Showing posts with label frust. Show all posts
Showing posts with label frust. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Selami Hati Gadis INI!

mari sama-sama hayati dan selami kekecewaan gadis ni. terlajak perahu boleh diundur, terlajak masa nak buat camane?

erk!

SIA-SIA.
satu ayat yang dah cukup, sangat-sangat cukup untuk gambarkan perasaan hati lara gadis ni. makin lama, makin menekan jiwa. dah berpulun usaha dilemparkan, namun satu pun tiada berhasil. 

KECEWA
perkataan kedua untuk menggambarkan hiba hati gadis ini. terasa hari-hari yang akan dilalui selepas ni sudah langsung tak bermakna. kalau la terjun bangunan tu boleh mengubah semua. gadis ini bisa lakukan. tapi hanya didalam mimpi. =P

PUTUS ASA
sokongan dan laungan semangat kawan-kawan langsung tiada makna bila semua ni terjadi. penat berusaha. terasa mahu berhenti. mahu tamatkan. semua. 

TAKUT
bila usaha langsung tiada berhasil. ketakutan lekas memunculkan diri. apa jadi lepas ni? kuat kah aku untuk terima semua keputusan nanti? apakah? apakah? apakah? argh. jiwa jadi kacau.

BLUR
banyak sangat bermain di fikiran. apa yang patut gadis buat lepas ni? teruskan kah? pejam matakah? butakan hati pekakkan telingakah? sesungguhnya perjalanan gadis masih jauh. masih banyak yang perlu ditempuh. tapi gadis makin lemah. makin tiada semangat. gulp! 

gadis ni sebenarnya tak dapat jawab paper Pengurusan Asas dengan baik tadi. sebab setengah jam lebih dibazirkan masa dalam toilet. tiba-tiba sakit perut dan muntah-muntah datang. pelik. masuk dewan exam je kelam kabut si gadis gunakan masa lagi 20 minit yang tinggal tu untuk jawab 4 soalan esei. bayangkan. rasa nak menangis pun ada. 

perut, sampai hati kau khianati gadis. 

soalan. apasal la pelik benor soalan tu hah? dah la berbelit-belit. dah macam out of silibus je. rasa nak gigit je. lepas paper Kimia Farmaseutik, si gadis terpaksa pasrah lagi dengan paper sengal ayam ni. penat si gadis menggoreng tadi. goreng kailan ikan masin, goreng sotong semua hado. 

tengah bayangkan muka lecturer gelak guling-guling baca jawapan si gadis. dengan tulisan macam cakar ayam. ntah pape.

fortunately, satu kelas rasa geram ngan paper tadi. tak de la si gadis tu sorang yang berduka lara.