekat sebulan kot belog ni kosong. iaitu zero tanpa BE. sedih?? tak kot. sebab mood berbelog tu dah makin jujur dan ikhlas. bukan lagi mengharap BE atau trafik. sebaliknya mengharapkan kepuasan hati dan nurani yang penuh dengan cerita duka suka. wuhaha. hambek..ayat skema tahap superb beb. hehe. betul. tengok kawan-kawan dapat BE. alhamdulillah, rezeki mereka. tu je. jeles? ish..dosa doe jeles-jeles ni. dan sangat lama dan sangat lama dan lama sangat dan amat lama Mish tak open Nuffnang bahagian earning. sebab tak naik-naik hasilnya. 

tadi entah macam mana boleh teropen lak kat link tu. ish. tipu je. sebenarnya baca kat blog AfiqBukhari pasal entri beliau yang beliau baru je dapat BE pertama untuk tahun 2011. alhamdulillah Fiq. rezeki kita sama. hehe. asyik-asyik backlink Afiq. macam dah tak de blogger laki lain ke Mish oi?? haha. lantak la. sape suh blogger lain tak wat entry yang pasal BE ni. haha. *actually, nak tumpang popularity Encik AfiqBukhari sebenarnya. haha. keji punye niat derr...* sesiapa yang jeles. sila suarakan kejelesan anda di ruangan komen yea. ahaks! gedik kan?

Buffered Earning ke 14 Mish ni ditaja oleh Maxis. fuhh. first time Maxis berminat ngan belog pepel ni. hehe. thanx yea Maxis!!


nampak tak??iklan BE baru tu seketul je yang ada untuk tahun ni. BE lain semua curang pergi ke ME sudaa.. hak hak.

mekasih bebanyak kepada Mr. Nuffnang dan Maxis Om Nom Nom Race.

Wednesday, December 15, 2010

BE ke-13 yang Menyanyi Riang

peeps! penat plus letih plus mengantuk plus 100 plus. adeh. rasa nak pitam je. hari ni tak online sangat sebab terlalu syok, riang dan bergembira di bandar Dungun tadi. fuhh. sekarang rasa mengantuk sangat. yess! malam ni tak insomnia kot. hehe.

duk enak bergembira satu hari tanpa online akhirnya Mish balik je maghrib tadi, pas semayang. bukak lappy. konon nak cek UV. dah tau ciput. tak kesah pun. tapi nak kena jenguk jugak. lantak la walau sorang je pon jenguk. tak pernah mengharap UV tinggi pun. mau puaskan hati sendiri. then, gatal lak nak cek earnings. alih-alih. opss! hip hip hoorey!! ada BE baru. so, ni BE ke-13. BE kali ni daripada AMP KK Launch (Era). sumpah tak tau mende alah ape kah itu. tapi layan je la sebab dah orang memberi. Mish menerima. haha. rezeki jangan ditolak. musuh jangan dicari. kan kan. tak pernah tengok pulak bentuk iklan nye bagaimana rupa. aduss.


pape hal pun, thanx kepada penaja ye. thanx jugak kepada Nuffnang. 

psst~
update cukup syarat. ngantuk giler tahap cipan. adess. balas jejak lu seround! ahaks!