Friday, January 13, 2012

UBAT KUTU Ubat Paling Laris

Lai lai lai lai..mai sini mai..Mish nak mai jual ubat. Haha. sape nak beli.

Ubat kutu nama diberi,
Kutu banyak berekor-ekor,
Siapa mau datangla sini,
Kalau tak mau pi main jauh-jauh.
Haa, ada yang berani jawab pantun Mish tak?haha. sumpah malas nak reka pantun sedap-sedap ni. tak tahan kot nak baca pujian daripada kamu kamu semua. Haha. tetiba. Okeh. Meh nak habaq mai. Setakat Mish kerja kat klinik ni la kan. Mish terperasan, ubat kutu ni agak laris la.


Nama generic ubat kutu ni Gamma Benzyl Hexachloride. Lepas ni, kalau korang nak amek ubat kutu, korang sebut nama tu, konpem doctor terharu sebab dapat patient clever macam korang. Haha. ubat kutu kat sini macam goreng pisang panas. Seriyesli wa cakap lu. Kalau bukan patient yang mintak, staf yang mintak. So, stok ubat kutu memang tak boleh kurang lah. Tambah-tambah musim cuti sekolah aritu.

Normally, kalau makcik-makcik yang mintak ubat kutu, dorang akan cakap camni, “ubat ni untuk anak makcik..bukan untuk makcik..biasala musim cuti sekolah ni..bla bla bla.” see? Tak pun dikatanya cucu la anak sedare la adik la jiran la. Habis kaum kerabat di heret. Malu la tu takut kita pikir dia. Hehe. Normal la akak-akak oi!!

So, cara nak ajar patient pakai ubat kutu ni dah macam satu zikir pulak kat mulut. Duk sebut selalu.makcik, ubat ni pakai masa mandi petang atau malam tau. Buat macam shampoo, lepas tu balut kepala dengan tuala.  Then esok pagi baru bilas. Pakai sikit je ye..sebab ubat ni panas. Takut rambut gugur. Pakai tiga malam berturut-turut. Fuhhh.

So, siapa nak ubat kutu? Nak jual ni!! haha

Thursday, January 12, 2012

Blogger Meroyan Di UPM.

Salam semua! Hari ni Mish nak update pasal Mish pergi meroyan bersama beberapa orang blogger time cuti tahun baru hari tu. sangat seronok okey. Sila la jeles sekarang. Pelisss.

tarikh : 31 Disember 2011
tempat : Universiti Putra Malaysia
kredit to : Ieyla & Apik
time ni semua duk posing gaya nak tok kadi nak nikahkan orang. haishh. yang tengah tu paling semangat. tok kadi cemerlang. haha.


kandid! buat tengok gambar lam kamera konon. kamera lagi satu perlu la snap moment ni. macam sweet kan. caihh. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. right?


semua duk rasa memasing ayu time ni. aishhh. jahat nya mulut aku. buaya tasik naik nak telan kami pun kami leh tak perasan kalau dah sibuk duk posing. 


maluu sangat time ni. ni time sesi panaskan badan. warming up ngan kamera dan model tak cukup inci. 

kaki sape paling besar? gulp.

okeh...Mish ngan Ieyla berebut nak interframe. maka, Ieyla yang tinggi harus memendekkan diri sikit supaya wajahku masuk sekali....yess!





kalau Mish jadi kamu, Mish jeles. haha. tetiba!

Wednesday, January 11, 2012

MASALAH

Masuk je blog purple ni, murung. Muram. Sedih. Asyik cerita pasala masalah je kan. Well, namanya kehidupan. Takkan lari dari masalah. Bercerita, berceloteh, merapu di blog merupakan salah satu cara untuk melapangkan dada.  Bila masalah menghimpit, dada kita mesti rasa sempit je kan. Nak bernafas pun rasa macam kena guna tong oksigen.


Ikutkan hati, bila ada masalah, Mish suka bersendirian. Berkurung dalam bilik. Tapi sebenarnya, bila kita duk diam, makin kita tertekan. Makin kita fikir, makin kita muram. Makin kita melupakan, makin ia mendekat. Hah, puitis tis tis ayat. Kan? Jom gelak. Haha. #tiba-tiba

Anggap je masalah tu sebahagian daripada syarat untuk kita matang. Tak pun, bagi yang single, anggap je masalah tu syarat wajib ada sebelum kawen. Haa. Tu kalau kes masalah kapel la. Kalau masalah kerja, anggap je tu syarat wajib ada untuk kita dapat gaji. kalau masalah belajar pulak, anggap je tu semua syarat wajib untuk korang dapat sijil. nak tak nak. susah ke senang kos korang tu, memang akan ada masalah. Hadapi dengan senyuman. Buat la senyum kambeng pun. Asal senyum.

Haahhhh..lepas je taip entry ni. terus je rasa lapang sikit. Thanx for listening. Eh. Reading. Hahaha.