Thursday, August 12, 2010

Aku Kena Tipu!!

Kucoba memahami tempatku berlabuh
Terdampar dikeruhnya satu sisi dunia
Hadir di muka bumi tak tersaji indah
Kuingin rasakan cinta...
Lusuh lalu tercipta mendekap diriku
Hanya usang sahaja kudamba Kirana
Ratapan mulai usang, nur yang kumohon
Kuingin rasakan cinta..
Manis seperti mereka...
Ayah bunda tercinta satu yang tersisa
Mengapa kau tiupkan nafasku ke dunia
Hidup tak kusesali mungkin kutangisi
Kuingin rasakan cinta...
Peluhkupun mengering menanti jawaban
Tak akan pernah usai cintaku padamu
Hanya kata yang lugas yang kini tercipta
Kuingin rasakan cinta...
S'makin jauh kumelangkah
S'makin perih jejak langkahku
Harikupun semakin sombong
Meski hidup terus berjalan.... terus berjalan
Kirana jamah aku jamahlah rinduku
Hanya wangi terurai yang dapat kucumbu
Ayah bunda tercinta satu yang tersisa
Mengapa kau tiupkan nafasku ke dunia
Hidup tak kusesali mungkin kutangisi
Kuingin rasakan cinta
Manis seperti mereka
Tulus seperti adanya
Suci seperti dirimu
Ingin rasakan cintamu
Kirana jamah aku jamahlah rinduku
Tak akan pernah usai cintaku padamu
Hanya kata yang lugas yang kini tersisa
Kuingin rasakan cinta......

aish~ korang pernah dengar ke lagu ni?? yezzaaa...mesti ramai xtau kan..hehehe eh~ada yang tau ke??adesss... pehal ntah Mish ni...merapu... ehem2..ni bukan merapu la dear....
tapi betapa aku teringin sangat memaklumkan...
bahawa...aku, si hati keras dan percaya pada perkara yang benar sahaja telah...
tertipu....
oleh.....

kredit to her fb....(gambar curik)

o yeahh...this is the bad girl..nama comel die amila syamim..dan diburukkan dengan panggilan milo @ lo..cz shortname die adalah mila...ok, pendekkan citer..

mase form 5 dulu...di sebuah sekolah teknik yang agak gah la...aku ditakdirkan hidup bersama beliau..sebilik!!pastu mase tu kire cam tambah kamceng r..cz kitorang 1 aliran...kelas lak sebelah menyebelah jer...


kat hostel, mase time aku tu..Ustazah Misya jd warden
waa..jahat tetap ada..nama ustazah ditukarkan....dose2 handphone @ ringkasnya hp xdibenarkan sama sekali..

tapi Mila nih...korang tgk mata die pun dah tau..keras jiwa nya..
konon la...hp tetap bawak..xbleh pisah boss...cm aur ngan tebing...


lalu, lam hp die tu ada la satu lagu. tajuk ngan penyanyi die xsilap kat hp die tulis unknown..lagu tu memang masyuk habis r..sore mamat penyanyi tu lak memukau giler dehh....aku terwonder2 la jugak..sape gerangan penyanyi..

pastu time tu mila ada admire kat sorang budak kat umah die..kire jiran die lol...muda setahun dari kami..
cewaahh..sedar diri...seriesli die cakap kat aku, budak tu nyanyi...

aku time tu dalam kesucian tanpa dibius la...percaya la bulat-bulat..xtau la mila bagi aku makan ubat pe..b4 ni aku xde nye nak percaya bulat-bulat kata orang nih..lebih-lebih lagi melibatkan perkara sebesar ni...hisy~

aku termakan idea jahat+kotornya tu sampailah kami sama-sama menjejakkan kaki, kepala dan badan sekali
perasaan turut dibawa ke Politeknik di sebuah pekan yang xasing....time tu baru la die bagitau..yang penyanyi tu sebenarnya Dewa 19...dan tajuk lagu adalah Kirana...

biadap lor mila!!!
dush2x...

kejinya mila menipu dan memalukan aku...

warning !!!
jangan tiru aksi mila k...
kalau rasa nak makan lempeng hangit kat lengan aku kena atas pale u olls try lol...
haipp~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.nape leh kuar citer ni ek??

hehe..cz tadi..c milo yang kuang asam boi tu posted smthing kat wall fb aku..dat is lyric lagu td lol...tu yang aku gelak sorang2..hee~
Miz u Mila~~~~~~




2nd Day in Ramadhan

ai, salam semua!!
semua dah bangun kan??ada yang sedang keje...
ada yang ngah blaja..
ada kelas la...
date la..

opsss!!
ada ke yang date bulan2 pose nih??
haipp~
xsalah pun...jz tangkap jeles nih..
Mr Choc jauh...
huk2....

ok..teettt...no Mr Choc today k..
kangen bangat ni dehhh...
makin sebut makin kangen dong syg..aduss..

hurm..actually, ari nidah masuk ari kedua kita sambut lebaran kan?
hah?

bukan lebaran lol...tapi baru ramadhan...
hak2..
poyo jer..pose baru 2 hari dah sebok2 ko nak raye eh..
hehe..

hurm~
tp tu la..nk mengadu jugak...

after this, tobat Mish tanak makan ubat dah..
semalam Mish punya tak tahan selsema yang teramat teruk yang menyengau kan sore merduku nih,
lantas, Mish pun menguatkan semangat ubat untuk makan actifed tu sebjik..
saiz die, ciput jerkk..

tekan kan di sini, TAPI!!

pahitnya ya ampun...
lepas minum 2 cawan air pun still rasa lagi kat lidah..
pastu mula la..rasa menyesal sangat2...
serik je rase.
ingat nak amek ubat batuk sekali..
tapi trauma punya pasal..
terus je majok ngn ubat..
masuk blik..
sleep~

tapi yang cambez nye today...selsema memang dah xde langsung lol..
yang tinggal cuma batuk jerk...
perlukah Mish teruskan usaha menelan kepahitan itu???
huk2....
p/s :
gambar di atas xde kena mengena pun ngan n3 k..Mish saje letak cz rase cam dah lame x expose...hak3..
Mood gedik g2!!

Wednesday, August 11, 2010

Siapa Jodoh Kita??

korang kapel x??ermmm, baru nak mula hubungan ek...nevermind...jangan ragu-ragu tau..kali ni Mish ada bawak n3 khas yang dibawa terbang daripada seseorang.....
so pasni xyah la nak main tarik tali lagi ekkk.....

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan atau tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. Senang bersama




Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira, dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.





3. Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya,
dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga bersedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan kita.





4. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.






5. Percaya-mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakah rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung?Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia
kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dalam
hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-
rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan
yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.






6. Senang bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal
dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan
dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua perkara ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan
orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana kita
yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?





7. Memahami diri kita




Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami pasangannya.
Semasa kita sakit dia membawa kita ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang berduka atau bergembira,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sentiasa bersedia menghadapi pasang
surut dalam percintaan. Kata orang "lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula suami isteri".Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah.
dialah calon sesuai yang menjadi calon kita.





8. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang kita ditakdirkan kita hidup bersamanya.





9. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.






10. Solat Isthikarah dan Tawakal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya
ditulis yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
solat isthikarah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini
adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini adalah
sementara. Nikmat di akhirat adalah selamanya.

kredit to : izyan syazwani

p/s :
just for fun k...kalau ada yang betul2 terkena tu alhamdulillah..kalau yang terlencong tu, bukan bermaksud tiada jodoh..al maklum lah..rambut sama hitam, hati lain-lain...kan...
anyway....gud luck wif ur relationship!

Cerita Satu Ramadhan

uhuk2......
ehemm....em....bulan Ramadhan yang dinanti2kan selama ni tidak mendatangkan keceriaan buat Mish...demam..batuk..selsema..sakit perut..semua bersatu hati menyebabkan aku benar-benar tiada kudrat. semalam 2 orang housemate kesayangan aku bawak aku pegi ke Unit Pesakit Luar..nasib baik yang sorang tu ada lesen kereta. kalau tak, xtau la nak cekau kat mana drivernye...

actually, secara jujurnya dan tulusnya, walau pun aku a.k.a Mish bakal menjadi seorang Penolong Pegawai Farmasi xdela hebat mana pun...,aku memang pantang kalau kena makan ubat dan pegi klinik...haipp~ sangat2 xsuke...

tapi semalam oleh kerana ketidak laratan yang amat dan desakan Mr Choc dan housemate yang pot pet suh pegi klinik jugak, aku terpaksa akur..dalam hati kecilku, mati la aku kalau kene masuk air...erkk~takut akan injection..i`m going to die..huhu..

sampai je kat UPL, kami kene tunggu sampai pukul 8 cz doc g smayang maghrib..ades..dah la xlarat giler..mau je rasenye baring kat kerusi tu..tapi malu, cz ade sorang guard yang agak muda xbrape nak muda la kt blakang.. sempat lagikk..adess.

mungkin kerana terlalu prihatin dan simpati ngan keadaan aku menyebabkan aku dibenarkan untuk jumpa doktor lebih awal...mana tak nya, muka aku sebijik cam zombie kampung pisang tapi cun tetap ada. dalam hati, aku berdoa, bagi la aku doc @ MA yang nsem dan bujang..ahaks..gatal..

masuk2 je. hampeh...hampa...sorang doc muda, perempuan kat dalam ngan sorang staffnurse beliau...mood : kecewa

doc : dah berapa hari demam ni??
Mish : erm..baru je ptang tadi..tapi batuk ngan selsema dah 4 hari...
doc : sebelum ni ada amik ubat paper ke??
Mish : xde lagi..
doc : awak belajar kat mane?
Mish : kat Sungai Buloh..tapi skang ngah praktikal kat Satelit 7 hat HSNZ ni..saje je nk menunjuk2...wuu..Mish xmalu..haha

sambl tu staffnurse cek suhu badan Mish...

staffnurse : 39.8 darjah celcius..
Mish : mak aih...suhu badan raksasa ke tu?
doc : owh..k...ada lagi mane2 tempat yang xselesa?
Mish : sambil menunjuk kearah perut kat perut ni ha...tadi pun xleh nak jalan coz rase sakit kat sini...
doc : ermm...awak pegi bilik nombor 7, awak pegi buat urine test dulu ek..takut urine kotor...

arghhh.....aku memang benci situasi camni..aku xsuke!!!rase mau je aku cabut balik ke rumah..tapi xboleh, cz rekod aku ada ngn die..tambah2..die tau aku trainee at Satelit 7..aduss....

lepas je dapat result, jumpa doc balik...

doc : ermm..urine awak xde masalah..awak sakit kat belah mane tu??
Mish : Kat area sini...sambil menunjukkan ke arah rahim
doc : ermm..ok, pegi baring kat katil tu, saya cek..

fuhh..seb bek doc pompuan..kalau ada adegan baring2 ngan doc lelaki..mampuih aku..hahaha..sebaik saja doc tu sentuh badan aku..

doc : uih, panas nye awak ni...

lepas doc tekan2 perut aku dan cek mana2 bahagian yang sakit..doc tu still xdapat punca..lalu dia akan menjalankan proses men scan perut aku...

uwaa..takut..cam pregnant lak ase..b4 tu, doc anya aku, awak dah kawen ke?adess..muka sikit punya suci dikatakan dah kawen..ish~

selsesai je proses scan, doc cakap,xde masalah...die cuma bimbang kot2 perut aku ada cacing atau kuman dari tikus or smthg else...alhadulillah xde...

aku nak cepat2 berlalu..aku dah xnak lagi wat ujian lain2..xsuke..xsuke....

and finally, doc preskrib ubat-ubat seperti berikut:

  1. T. PCM 1g qid
  2. Syr. Benadryl 10 ml tds
  3. Mefenamic Acid 2 cap prn
  4. Difflam Gargle
  5. T. Actifed 1 tab tds
semuanya untuk 5 hari...

fuhh.....common medicine jerk rupanya...ehehehhehe...

pastu kami pun balik ke rumah..dan aku terus masuk bilik..seperkara yang aku dapati, lepas je jumpa doc, badan aku cam sihat sket.cam shock je jmpe doc..hahaha...

pastu aku pun call LP aku, cakap aku nak cuti 2 hari..alhamdulillah, LP aku baik..terus je die kasi...then, lam pukul 9 lebih, umi ngan abah sampai dan aku terus balik ke rumah ku syurgaku...hoorey...

kan aku dah cakap aku anak manja..sakit sket msti aku ngadu lebih2..hehehe...seb bek parents ku paham...dan sudi layan anak dorang yang ngada2 ni....

and today, 1st Ramadhan, aku cuba untuk berpuasa penuh sehari ni..tapi, ada sedikit kebimbangan, cz perut aku terasa mual...bimbang kalau termuntah..abis pose aku..huhu...hang on Mish!!!

ok..tu satu kisah.....dan lagi satu kisah yang membahagiakan adalah.....!!!!

kan aku dah lama giler xupdate blog...ini adalah disebabkan :
  1. sangat sibuk
  2. batuk2 dan sakit2
  3. charger lappy trtinggal kat umah...
huhu..tergendala kerja2 aku...and then, once i on my blog...terus je aku cek nuffnang...and, syukur sangat2 cz ada jugak kompeni yang nak tumpang di blog aku..cewaa...sila..sila...silakan...oo yeah..pas ni korang kena rajin2 klik kat nuff aku tau....hehehe

p/s : doakan Mish cepat sembuh..uhuk2....