Thursday, January 19, 2012

Perempuan cakap tak serupa bikin?

Perempuan memang cakap tak serupa bikin, sebab bak kata orang, cakap senang, tapi nak buat susah. tu la perempuan. lembut hati. bila dah berlembut sangat, orang pun pijak kepala. tapi kalau tak berlembut, nanti orang cakap ego. keras kepala. mungkin lembut tak bertempat. aihh. susah la pulak kalau nak main tempat-tempat ni.

perempuan ni, cakap je benci la, nak blahhh la, tak nak kacau la apa la. hakikatnya, hampeh. semua tu dibibir je. kat hati, siapa tau? lelaki tak tau. yep. lelaki tak tau. sebab depa tak paham. jadik perempuan kena banyak sabar. kalau setakat makan ati tu, orang cakap, alah..small the matter la. dah jadik ulam pun. mula-mula ulam la, tapi lama-lama jadik barah.

so orang perempuan, BERTAHAN!


haha. terlepas membebel kat sini. padan muka ampa. pagi-pagi dah dengar aku bebel. fuhhh. perempuan tu merujuk kepada seseorang. so, kepada perempuan tu, silala terasa. petang ni balik...yeayyy!

Monday, January 16, 2012

NEKAD

yepp..ni bukan mimpi. tapi kenyataan. maaf la sape-sape yang tak dapat nak kontek saya dua tiga hari ni. rupa simcard dah jadi macam ni. dah tak de sape nak nolong. ingat dah tak nak pakai nombor ni. nak hilangkan diri dari semua orang.

yeppp..tu sebaiknya. habiskan sisa perasaan yang berbaki nih. lepas ni, Najihah Sahami yang baru akan keluar. yeahh. nevermind. syukur atas kesedihan, sebab aku percaya, nanti akan datangnya kebahagiaan. aminn~

tapi nak tak nak kena buat jugak nombor ni. sebab TAC untuk CIMBclick semua dia hantar kat nombor nih. haihh..tapi tak pe la lambat pun. tak penting. hehe.


psst~
nak nangis...nak SUZY peluk...
5J..rindu ampa semua..T_T

Sunday, January 15, 2012

Jadi Lelaki Harus Lah KUAT

Aku..bukanlah Superman. Aku juga bisa nangis. Bilaaa kekasih hati. Pergi meninggalkan aku.

Ahaks. Tu lirik lagu aku bukan superman. Kan kan?siapa tak tau boleh rujuk youtube okey. Ekceli, Mish nak citer pasal ni. Mish kan, ada la kan, sorang kawan ni kan, kawan lelaki la kan, dia ni kan, kan kan kan. Haha. nyampah tak banyak kan camtu. Okeh, dia ni tak tau la nak cakap. Dia baru putus. Tak de la baru sangat. Dah hamper lima bulan kot. Tapi, ermm..ayat apa ek patut Mish guna. Emm..dia ni tak kuat. Kasar tak ayat tu.

Asal dengar lagu yang dia pernah layan ngan ex dia, dia mula la cakap teringat la. Terus tak de mood la. Tensen la. Tak pun kalau time dia teringat ke apa, terus je dia down. lepas tu gi hisap rokok la. Buat kerja bodohla. Contoh cam pi tumbuk dinding sampai tangan luka la apa la. Bongek tak keje camtu. Apa kalau kau buat camtu ex kau tu nak balik la kat kau. Haishh.

Sebagai lelaki, tak mau la tunjuk lemah. Mish pun ada jugak turun naik, tapi, cuba la tabah. Cuba la bertahan. Belajar terima hakikat. Mengeluh pun tak baik kan. Be gentleman. Baruuuu la ramai perempuan minat. Hehe.

Kan saeng-saeng ku sayangggg??heee.

Saturday, January 14, 2012

Sebab Musabab Kenapa Saya Minat KOREA!!!!

Sekarang ni banyak betul kisah kutuk kpop dan peminat kpop. Dan si fanatic kpop yang cepat melatah melawan balik. Lepas tu si pengkutuk tu kutuk lagi. Si fanatic lawannn lagi. Sampai kiamat pun tak habis. Lawan lah kamu-kamu. Malas nak campur. Saya bukan fanatic pun. Saya peminat suam-suam kuku je.  suammmlah sangat. Haha.

Variety show.
Bagi artis kpop, diorang ada bermacam-macam rancangan variety show yang best-best best dan lucu dan menghepikan. Contoh macam Thank You For Waking Us Up. Kita boleh tengok rupa diorang bangun tidur, makan dan macam-macam lah. Sebab tu senang nak kenal artis korea ni. sebab diorang sporting.  Dah la lawak bergolek-golek. Hilang stress.

Maksud lagu memang mendalam.
Senang la bagi Mish. Lagi satu, Mish jadi terminat lagu kpop ni lepas tengok lyric dia. Maksud dia bes kot. Banyak yang kena seketul-ketul atas kepala. Memang best kalau bab feeling. Haha. Ai kan minah feeling,. Auww! Lagu paling best Because Im So Stupid by SS501. Meleleh…..

Drama syok!
Seriesly, kalau cerita korea, Mish tak suka yang banyak nangis. Contoh cam, Winter Sonata.  Banyak sedih. Tapi Mish suka yang macam City Hunter. Sangat suka jalan cerita dia. Mencabar kot. Kebanyakan cerita korea ni banyak lawak. Tak kering gusi kalau tengok. Romantic pun tak de la melampau. Romantic yang logic lagi la.

Muka jambu air
Haha,. Yang ni sebab utama kenapa perempuan-perempuan especially gilaaaa sangat kat kpop. Muka depa jambu. Tak kisahla sebab cucuk ke sebab apa ke. muka dorang memang style lah. Haha. Lagi satu fesyen diorang. Tengok pakaian lam video klip lah. Unik! Kalau penyanyi perempuan biasanya seksi tang kaki je. kalau mat salleh…semua bahagian badan seksi . ish..

That’s all. Jangan kutuk saya. Ni je idea saya. Kesiannn kat saya. Haha. Mood blogging dah macam debu-debu kat lantai. Sekali sapu baru Nampak. Kalau tak sapu lantai tu kita tak tau ada debu ke tak. Haha. Mandai je perumpaan aku. Ades. Renung-renungkan dan selamat beramal.