Monday, September 5, 2011

My Moody Monday #1

siapa la yang rajin nak kerja selepas seminggu bercuti kan. bercuti kat kampung pulak tu. makan makanan yang umi masak, sembang-sembang ngan adik beradik sendiri. gurau-gurau apa semua. sekali tetiba bangun tidur di pagi Isnin yang jelita ni, erk..><

everything is over.

cuti dah habis. masa untuk membanting tulang. haha. macam pesawah lak bunyi membanting tu kan. tapi ini lah hakikat ok. sangat-sangat tak suka kerja. tapi sangat-sangat suka gaji. haha. boleh macam tu? pui, suh bapak kau bukak kompeni sendiri ye Mish.

malassss!!

satu perkataan yang mudah sangat keluar kalau orang tanya, "apa yang anda rasa pada hari ini?"
jawapannya, MALAS.

malas bangun pagi.
malas nak iron uniform. 
(dulu benci giler kerja yang beruniform.)
malas nak jalan kaki pegi klinik.
malas nak packing ubat.
malas nak kerja.
malas nak berhadapan ngan patient.
malas semuaaaa!!!

dan semoga dengan malas ini hidup ku akan kaya raya 7 keturunan. bolehkan? konpem-konpem tak boleh. hidup ni realiti. wake up. wake up.

kesimpulan yang perlu korang simpulkan is, mood beraya tak habis lagi..T_T

Sunday, September 4, 2011

Heading Back To BENTONG!

huarghhhh!!!!!
(sila baca dengan nada yang kuat ala-ala Hulk nak mengamuk okeh..)

malasnya nak gerak balik esok hari.
penat nya..
Ahad sampai kat Bentong.
Isnin dah stat keje.

oh mai! sekejapnya masa berlalu. rasa macam baru semalam mintak sign cuti ngan bos. haha. pape hal pon. esok nak gerak balik awal pagi. harap-harap perjalanan esok lancar.

amin~

kalau jalan jauh musim tak puasa macam ni seharusnya memerlukan kos yang tinggi sikit kan. sebab kalau berenti tu paling koman nak jugak beli mineral water. walhal dalam kereta dah ada air Tropicana Twister. kot celah mana pun mesti nafsu nak membeli dan nafsu nak memakan tu ada. hoho. kawal nafsu anda ok.

kalau memandu perut kosong pun tak best jugak kan. huhu. seiring dan sejalan lah nafsu dan perut anda ok. dah macam penyampai radio ayat Mish kan. adeh.

Saturday, September 3, 2011

Hoi, Jangan Nak Raya Sangat La!!

blog sampai terabai.
langsung tak update entry
dashboard Mish tu asyik dipenuhi dengan entry-entry lama.

ish! perasaan nak mengamuk makin berleluasa. mana taknya. bila Mish dah dapat tenet, konon nak blogwalking, nak g berkomen-komen. alih-alih tak de sape nak layan. orang ganu cakap, "sebek sekor" haha. macam kasar sikit kan. tapi bes apa sebut dia. sssebbek sekor. 

layann~

mana la blogger-blogger ni semua beraya eh. adoi. banyak pulak saudara mara dan sahabat handai kamu ye. jelesssss sangat kuat berbau diayat itu. ada bau tak? tak de bau means..erk..ntah. (nampak sangat nak merapu tapi ntah hape-hape kan?booo...)

serius Mish jeles buat mereka yang beraya sakan. sob sob. beginila nasib orang yang tak de ramai sedare mare. hargai la mereka yang.....again. tak tau nak cakap apa.

nampak kan Mish memang blank. tapi gatal nak update. dengan harapan, kepada blogger-blogger yang sakan beraya kat luar tu, mai la beraya ngan kite pulak. kite tunggu ni tau. kita rindu la nak beraya sampai lebam ngan korang-korang. kite bosan sebenarnya. pasai pe korang-korang tak hupdate?

cepat la mai update. lagi sehari Mish conquer internet nih. nanti dah balik Simpang Pelangai, no internet...damn betul la...ish. hahha. terkasar pulop. opss!

udah-udah la beraye noo....ingatlah Mish tersayang. haha. booo..!

psst~
sekali lagi, tajuk entry nampak nak kelas aje. 
:P

Friday, September 2, 2011

Syoknya Raya Hingga Hampir Meragut Nyawa

salam semua. apa macam raya korang? konpem yang pangkat adik-adik tu syok raya ni kan pasal dapat paw yang pangkat tua-tua ni duit raya. pui. hampeh la bagi kami yang berpangkat pertengahan ni. nak dapat duit raya pun sakit-sakit. siap rabak lagi poket duk bagi duit raya kat budak-budak. haha.

tapi tahun ni Mish jimat lagi pasal baru start keje kan. leh la wat alasan tak dapat gaji lagi. kalau tak..hohoho. makan pasir la ai nanti..

raya tahun ni tak de la meriah mana bagi Mish. harapkan baju raya je yang meriah. tapi beraya atas katil je banyak. terbaikkk kan? nak di jadikan cerita, semalam Mish gi beraya umah mak sedara kat Alur Limbat yakni dekat dengan Bukit Payung, di daerah Marang. okeh, bajet macam korang nak tau je kat mana tu Alur Limbat kan. haha. waddeperasangirl la!

lepas tu bertolak balik kol bape ntah. tapi sampai kat umah pukul 10 lebih kot. dah jadi kebiasaan musim raya ni memang Mish tidur awal. huhu. rugi betul masa remaja kan. haha.

Mish bangun tidur pagi tadi, masa rasa maca kelabu. erk..bukan mata. tapi penglihatan. pastu lekas-lekas gi tengok cermin. (ayat lekas-lekas tu cam mahal je). tengok mata Mish warna pepel. erk..apakah??

rupa-rupanya semalam Mish tidur tak tanggal lense. hampeh. nasi baik Mish pakai yang 16mm. kemungkinan dia nak masuk dalam kelopak mata tu susah sikit kot sebab besar. gler bersyukur. kalau tak dah buta dah mata ni. alhamdulillah.

ui, kalau buta, kena update blog guna braille la lepas ni. haha.

psst~
tajuk nak gempak aje kan. kalah headline lam surat khabar. hebat beb! haha

psst~
duk pikir, nak letak gambar raya ke tak eh??haha.