| owh, perlu ke gambar ni? haha |
ada yang demam sebab terkejut dapat duit raya banyak sangat. macam si Syrupmasin, raya pertama dah dapat RM26 hengget. tapi tak demam pulak dia. raya kedua ketiga harap-harap dia tak dapat dah. haha. tua-tua pun dapat duit raya lagi. adeh. kesian yang memberi tu.
ade jugak demam sebab makan kuih raya banyak sangat. makan tak ingat dunia. mesti takut orang lain habiskan. haha. kalau makan kuih raya yang umah sendiri tak pe la nak habiskan setabung pun. tapi kalau habiskan satu tabung kuih raya masa beraya kat umah awek. buat malu jek. nak hasut lah suh mak awek tu rejek. hoho.
ade jugak pemnadu-pemandu yang demam mungkin sebab jalan jem. tapi Mish rasa tahun ni tak de la jem sangat kot. setakat yang Mish balik hari tu pun, memang la banyak kete atas highway. tapi tak de la jem. haha. sesat je lebih. tapi tu pun nasib baik tak demam sebab masuk banyak hutan. namanya sesat kan.
masa bulan puasa, ramai yang sakit perut. gastrik, cirit birit, sembelit semua ada. bila raya ni demam, selsema dan batuk pulak yang ramai. alahai.
pesanan Datin Najihah Sahami, Menteri Kesihatan bagi Negara BLOGGER, minum air masak banyak-banyak. tapi kalau dah takdir nak demam, demam jugak kan. hehe.
psst~
ai demam rindu sebab tak dapat raya ngan tett. haha. MIANG!