Wednesday, May 4, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger.



di tengah pagi hari, Mish gigihkan jugak diri ni nak join segmen ni. sebab dah dijemput secara terhormat oleh pemilik blog WooferStorm, Achie. ahaks! kepada Achie, ni budak mata bulat dah join ok. so, saya terlepas daripada digigit. haha. blogger ni rajin tag ai. ai je yang malas. kali ni terRAJIN la pulak.


tak nak melencong panjang sebab duk kejar nak study Mikrob lak ni. Mish nak kipas sorang blogger ni. sebab Mish tengok dia macam tak cukup kipas je. nak kasi aircond tapi paham-paham la kewangan tu camane.


http://www.kayif.com/ ---> pernah masuk / jenguk / lawat blog dia tak? tipu la kalau tak pernah. femes kot ni. kalau korang ada join mana-mana group blogger kat FB tu mesti selalu sangat nampak muka dia duk ping entry kat sana. haha.


Mish mula-mula kenal dia pun sebab duk usha entry dia hasil dari dia duk ping entry la. mula-mula suka sebab banyak citer lawak kat blog dia. seriyes lawak wei. 18sx pun ada kalau korang suka. kalau la korang suka kan. tapi Mish tak suka. auw! dan dan market kan. 


Kayif atau Kerol ni memang rajin giler babas update entry. bulan April je dia dah buat entry sebanyak 192,korang ada?aku takde beb..-->pinjam ayat Achie.


suka kebanyakan entry si Kerul ni. suka cara dia olah entry. korang try la baca entry dia pasal Nuffnang yang tak bagi dia BE kat entry ni Cerita Baby Ellyana(BE), Ayahnya(Nuffnang) dan Aku(Kyerull). suka entry dia yang lawak-lawak contoh macam Topi Ajaib Tak Boleh Cabut dan Tentera Jepun. Kerul ni memang kreatif gila kot. poyo pun ada. boleh nampak kalau korang baca entry Persamaan Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan AKU. lepas tu,suka sangat entry dia yang ala-ala sweet. wahai si pakwe, sila baca ini Andai Sudah Tertulis. ehee. bila hati dah suka. tak leh kata apa laaa. 


terbaru, suka entry ni

nah..netul-betul kipas dah ni. haha. nak baca yang lagi syok, sila belek sendiri ok. tak kuasa nak cerita semua. haha. sesiapa yang free, rasa tak de idea nak update tu sila la join ye. klik banner penganjur kalau nak join eh. hehe.


maaf eh bro Fariq. tak teratur entrynya pasal buat dalam keadaan takut Achie gigit. haha. seramm! 

psst~
Bulan ngan Cik Aish, please feel free to join this ok bebeh! off to bed~

Monday, May 2, 2011

Sumpahan Wedges

korang, nak tau sesuatu tak??

semalamkan, Mish kuar pergi Times Square. tak habis-habis ngan Times Square, macam dah tak de tempat lain kan? haha. dah macam rumah kedua pun ada TS tu. adeh.

Mish keluar dari hostel, pakai kasut ni.



lepas tu Mish balik pakai yang ni.


tadaa! amazing tak? kasut wedges ai kena sumpah wes. sebab guna die lasak sangat. dan jalan laju sangat. dan merayap jauh sangat. dah tu pulak kena sumpah jadi selipar jepun jelik nih. kalau kena sumpah jadi kasut but yang ada manik-manik macam yang Mish berkenan semalam tak pe la jugak. aiseh!

moral of the story, kalau rasa nak jalan jauh pakai flat sudah.. tak yah ngengada nak pakai tinggi. dah la semalam hujan lebat. kena berlari sana, berlari sini. naik turun TS dan Sg Wang. adoi....mana tak terkeluar urat biru satu kaki. melayangla RM10 duk beli selipar cam kanak-kanak tu. haha.

psst~
orang kurang tinggi macam saya haruslah berusaha nampak tinggi. kan kan??

Sape Pandai Bab Komputer, Tengok Ni Jap!!

nah...! tajuk entry memang tengah desperate giler ni wes. adeh. memang tengah dan sedang DESPERATE pun nih.

kehadapan kawan-kawan yang disayang-sayang. yang pandai, bijaksana, cerdik, pintar dan pujian dan bodekan yang lain. ahaks!

oi oi. semua. tolongla Mish nih. Mish ni reti on dan off je notebook kecik nih. tapi kalau dah hang terus Mish tak tau nak buat apa. terus je cabut wayar charger dengan kasarnya dan buang bateri dengan ganasnya. adeh. sebenarnya, akhir-akhir ni. eh, tak akhir jugak, cuma nak bagitau yang notebook Mish ni selalu je kuar paparan skrin biru macam ni.

haa...macam tu la dia punya wajah. woi screen biru. kau tu hodoh ok. baik kau nyahh segera!!! haha.

eh, eh, tersasul kasar pulaks! jatuh saham ai. haha. btw, kawan-kawan. tau tak nape jadi macam ni??tensen giler sebab tak tau apa punca. dan tak tau nak buat macam mana dan tak tau apa efek die. simptom kencing manis untuk notebook kah ini?? atau sawan??

tolonglaa. tolong laa..saya tak boleh hidup tanpa notebook ni. jangan la kau rosak. tapi saya rasa saya boleh study tanpa notebook ni. hahaha.

Sunday, May 1, 2011

Typo

sempat seacrh kat google jap. hasilnya Mish dapat ni...tadaaaa..

The definition of TYPO is "A typing mistake"
daripada SINI

saja je google dulu maksud die ikut standard google camane. nanti kan salah malu ai. kat ketiak sape ai nak nyorok eh? haaha.

menjadi seorang blogger memerlukan kita untuk rajin menaip, laju menaip dan ada perkara yang nak ditaip. oleh itu pengolahan ayat itu adalah penting, pada pendapat saya yang buat-buat pandai ni. ahaks! so, kalau dah nak kena menaip dengan laju tu kena la cepat kan. bila cepat kena pantas sebab takut idea hilang. ye ke idak?

bila dah duk ralit menaip tu mula la mata asek ke keyboard je. langsung tak pandang screen, ntah apa yang ditaip pun tak tau. sebab newbie macam saya memang kena tengok keyboard bila nak taip. haha. sangat kagum dengan mereka yang boleh taip tanpa tengok keyboard. syabaS!! bila dah tak pandang screen mula la...

  • taip - tiap, tipa
  • sekian - sekain, sekani
  • menggalakkan - mengelakan
okeh, tu antara typo yang selalu Mish buat. kadang-kadang bila cek entry before publish tu tak perasan pun. bila dah post entry tu baru perasan. kan? sengal nya mata ai ni. namanya budak rabun. kalau rajin Mish edit la balik post. kalau tak. haram jadah Mish nak betulkan. pada pendapat Mish, tak betulkan pun tak pe. kawan-kawan paham Mish nak cepat. hahahahaa.

dan, Mish rasa Mish la antara blogger yang kerap typo-typo nih. korang selalu ke? dalam SMS, YM pun selalu je ai tergelecoh sebab TYPO! bencinyeww! camane nak elakkan typo ni wei! tipsss sikit!