Showing posts with label fact. Show all posts
Showing posts with label fact. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

10 Fakta Tentang Kentut Yang Kita Tak Pernah Tahu


1. Kentut yang tidak berbau biasanya terjadi kerana seseorang itu menelan udara ke dalam sistem pencernaan.

2. Makanan sihat seperti brokoli dan badam mengandungi banyak sulfat menyebabkan bau kentut semakin busuk. Zat sulfur yang bernama mercaptrans, biasanya terdapat dalam daging dan produk susu, juga boleh menyebabkan bau kentut yang tidak menyenangkan.

3. Secara purata, rata-rata orang mengeluarkan angin sebanyak sepuluh kali dalam sehari. itu menandakan sistem penceranaan badan mereka dalam keadaan baik.

4. Dalam masa 24 jam, seseorang itu boleh mengeluarkan lebih dari 2 liter gas kentut. Itu merupakan sesuatu yang normal.

5. Kentut berlebihan juga tidak elok. Itu menunjukkan sistem usus anda tidak sihat. Untuk masalah ini elakkan minum susu semasa perut kosong.

6. Ketahui bahawa lelaki lebih banyak mengeluarkan angin berbanding wanita. ini berkemungkinan kerana tabiat lelaki yang suka makan dengan cepat berbanding wanita.

7. Sebenarnya tabiat suka mengunyah manisan ataupun gula-gula akan membuatkan anda sering lebih terkentut. Fakta ini adalah berdasarkan American College of Gastroenterology.

8. Sebenarnya kentut yang keluar itu adalah gas yang terkumpul di dalam usus dan sebenarnya tabiat mereka yang suka menahan kentut adalah tidak elok untuk kesihatan angin di dalam perut.

9. Mereka yang tiada masalah dengan sistem pembuangan air besar akan mendapati ketika membuang angin ia akan mengeluarkan bunyi yang sedikit sahaja. Sementara bagi mereka yang mengeluarkan angin dengan bunyi yang kuat itu menandakan mereka mempunyai masalah dengan sistem pembuangan air besar,

10. Ketahulah bahawa makanan anda sehari-hari boleh menjadi penyebab kepada bau yang kurang menyenangkan saat anda mengeluarkan angin. namun jangan sesekali menahannya kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan perut anda.

sumber : Mingguan Wanita, Jan 2015

Monday, May 9, 2011

Tentang Umi | Nak Cerita Pasal Umi Jugak

mentang-mentang la hari ibu. semua nak tayang muka ibu masing-masing. mana aci! Mish pun nak tayang jugak. hehe.

by the way, ni la wajah kesayangan hamba. pemilik air tangan yang Mish paling rindu nak makan. penangan air tangan beliau la yang selalu buat cacing ku bergolek-golek kelaparan. ahaaa. stop crapping!

nama : Puan Wan Juhana bt Wan Chik
tarikh lahir : 23 May 1966 --> tak lama daa bday umi!
pekerjaan : guru / cikgu
korang tau, kawan-kawan Mish cakap, dorang suka dengar umi bercakap. sebab umi ni lucu. memang pun. sebab umi cikgu, maka sebab tu la umi ni kalau bercakap, tangan mesti berkepak-kepak. cerita nya pun bersungguh-sungguh. lepas tu suka gelak. umi memang macam tu.

kalau dia nak bebel pasal anak dia. memang terbaik ah umi. rindu giler nak dengar. budak-budak umah sewa Mish dulu mesti gelak terkangkang-kangkang sebab depa cakap umi bebel kelakar. aduh. tang mana kelakar pun aku tak tau. ok, bab kangkang tu aku tipu. dorang tak de la tak senonoh sampai camtu kot. so, far ok la kalau dorang happy. haha.

kalau susah hati, Mish suka gayut ngan umi. kami gayut tak de la lama sangat. al maklum la. umi ni ibu kepada 9 orang anak. so, paham-paham la tahap kebizian dia. tapi kalau dah gayut tu macam-macam topik la. duk cerita pasal adik-adik la, pasal sekolah dia la. lawak la umi ni. kadang tu bila umi duk cerita, anak umi ni nangis tau. sebab rindu sangat kat umi. tapi pura-pura gelak. nanti kalau umi tau, malu la anak umi ni. adik-adik kalau baca syhhh sudah tau!

fakta yang langsung tak tipu tentang umi!

  1. umi ni akan marah bila
    -kami melawan kata dia. erk.
    -kami tak tutup pc/laptop waktu maghrib

  2. umi mengamuk sakan bila
    -anak jiran datang umah lepas tu suka-suka je petik pokok bunga umi. pergh. memang habis la budak tu
    -ada kucing buang taik kat halaman umah.

  3. umi saya comel giler masa
    -dapat gelang dan cincin idaman dia dari abah.
    -belajar pakai shawl dengan kami

  4. umi paling happy kalau
    -diajak shopping

  5. kalau gayut, umi selalu tanya 
    -belajar cane?
    -bila cuti?
    -ada kat mana tu?
    -duit cukup?

  6. umi selalu sangat
    -lupa bawak henfon pegi sekolah atau jalan-jalan
    -tak ingat kat mana dia simpan kunci kereta.

  7. kalau dengar orang nak pegi langkawi, umi mesti akan kirim
    -sudu
    -senduk
    -coklat

  8. umi susah hati bila
    -saya tak dapat balik sebab tak de tiket
    -result exam adik-adik jatuh kerana game!

  9. umi gelabah giler kalau
    -ada orang nak datang umah tapi umah macam tongkang pecah.

  10. umi selalu berangan
    -kalau nanti Iman dah besar, dia boleh selalu luangkan masa kat masjid dan surau
    -satu hari nanti, kami dapat rasa nikmat raya kat kampung macam masa zaman arwah nenek ngan atok ada lagi.

  11. kalau orang tanya pasal kawen kat anak umi yang sorang ni umi akan cakap
    -kalau ada orang nak kat dia ade la tu. (macam tak laku je anak umi ni kan. haha)
    -bia la belajar habis dulu. 
fuh. penat taip fakta tentang umi. sayang umi ketat-ketat. banyak lagi nak kongsi. tapi kalau kongsi semua ada yang termuntah duk terbaca. papepun, umi is the most special person to me. 

umi, maaf tau sebab kadang-kadang

  • along buat dek je kalau umi suruh buat something.
  • bila umi bebel, along ter'menjawab'. erk. tak sengaja tau umi. btol.
  • along langgar sikit pesanan umi. sikit je. tak banyak pun. sorry ye umi. muah!
  • selalu buat umi susah hati bila ada masalah. umi kan my best friend. sharing is loving kan mi?
  • along suka merajuk kalau tak dapat something. erk. macam budak-budak kan. lepas ni along matang sikit eh  sikit je. hehe.

conclusionnya, SELAMAT HARI IBU. along tak sokong hari ibu kafir punye ni. along sokong yang along punya suka. lagipun bulan ni birthday umi kan? umi nak apa. jet? kapal terbang? Honda? Nissan? semua along beli t. yang mainan punya dulu eh umi. umi suka kan? hahaha. tapi kalau beli nanti adik-adik berebut ngan umi lak. erk. along bagi ucapan je la. finally. kua kua kua.

sekian. nak pegi kesat air mata dulu. bai!

Wednesday, August 11, 2010

Siapa Jodoh Kita??

korang kapel x??ermmm, baru nak mula hubungan ek...nevermind...jangan ragu-ragu tau..kali ni Mish ada bawak n3 khas yang dibawa terbang daripada seseorang.....
so pasni xyah la nak main tarik tali lagi ekkk.....

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan atau tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. Senang bersama




Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira, dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.





3. Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya,
dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga bersedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan kita.





4. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.






5. Percaya-mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakah rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung?Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dalam
hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-
rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan
yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.






6. Senang bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal
dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan
dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua perkara ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan
orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita
yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?





7. Memahami diri kita




Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami pasangannya.
Semasa kita sakit dia membawa kita ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang berduka atau bergembira,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sentiasa bersedia menghadapi pasang
surut dalam percintaan. Kata orang "lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula suami isteri".Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah.
dialah calon sesuai yang menjadi calon kita.





8. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang kita ditakdirkan kita hidup bersamanya.





9. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.






10. Solat Isthikarah dan Tawakal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya
ditulis yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
solat isthikarah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini
adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini adalah
sementara. Nikmat di akhirat adalah selamanya.

kredit to : izyan syazwani

p/s :
just for fun k...kalau ada yang betul2 terkena tu alhamdulillah..kalau yang terlencong tu, bukan bermaksud tiada jodoh..al maklum lah..rambut sama hitam, hati lain-lain...kan...
anyway....gud luck wif ur relationship!

Saturday, June 12, 2010

Musim MengaWan..






hai n salam...
Ekceli Mish tatau nk tulis pe nih...
hurm..tp dsbbkan skang ni musim cuti skolah..
maka banyaklah undangan2 kenduri yang perlu dihadiri...
hurm..Mish sebenarnya xsuke sangat pegi majlis2 gnie..
Mish malas nak pakai baju kurung..sampai sane..nak kena wt2 muke manis..
adehh..Mish lemah sket bab ni..
tp sampai bila kite nk hidup ngan gaye tu je kn...
nanti ble Mish kawen tade sape nak datang...wuuu...msti sedih..
malu lagi..
huk3...tanak la gitu...
kite rai orang...nanti org rai kite lak..hehe.baru adil..hidup ni kan karma..
disebabkan terlalu sibuk menghadiri kenduri kendare jgkla almari baju Mish kosong...
sebelum ni penuh ngn baju-baju kurung jer..(nmpak sgt xpakai)..hak3...
bila tibe musim gnie..mula la xcukup baju..xsempat nak rotate lak tu...hehehe....
paper pn..sonok gak tgk org kenduri....terpkir lak..bile la Mish nak naik pelamin..huhu..

well...
tahniah la pada pengantin2 dan bakal-bakal pengantin sepanjang musim mengawan ni..huk2..
smoga kekal sampai akhir usia...Amiinnn~

okeyp..sempena musim kenduri ni..Mish nak kongsi sedikit tentang perkara2 atau peristiwa yang sering berlaku di sebalik majlis kenduri
ni...
Mish pn bukan seorg yang sempurna sangat..tp xsalah kalau kita saling mengingat...

Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

























credit : http://emjayjb.multiply.com/journal/item/155

Thursday, June 10, 2010

Rahsia wanita mengikut kedudukan ahli keluarga

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas



Wanita berunsur TANAH
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan AIR
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan API
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur ANGIN
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan