Makan depan orang ramai.
korang ada tak perasaan geram kat makhluk yang tak reti nak hormat orang puasa macam ni? Boleh pulak di saat korang menahan lapar dahaga tu, dorang pergi teguk ais kacang atau air tebu. Tak pun 100 plus depan korang. Lepas tu buat muka konon air dia tu sedappp giler. Pheww. Ketar iman kejap. Rasa menggelegak je anak tekak nak jerit, “Woi, tak reti nak hormat orang puasa ke??”. Hehe. Bekeng la pulopss.

Main mercun dalam surau.
tengah-tengah syok tok imam duk baca al-Fatihah untuk sembahyang Isya’ rakaat ke empat, ade budak-budak baling mercun dalam surau. Pergh..memang menguji keimanan dan kesabaran beb. Tok imam tu pulak boleh melatah jatuh terlentang. Tak pasal-pasal kena sembahyang balik. Adoi. Bala betul la mercun ni. Kalau tau sape punya keje tu, Mish pi ikat tangan dia kat pokok kelapa yang ada banyak kerengga. Padan muka. Haha.
Curik selipar orang sembahyang terawih
Ingat masa pi sembahyang jumaat je kea de kes curik mencurik selipar ni. Masa sembahyang terawih pun ada beb. Lagi-lagi selipar yang kena curi tu selipar pakcik-pakcik yang dating surau atau masjid jalan kaki. Rumah lak jauh. Fuh…tanggunglah dosa ang buat naya kat pakcik tu. Tak baik doe. Ish..jangan selipar kena curik time sembahyang sunat aidilfitri dah la. Kesian selipar raya orang. Haha.
Haha. Bulan-bulan mulia ni buat la pahala banyak-banyak beb. Kadang-kadang kita tak perasan pun apa yang kita buat tu salah. Sebab tu kena banyak muhasabah diri dan yang penting, pikir dulu sebelum buat. Hik hik. chaw!!