Showing posts with label cicak. Show all posts
Showing posts with label cicak. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Erk..Azabnya Beliau Mati.


AMARAN!!

MEREKA YANG GELI-GELI JANGAN TENGOK. SEBARANG KEGELIAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI!!

Haha. Dah macam filem seram je ayat kan.

YARKSSS!!

Sob sob. Malam ni jemput datang umah eh. Ada tahlil untuk cicak ni dan rakan-rakan cicaknya yang lain. Mereka dipercayai meninggal semasa sedang berusaha mencari makanan. Malang tidak berbau. Sebab malang tak pakai perfume. Haha.

Ni cicak yang kelima ditemui mati dalam keadaan tragis ni. cicak yang mula-mula Mish jumpa telah meninggal akibat tersepit di celah almari baju bilik member. Haha. Rakus sangat nak amek baju sampai cicak terkorban.

Padan muka cicak. Dah la berak merata.taik ko yang itam putih tu bersepah-sepah tau tak? Grrr. Ini la hukuman buat mereka yang mengotorkan rumah. Berak merata-rata. Kebersihan tu sebahagian daripada iman tau dak? Ish.

Bila tenung balikk..kesian ko kan cicak. Mati sekor-sekor. Anak bini ko mana? Ni ko mati ni, siapa nak bagi anak bini ko makan. Mesti sakit kan ko mati sebab semut-semut tu gigit ko. Hurmm…tu la, lain kali jangan sakitkan hati orang dengan taik hitam putih ko tu. Kalau ko nak pinjam tandas, aku bagi. Aku izinkan. Asalkan ko tarik flush setiap kali membuang ye.

 Ish..Bagi ceramah, bagi pinjam tandas segala bagai pun bukan jenis reti bahasa melayu cicak tu. Maka, korang-korang yang membaca ni tolong jadi cicakla kejap ye. Haha. 

Larikkkkk dulu. bye!!