Showing posts with label him. Show all posts
Showing posts with label him. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Keutamaan

kalau ikutkan dalam Islam, for sure la suami jadi keutamaan kan. tapi bila dah mengandung ni, terbalik pulak. memang la best, tapi kadang-kadang rasa bersalah pulak. rasa macam isteri yang tak sempurna pulak. rasa macam membuli suami pulak. rasa macam kesiannn je. hikss.

kat kedai makan, time nak pilih menu. bila aku suh dia pilih menu, dia suruh aku balik. main suruh-suruh sampai kesian kat waiter. last-last aku mengalah. en suami kata, makan ikut kata baby. haha. banyakla alasan dia. kalau la baby boleh request, ui, tak termampu nak layan.

kalau time aku nak masak. aku tanya dia, hari ni rasa nak makan apa. aku bagi contoh lauk yang ada dalam peti sejuk. then nak bakar ke, goreng ke, masak merah ke, sup ke pape je la kan. setakat yang aku reti buat. untungnya laki aku jenis tak berapa gemar gulai. hikss. selamat laaa. sebab aku memang xberapa teror bab gulai-gulai ni. last-last jawapan en. suami, ikut sayang la. atau pun dia pilih yang paling simple. bakar je. cicah ngan air asam. sekali sekala tak pela. tapi kadang-kadang aku rasa macam dia ni saje tak nak nyusahkan aku. sifat yang baguss! tapi aku diburu rasa bersalah. haha. alih-alih aku buat je apa aku suka. kahkahkah.

cinta halal tu best!! saya sayang suami saya. :)

Monday, July 1, 2013

Semangat July!

Assalamualaikum w.b.t.

yippie yippu yippee. alhamdulillah. masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas. dah masuk bulan julai la u olls! ekceli mish pun tak tau kenapa teruja sangat. 4 years ago, pada tarikh yang sama, adalah tarikh masuk kolej.


oh semm! rindu kawan-kawan kolej.

dan julai ni agak meaningful bagi Mish. 25hb ni genap 2 tahun mish kerja. pheww. baru dua tahun rupanya. lambat lagi nak pencen beb. rasa macam dah berkurun lama ku bekerja. ahaks. dan di bulan Julai ni jugak, pada satu Julai yang mulia ni, genap setahun 20 hari Mish berkawan dengan encik hasbeng. genap jugak 4 bulan 20 hari kami bertunang dan genap sebulan kami berkahwin. ngeh ngeh ngeh.

dan mohon, Julai terus memberi kami kebahagiaan dalam rumahtangga. panjang lagi liku, selekoh tajam, bukit bukau yang nak kami tempuh. fuhh. mohon hati tidak mudah penat. tetapkan hati kami ya Allah.


mohon jangan jeluak muntah tengok gambar gua yang ayu sopan dan santun disamping suami tercinta ni okeyhh. mhon semua kakak abang adik macik tolonglaa jangan cakap ni adik saya. simpati la kat saya. sobss. meskipun muka gua nampak macam mengembung dalam gambar ni, itu hanya efek pencahayaan. kah kah kah. tetiba!