Showing posts with label moody monday. Show all posts
Showing posts with label moody monday. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Moody Monday, Hari Merungut

moody MONDAY. yep. perasaan yang duk terasa sampai ke buku lali skang ni. tadi pagi before gerak tengok wajah hasben macam semangat pelik je. sampai kat tempat keje terus je mendung semangat tu. waddehel yaww.

stress sebenarnya. meh nak buat sesi luahan perasaan. lama tak emo taip blog. dulu semua tau Mish bila dapat keyboard emosi terus ke langit tingginya. kah kah kah.

okey. tadi Pegawai incharge telefon suruh buat lagi sekali inden sebab yang Mish buat last week dorang tak dapat trace. goshh. penat kot. nak kena buat balik. isi balik. order balik. ekceli Mish malas nak bukak komputer inden tu. sebab leceh. dan selalu je terlupa nak turn off before balik kerja. hahaha. 

lepas tu kan. kerja dua orang. supposed to la kan. tapi end up with me sorang-sorang. ni la yang ai paling panas. yang sorang lagi gaji tinggi melangit. tapi....pffttt. ingat ye kawan-kawan. makin tinggi gaji, bukan bermakna makin sedap ampa boleh buli orang bawah. tolong la consider sikit beb. gua pun tak nak kerja susah-susah ni. tak nak datang awal-awal pagi ni. tapi pliss la beb. orang bayar gaji kan. nak duit kena kerja beb. nak berkat kena buat semua tu beb. ok. Mish pun nak berkat.



sekian terima kasih. jom packing ubat! sebelum tu. ni bukan rungutan biasa. Faedah dan kelebihan MERUNGUT.

psst~
acane nak buat bila dapat kerja ngan makhluk macam ni. sedih dengan diri sendiri. semua kerja orang push kita. semua harap kita buat. hoii. bagi la kerja aku siap dulu. lepas tu insyaAllah dengan ikhlas gua buat. satu-satu la. sian kat ai. ngadu kat hasben kangg!

Monday, September 5, 2011

My Moody Monday #1

siapa la yang rajin nak kerja selepas seminggu bercuti kan. bercuti kat kampung pulak tu. makan makanan yang umi masak, sembang-sembang ngan adik beradik sendiri. gurau-gurau apa semua. sekali tetiba bangun tidur di pagi Isnin yang jelita ni, erk..><

everything is over.

cuti dah habis. masa untuk membanting tulang. haha. macam pesawah lak bunyi membanting tu kan. tapi ini lah hakikat ok. sangat-sangat tak suka kerja. tapi sangat-sangat suka gaji. haha. boleh macam tu? pui, suh bapak kau bukak kompeni sendiri ye Mish.

malassss!!

satu perkataan yang mudah sangat keluar kalau orang tanya, "apa yang anda rasa pada hari ini?"
jawapannya, MALAS.

malas bangun pagi.
malas nak iron uniform. 
(dulu benci giler kerja yang beruniform.)
malas nak jalan kaki pegi klinik.
malas nak packing ubat.
malas nak kerja.
malas nak berhadapan ngan patient.
malas semuaaaa!!!

dan semoga dengan malas ini hidup ku akan kaya raya 7 keturunan. bolehkan? konpem-konpem tak boleh. hidup ni realiti. wake up. wake up.

kesimpulan yang perlu korang simpulkan is, mood beraya tak habis lagi..T_T