kadang-kadang Mish terfikir, kenapa orang suka cakap cinta tu buta eh? erk. ni bukan mood jiwang ok. ni memang sungguh-sungguh bertanya.
![]() |
| pak cik GOOGLE sponsor! |
oh, mungkin orang cakap cinta tu buta, sebab tu orang korbankan semua untuk cinta. perempuan sanggup lari dari rumah untuk bersama cinta sang lelaki. lelaki sanggup buang keluarga untuk bersatu cinta dengan sang gadis. atau mungkin jugak cinta itu buta sebab tu yang pelik nampak biasa yang busuk bau wangi.
camane pun definisi cinta yang buta tu, bagi Mish, rasa bersyukur sangat, sebab CINTA yang BUTA tu la Mish rasa bahagia. ok, feeling jiwang leleh separuh jalan jap.
sebab cinta tu buta la, Mish yang pendek nampak tinggi dan segak dimatanya. Mish yang hodoh nampak cantik dimatanya. Mish yang kasar nampak sweet dimatanya. Mish yang comot nampak stylo dimatanya. Mish yang kuat bebel dikatanya caring. Mish bila berisi dikatanya chubby je. Mish yang selekeh nampak kemas dimatanya.
walaubagaimana cinta itu buta. jangan butakan 100% pancaindera kita kerana cinta yang tak kekal tu. jangan butakan hati kita untuk menilai harga sebuah cinta. jangan sampai kita terlalu buta untuk nilai mana kaca dan permata. jangan sampai kita memilih mawar kerana luarannya cantik hingga kita membuang bunga tahi ayam yang busuk dan hodoh. nilai sedalam-dalamnya.
bak kata Malique :
Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
-Dua Dunia. Too Phat ft Siti Nurhaliza-
last but not least. jangan la baca entry ni seriyes sangat ok! PEACE!! 
