Showing posts with label Hantu Komen. Show all posts
Showing posts with label Hantu Komen. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Hantu Komen #1

Assalamualaikum w.b.t. semua!
tak pernah-pernah Mish buat review pengkomen Mish kan?
disebabkan tak pernah tu Mish nak buat la kali ni. mereka ni antara pengkomen tegar blog pepel. meh Mish describe sikit-sikit sal diorang. lepas ni korang kena terjah tau. wajib. penat Mish buat ni. haha. ini paksaan.

Hantu Komen Pertama : Alif Haris


Aliff ni Mish kenal kat simpang tiga Jalan Dato' Keramat. ok tipu. Mish kenal kat dunia blog la kan. kat mana lagi. ahaks! dia ni baru je Mish kenal. tapi suka godek-godek entry lama. sebab tu dia cepat je jadi hantu komen kat blog ni. Setakat Mish gi komen kat mana-mana blog, mesti nama Aliff naik sebagai pengkomen tegar. sebab tu follower dia pun cepat naik. rajin komen, rajin bertegur sapa. hehe.siapa nak suruh Alif cat rumah sempena raya ni, cepat pergi bodek Alif eh. haha.

Hantu Komen Kedua  : Ipai


Ipai ni pun Mish kenal masa Ipai komen kat entry blog sape ntah. komen dia cam best je. terus Mish pergi terjah blog dia. hehe. nasib baik Ipai ni ramah dan baik. dia balas balik kunjungan. dengan itu, Mish pun terus la berkunjung ke blog Ipai ni. hensem orangnya ok. kalau tak caya pi la terjah Ipai. hehe. Ipai pernah buat entry hot pasal tuala wanita. tak caya mai terjah SINI

Hantu Komen Ketiga : Apik Pehe


hohoho. blogger ni tak yah cerita panjang la. dah memang hot and spicy. ramai kenal kot. otai bab lukis orang lidi. blog Apik ni kira kategori komedi la jugak. entry serius pun, tapi gambar lidi tu kelakar. sangat menggeli hati. (ayat tak leh blah) haha. Apik ni Mish kenal dari zaman giler blogwalking lagi. dah nak dekat setahun kot kenal Apik. sekarang ni Apik bizi dengan Latihan Industri dia kat KL. jom gelak sakan baca entry ayam jantan nih.

Hantu Komen Keempat : Wanie


Mish kenal Wanie sebab biasa nampak nama Wanie kat blog hantu komen kelima Mish. memang ramah dan rajin terjah menerjah ni. Wanie ni jugak rajin buat tutorial okey. pi la try usha. sesiapa yang duk Kedah mungkin berjiran la ngan Wanie ni. sebab Wanie orang Kedah. kot la pergi pasar terserempak ngan Wanie ke. rasa macam baru je lagi kenal Wanie. hehe. Mish benci baca entry dia yang NI. kecur air liur beb. hehe. 

Hantu Komen Kelima : Diana


kak Diana ni antara blogger otai okey. jangan memain. memang rajin komen entry orang. sebab tu orang pun rajin je komen entry dia. entry-entry dia memang straigt terus ke muka sesiapa yang terasa. memang telus dan mulus. haha. tabik spring ah. seorang surirumah yang rajin update. sehari dalam 3 4 entry. setakat bulan pertengahan Julai ni saja kak Diana dah update 72 entry.hebat kan? hihi. kak Diana ni blogger tak pernah kering idea. hehe. Mish suka baca entry dia pasal Maisarah. kelakar betul la budak tu. hehe.

you komen ai, ai komen you balik.