Showing posts with label girls thing. Show all posts
Showing posts with label girls thing. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Perempuan cakap tak serupa bikin?

Perempuan memang cakap tak serupa bikin, sebab bak kata orang, cakap senang, tapi nak buat susah. tu la perempuan. lembut hati. bila dah berlembut sangat, orang pun pijak kepala. tapi kalau tak berlembut, nanti orang cakap ego. keras kepala. mungkin lembut tak bertempat. aihh. susah la pulak kalau nak main tempat-tempat ni.

perempuan ni, cakap je benci la, nak blahhh la, tak nak kacau la apa la. hakikatnya, hampeh. semua tu dibibir je. kat hati, siapa tau? lelaki tak tau. yep. lelaki tak tau. sebab depa tak paham. jadik perempuan kena banyak sabar. kalau setakat makan ati tu, orang cakap, alah..small the matter la. dah jadik ulam pun. mula-mula ulam la, tapi lama-lama jadik barah.

so orang perempuan, BERTAHAN!


haha. terlepas membebel kat sini. padan muka ampa. pagi-pagi dah dengar aku bebel. fuhhh. perempuan tu merujuk kepada seseorang. so, kepada perempuan tu, silala terasa. petang ni balik...yeayyy!

Monday, November 21, 2011

Sunday, May 22, 2011

Perempuan Pisau Cukur, Lelaki Jangan Jadi Bodoh.

alahai. banyak sangat nak bebel hari ni. rasa sangat-sangat banyak benda nak dibebel. tapi apakan daya, rasa paling teringin nak bebel pasal perempuan si pisau cukur. dengar pun macam seram. ringkas kata, perempuan MATERIALISTIK! nanti mati aku sumbat CHOPSTICK! tik tik tik.

stop crapping. geez~
tak tau kenapa, sekarang ni aku rasa asyik nak post entry pasal hidup berpasangan nih. haha. annoying kan? bia la.

Perempuan : 

seriyeli si pisau cukur. saya sebagai perempuan pun tak paham dan merasa annoying sikit dengan perangai kaum sejenis saya yang berperangai macam ni. perangai yang memalukan kot. pilih bulu. berkawan dengan mereka yang punya duit je. dapat keluar 100 kali pun tak pe ngan lelaki berduit. yang penting save budget. habis madu sepah dibuang. bila nak baik bila tak nak buang. bila rasa nak amek balik. erk. apa perasaan eh buat orang macam tu. hanya kerana duit, maruah di letak bawah kaki. ohmai! kasarnya bahasa ai hari ni. but i have to. this is the truth. pasang dua tiga orang kaya-kaya. tak kaya pun asal berduit. bermulut manis dengan semua jejaka. guna kelebihan menggoda lepas tu kikis apa yang patut. rasa bosan tukar lain. macam baju kau buat diorang. tak takut ke nanti kau pulak yang dipermainkan. hidup ni karma. jangan la bongkak sangat dengan kecantikan tu kalau tak tau nak balance dengan perbuatan. Mish pun bukan la baik sangat. tapi kalau perkara remeh macam ni, reti lagi kot fikir. lelaki ni kalau dah sakit hati, ranaplah korang kalau diorang balas dendam. mungkin satu hari nanti korang bertemu buku dengan ruas.

Lelaki : 

dah setel bebel perempuan. bebel sal lelaki lak. lelaki ni pun satu. tuhan dah bagi 9 akal. nak jugak ikutkan nafsu yang satu tu. come on la guys. sampai bila korang nak habiskan hidup korang dengan perempuan macam tu. korang yakin ke dengan memewahkan pasangan korang tu, pasangan korang akan setia ngan korang. ahaks! tipikal nya korang. lelaki jenis ni la yang memalukan lelaki-lelaki lain kan lelaki-lelaki lain kan. dapat awek cantik dah rasa cukup bangga, lepas tu habiskan semuanya untuk puaskan perempuan tu. auw! seramnya ayat tu. tapi betul kan. lelaki ni kalau tak pandai kawal nafsu. habislaaaa kena ngan perempuan. jadi la buta kerana cinta palsu. dah tau perempuan tu jenis macam tu. nak jugak teruskan. konon ada optimistik, nak tunggu perempuan tu berubah. ceh, plis r. boleh pakai ke optimistik korang tu. pikir la sendiri. sendiri dah baligh. dah sunat pun. malas nak ngajar. nanti cakap ai memandai-mandai.

alhamdulillah jenis-jenis macam ni tak de kot dari kalangan kawan-kawan Mish. dan harap sangat takde. kalau ada, meh nak bebel depan-depan. hahaha.

psst~
semalam satu hari hilang duk layan citer Playful Kiss. best giler! balik-balik je hari ni post entry bebel panjang-panjang. annoying kan Mish nih. adeh. dah post ni. rasa puas sangat!:)

Friday, May 20, 2011

Andaian Untuk Lelaki Yang Aweknya MOODY

pernah tak tengok orang ceria tiba-tiba bermasam muka. orang selalu senyum tiba-tiba bermuka ketat. orang yang selalu lembut dalam bicaranya tiba-tiba kasar. orang yang selalunya bercakap banyak, suka bercerita tiba-tiba hari tu dia diam seribu bahasa. kalau gurau sikit even tu gurauan biasa, dia dah start buat muka. sensitif. touching lebih.

jika silap tegur atau silap tanya, mesti kena herdik. auww! kecut perut u. haha. tu la moody namanya.

meh nak spesifikasikan dalam lumrah orang bercinta. kenapa nak kena bercinta, bukan berkawan. kalau korang nak yang berkawan korang buat la entry pasal tu. Mish nak pilih bercinta jugak. selfish nya saya!



wahai sang lelaki, kalau la awekS anda bersikap seperti perenggan pertama di atas. iu bermakna awekS anda sedang dalam keadaan out of mood. jangan la pulak korang buat sengal pi cubit-cubit manja masa ni. silap-silap dia telan-telan manja korang.

kenapa awekS korang MOODY? ini la persoalannya. ni Mish nak bagitau sikit sebab yang anda perlu jangkakan bagi menunjukkan yang korang ni lelaki prihatin.

  • awekS dalam simptom datang bulan. ahaks! anda kena la banyak bersabar.
  • awekS anda ada masalah. kerja ke,belajar ke, family ke. otak dia tengah berserabut. bagi dia sokongan dan masa bertenang k.
  • awekS anda sedang cuba menarik perhatian anda. so, korang kena la jugak tumpukan perhatian kat awekS korang. kalau tak nak amek tau hal awekS ni baik tak yah kapel. hak hak.
  • awekS anda sedang bergaduh dengan pakwe dia yang lain. haha. andaian yang menghancurkan hubungan anda. kah kah. 
sekian. wassalam. 

psst~
sesiapa yang terasa, paham-paham la eh. takkan ni pun nak kena bagitau. 

Wednesday, May 18, 2011

3 Jenis Perempuan Yang SORRY La I Nak Rapat

  1. Perempuan yang jadi pernah jadi orang ketiga

    okey, percentage untuk Mish langsung tidak berminat untuk rapat dengan perempuan macam ni adalah sangat tinggi. apa kata perempuan-perempuan lain? kalau ada sorang minah ni pernah kacau relationship atau rumahtangga korang, mungkinkah korang bisa terima minah ni jadi teman? erk. pergi kemana-mana berdua. dengan perampas, pemusnah dan penyibuk ni? kalau Mish, SORRY la besar-besar atas kepala. tak minat okeh. setakat senyum jumpa kat tandas lagi okey lagi. tapi dalam hati rasa cam bernanah je. sabar je la.


  2. Perempuan yang jenis suka tikam kawan.

    siapa yang suka berkawan dengan perempuan camni kan. kalau dah sah-sah tertera kat dahi orang tu yang dia ni memang jenis kawan makan kawan. sumpah kita tak dekat kan. tapi masalahnya, hati manusia ni tak boleh diduga. luar nampak baik, nampak ciri-ciri teman sejati. tapi belakang. phewwW. langgar gajah pun gajah tergolek. kalau dah sekali tau perangai dia suka main tikam-tikam, sori la beb. aku terus tikam nama kau di sanubari. kasi mati kau di lubuk sana. haha.


  3. Mana-mana perempuan yang dirasakan perlu. 
    yess! mana perempuan yang rasanya sangat logik untuk kita tidak rapat. mungkin Mish nampak macam dia ni lancang bebeno ke, memang tak kuasa la nak rapat. tak pun perempuan yang kaki perli ke. keluar dating sikit pun nak kecoh-kecoh satu kelas. apa kau jeles aku ada pakwe? yeww. tak senonoh betul hidup berhasad dengki kan. ahaha. perempuan-perempuan yang langsung tak boleh diajak bergurau, tak sekepala, kepala memang dah sah-sah satu sorang, tapi maksud Mish, tak masuk geng la. almaklum la, mulut ni kadang-kadang out of control. so, rasanya, baik Mish tak payah nak rapat dengan mereka-mereka ni. nanti kalau terlepas dah tak boleh nak undur. kan kan?
nak berkawan mesti la tak memilih bulu kan. tapi untuk jadi rapat dan akrab tu rasanya perlu la jugak memilih. Mish bukanla baik sangat untuk cakap, "saya ni ramah la. dengan semuaaaa orang saya berkawan baik. semuaaa orang saya rapat". oh no! tak baik tipu macam tu. mesti ada gak certain orang yang kita rasa kita patut jauh kan. 

pape pun, terpulang la pada individu tu sendiri. :)

Thursday, May 12, 2011

Perempuan Hantu Asam?

Hantu asam? oi, camane tu eh. grr. mesti takut kan. haha.

hek eleh. kau bajet hantu asam tu macam hantu pontianak harum sundal malam ke? ni hantu tak de sundal-sundal ok. sensitip.

sinonimnya perempuan mengandung dikaitkan dengan asam ni. erk. abis tu kalau perempuan anak dara jelita cun anggun macam ai ni tak boleh makan asam la eh. haha. perasan kan?

actually, Mish ni memang hantu asam kot. asam, jeruk dan yang masam-masam. feveret! kena pulak jeruk pala, salak, kelubi. pergh. kecur air liur kejap. perempuan mana yang tak suka asam eh? ada ke? ada ke? ada! roomate Mish tak suka asam. haha. Hyun Miera ni pun tak suka asam.

korang penggemar asam? meh sama-sama bayangkan asam strawberi kering, asam plum kering, asam kulit limau, asam halia, dan asam-asam lain.

tapi asam ni boleh menyebabkan otak kita lembab tau. so, jangan la makan banyak-banyak. time ngantuk kalau makan asam ni. pergh. nikmat dunia. haha. terus je bulat mata tu. kan kan. mamat ni memang marah kalau ai makan asam time musim exam. so, masing-masing jangan bagitau dia eh. t dia bising. haha.

eh, perempuan je ke suka asam? nyah? bapok? lelaki? errr...

psst~
motif entry, cuma nak bagitau yang ai menaip sambil makan asam. sedap beb!

Tuesday, March 8, 2011

Kerana Saya Seorang Wanita, maka, Selamat Hari Wanita!!

wahaha. bukak FB di mana-mana ada post pasal Hari Wanita. masing-masing tak kira lelaki atau perempaun duk wish Selamat Hari Wanita. err. ketinggalan plus jakun nya haku. adeh. rupanya 8hb March adalah Hari Wanita. tak gitu eh? haha. kesian kesian sebab Mish dilahirkan sebagai wanita, tapi tak tau Hari Wanita tu. 


kalau sebut wanita macam dah beranak cucu kan. kalau sebut perempuan atau gadis nampak la cam muda dan kena sikit ngan Mish. tapi apakan daya. dah dari awal namanya Hari Wanita, tiada kuasa la i untuk mengubahnya. haha. well, mentang-mentang i ada blog. so, i nak wish Selamat Hari Wanita kepada my umi sayam!! my arwah nenek, adik-adik perempaun, mak cik-mak cik, sepupu perempuan, kawan-kawan perempuan, cikgu perempuan, blogger perempuan dan semua perempuan-perempuan di dunia. ada lagi ke yang tertinggal ea. kalau ada sila nyatakan. wah. skema!! i like~ haha.


sebagai wanita, saya mewakili kaum wanita yang dipilih memohon agar kaum lelaki menghormati kaum wanita. dan please lahh jangan lakukan penderaan ke atas kami kaum yang lemah. ecece. dah boleh ganti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kan kan. haha. undilah saya. bluerk~


kami wanita. jangan aniaya dan eksploitasi kami. hahaha


psst~
dah nak habis tarikh baru nak post. haha. boloxs la Mish ni.adess..

Friday, August 20, 2010

All About Girl...lelaki mesti tahu...

sape cakap girl susah nak dipahami??sape??sape??angkat kaki plisss...aicehh..boy pun same la...sesusah payah nak paham girl, girl senang nak share apa yang die nak supaya boy tu paham die..tapi boy ni..adess..dah lumrah ego tu milik lelaki...girl pun ada ego tau..

okeyp..tanak menimbulkan isu per'jantinaan' disini...straight to the point..n3 ni wujud bila ada sorang member tu..'boy' melantik aku jadik doktor cinta nya secara xrasmi..padahal bukan aku pandai sangat pun..aku sendiri hancuss..tp bila die tanya sal girl ni..hahaha..aku memang nak jawab...
ok..check it out...


apa yang benar tentang girl...

  1. girl ni, bila sekali boy tu dah patahkan hati die, sakit yang amat tu xpenah berlalu..means, sampai mati pun die ingat..ditekankan di sini..BUKAN BERDENDAM k, jz ingat..xpenah lupe...jangan salah paham. dorang ni mudah trauma..besela..jiwa halus..ouch..hehe.. 
  2. satu ketika bila girl rindu sangat2..she's hurting inside..deeply...jadi boy jangan la memerah limau nipis atas lukanya tu..btol..ni based on my pengalaman k...kadang-kadang menangis puas2 baru lepas...boys, u oll nak ke ur girl nangis sebab u olls??ish, zalim...luangkan la mase untuk ur girl walau sepenat mane pun..korang akan rasa terbalas...
  3. so far, apa yang kita tau..yang keluar dari mulut perempuan ni biasa xbole pakai kan??perghh..ayat aku...haha...jgn salah paham k..i means..bila girl tu cakap its over...sebenarnya..die nak mulakan sesuatu yang baru..dengan kamu..yess boy..with u..over kan yang lepas...so, jangan la buat-buat terlalu memahami dan blah gitu jer...simple kan??
  4. kalau girl tu sedang marah-marah sama kamu, ataupun merajuk..jalan jauh-jauh dengan kamu..jangan biar die berseorangan. ikut die..xrapat pun xpe...but, let her know ur concerns..kemudian, bila nampak cam dah cool sikit..take ur own step k..takkan 2 pun nak ajar..haipp~
  5. bila ur girl menangis di depan kamu boys...jangan biarkan die fikir yang die keseorangan..hold her..jz hold her...don't say a word....die akan tenang perlahan-lahan..
  6. girl ni jugak..xreti nak terus terang kadang-kadang tu, so, kalau kena boy yang blur..awek diam, moyok pun...die still wt selfish..dan kalau boy tanye.."nape ni"...si girl tu amek masa nak jawab..lastly, her answer is.."xde paper"..u oll leh nampak x smthings wrong kat c2....jangan la percaya bulat-bulat yang Mrs Aweq tu xde paper...dorang cuma nak keprihatinan korang..so, tanya lembut2 k...jangan bentak2..jangan paksa...
  7. jika girl tu tell u a secret..dats mean..die memang percaya kat u boys..dabik dada seyh...hehe..tapi boy tu jangan la wat mulut tempayan p citer kat kengkawan ke, ibu ke..sah2 nak kena ganyang mulut..dan long term efek..korang dah xkan dapat kepercayaan dari girl tu lagi..meh nak review...selalu orang tanye, cane nak kekalkan hubungan??dan 1st thing is, kepercayaan...bukan rukunegara k..tp saling mempercayai..pastu, knpem...hubungan korang maintain steady je..tade masalah..so, boys..keep ur girl's secret safely...
  8. girl suka pada boy yang murah hati..bukan la maksudnye girl ni materealistik k..tapi, girl ni memang punye sense of sentimental yang tinggi...every single thing yang die dapat dari boy, atau yang die lalui bersama boy tu, die akan hargai..so, apa salahnya kalau sebulan sekali jumpa tu bagi kat girl ni smthning..barang yang 2 hengget pun ok what! girl akan rase dihargai k..pastu karang la sket ayat..."i bli ni mase i jalan2 ri tu..teringat lak kat u..harap u suke"..see??! xsusah pun k..ni x..date pun guna duit Mrs Aweq..haipp~~
  9. bila girl staring mering kat u...balas balik..jangan alih mata u oll sebelum die alih..senang cter..lawan mata..staring her deeply, look into her eyes...finds something...konpem korang akan nampak their love kat u olls..
  10. last but not least..when a girl say she love you,yes she do...she really does more than u could understand...
hargai apa yang ada sebelum terlambat k..

  • say u love her more than she could do
  • when she's mad, hug her tight and don't let go...
  • when she says she's OK dont believe it, talk with her.
  • call her before u sleep and after u wake up..
  • treats her like she's all the matters to you.
  • stay up all nights with her when she is sick or sad.
  •  watch her favourite movie with her even if you think its stupid.
  • when she is bored or sad, hang otu with her.
  • let her know, she is important to you.