Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Saya sangat miskin sebab rumah saya takde ASTRO yang mahal-mahal tu.

tajuk je dah semput nak baca kan. so, tak sanggup bagi kamu semput dua kali ganda, Mish cuba pendekkan. cuba ok. tak janji. hehe.

sekarang ni kalau jalan-jalan ke kawasan perumahan, even ke dalam kampung, pedalaman atau ceruk hutan sekalipun, setiap rumah mesti ada piring kelabu atas atap rumah memasing. macam UFO mendarat. agak-agak boleh tak nak letak budu dalam piring tu eh? makan ngan ikan goreng. sedap oo. tapi masalahnya piring kelabu tu adalah ASTRO. macam-macam ada. haha. tapi muka Mish tak de pun. penipu.

kawasan kejiranan (ayat skema giles) Mish pun dah ramai pakai ASTRO ni. kira maju la. dan kiranya, mereka semua kaya-kaya la sebab mampu pakai ASTRO yang mahal tu. rumah Mish je yang tak de. kami siang malam pagi petang duk tengok TV1. TV2, TV3. kalau rasa bertuah sikit, dapat la siaran NTV7 ngan TV9. kesian kan. mesti korang rasa macam, erk, kesiannya. mesti boring kan.

haha. jawapannya, tak boring langsung. rumah ni, nak tengok tv pun tak sempat. sebab asyik online je. dengan bilangan komputer dan lappynya bernisbahkan 2:1 dengan bilangan manusia dalam rumah ni. tv tu dah macam nothing. hehe.

lagipun umi memang melarang kerasSSSSS abah pasang ASTRO even abah dah kemukakan segala hujah untuk pasang jugak ASTRO tu. umi kata, nanti adik-adik tak belajar. haha. memang pun. setakat ada komputer dan internet tu je pun diorang boleh mengadap game 5 6 jam. campur ada ASTRO, bila la masa diorang nak belajar kan. ikutkan umi, semua dia tak kasi pasang. tapi abah seorang yang bijak bermain kata. haha.

umi tambah lagi, cukupla nikmat ngan rezeki yang Allah bagi ni. ni pun kita tak syukur lagi. haha. terdiam sejuta bahasa. kua kua kua.

psst~
padahal baru je niat nak pasang ASTRO kat rumah bila dah keje nanti...huwaa! eh, bil ASTRO makin naik eh? makin kaya la jiran-jiran Mish yang mulut bau longkang tu. haha.