Friday, November 25, 2016

Resepi Mee Rebus Terengganu

Musim hujan sejuk sejuk ni memang nyaman perut kalau dapat makan mee rebus yang panas-panas kan? Mee rebus ni antara makanan feveret dulu kini dan selamanya. Resepi mee rebus ni aku buat guna cara umi. Memang dijamin sedap dan mudah pulak tu.



Bahan-bahan
- mee kuning 500gm (1 paket)
- 7 biji bawang merah**
- 4 biji bawang putih**
- 1 sudu lada hitam ** (boleh kurangkan kalau nak kurang pedas)
- setengah sudu udang kering **
- sayur (optional : sawi, kubis panjang, carrot, tomato)
- ayam, udang, sotong, daging (optional)
- 3 biji telur

Cara-cara



1. Kisar semua bahan bertanda ** kemudian tumis dengan sedikit minyak dalam periuk.

2. Bila dah menggelegak, masukkan ayam, udang, daging dan sotong. Kalau boleh biar ada semua ni sebab air dari setiap bahan ni boleh menyedapkan lagi rasa mee rebus ni sampai ke tahap bintang. Hee. Kalau takde takpe la. Nak buat camane kan.

3. Tambah air secukup rasa. Biar berpadanan kuah kita dengan mee tu. Takde la nanti kuah terlebih sampai tak nampak mee. Hehe.

4. Bila ayam dah nampak macam masak, boleh mula masukkan mee dan sayur-sayuran. Disebabkan kat rumah i olls ada sawi je, maka kita campak sawi je la.

5. Pecahkan telur sebiji, sebiji. Biarkan telur tu masak sekejap, baru kacau. Kalau tak nanti dapat telur hancur. Hehe

6. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau jenis makan pak aji, boleh la letak sekali. I olls tak makan so tak letak.

7. Dah siap semua boleh tutup api, then hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada merah. Kalau nak lagi best boleh buat sambal kicap dan makan bersama mee.

Friday, November 18, 2016

Pengalaman Beli Deep Freezer Dari Lazada

Untuk anak yang kedua ni aku nekad nak start simpan stok susu EBM awal sebulan sebab kononnya nak cukupkan 2 tahun penyusuan untuk Aira memandangkan Amni aku tewas masa Amni umur 1 tahun 2 bulan . So first step haruslah aku perlu membeli deep freezer sebab peti sejuk kat rumah tu muat-muat untuk simpan stok ayam, daging, ikan dan bahan mentah lain je. Tak sedap pulak nak campur susu tu dengan bahan mentah tu.

Tanda sokongan suami, dia setuju nak belanja deep frezer seketul. Hehe. Harusla ku teruja kan. Laki i olls memang supportive bab penyusuan susu ibu untuk anak dia ni. Mintak je pape insyaAllah ditunaikan selagi mampu.

Mula-mula kitorang cuba survey deep freezer yang lebih kurang 100L kat Courts an Sen Heng. Tapi dua-dua takde stok. Gigih pulak kami cari kat kedai-kedai elektrik kat pekan Triang. Kebanyakan kedai ada jenama SNOW. Rata-rata harga dia dalam RM550-RM600. Jenama Sharp pulak harga dalam RM700 kalau tak silap. Jenama Hi Sense harga dalam RM650. Aku tak tau normally harga dia berapa so bagi aku harga dia agak mahal jugak la sebab sebelum ni aku pernah usha kat Lazada.

Lepas tu aku cerita kat suami, then dia cakap try beli kat Lazada je la sebab jimat masa dan harga memang jauh lagi murah. Lagipun hari yang suami aku nak pergi beli tu kedai semua tutup.

Dulu pernah jumpa kat Lazada deep freezer jenama Mastar 100L harga RM390 je. Tapi masa tu takde keyakinan lagi nak membeli kat Lazada. Yela, barang besar, takut la dia tak hantar sampai depan pintu. Buatnya agen call suh datang collect sendiri tak ke menangis. mana nak angkut van oi. haha.

Balik rumah tu aku terus bukak Lazada, then jumpa Hi Sense harga RM440 je. Postage RM45..Masih lagi bawah RM500. Terus aku beli.. hehe.



Dan alhamdulillah, sampai dengan selamat. Cuma kat body peti tu ada lekuk sikit. Tapi aku tak kisah pun. Asalkan boleh guna. Bukan nampak pun lekuk tu. hehe. Yang penting boleh simpan stok susu kat dalam.

And now, i'm a happy mommy. Rajin mengepam sebab teruja ada ruang khas untuk susu. Tak payah berebut dengan ayam udang dalam peti lagi. hehe.

Sekian cerita daripada pembeli tegar Lazada. Plastic milk storage, beg susu, sparepart pam susu, botol susu semua aku shopping kat Lazada je. haha. Siapa geng?

Thursday, November 17, 2016

Resepi Paprik Ayam Yang Mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Paprik ni memang feveret aku selain tom yam. Kalau tomyam aku suka hirup kuah, paprik ni aku suka dia punya kepekatan kuah tu. Terasa kesedapan sos tiram dan haruman serai dan daun limau purut pulak. Fuhlamakk, meleleh air liur. Hehe.

Resepi paprik yang aku nak share ni resepi yang aku biasa buat bila nak masak paprik. Resepi ni senang, mudah dan yang penting sedap. Siapa la yang suka resepi yang renyah ye.

Bahan-bahan


Bawang Holland tak de stok masa ni. huhu.

-setengah labu bawang Holland (mayang kasar)*
-2 ulas bawang putih (ketuk)*
-2 batang serai (dititik)*
-daun limau purut secukup rasa*
-lada merah (optional)*
-2 sudu cili kisar
-2 sudu sos cili
-2 sudu sos tiram
-setengah sudu sos tomato (guna sebab takde tomato. Kalau ada tomato tak perlu la)
-sos ikan (optional)
-sayur (optional) : bunga kobis, carrot, putik jagung, kacang panjang dll
-beberapa ketul ayam dipotong kecil (boleh jugak ganti dengan udang atau sotong atau daging)

Cara-cara.

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Lepas tu tumis cili kisar sampai garing tau.

2. Then masukkan bahan-bahan bertanda * dan tumis sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan ayam dan tambah sedikit air.



4. Tunggu sampai ayam tu dah masak boleh la mula masukkan sayur. Letak je pape sayur yang ada kat rumah. sebab tu aku cakap resepi ni senang dan mudah. Jangan susahkan diri carik sayur yang takde. Hee.Untuk resepi ni aku letak bunga kobis ngan carrot je.


5. Tambah la air sikit kalau nampak macam kering sangat. Aku suka banyak kuah sebab tu aku letak air banyak sikit. Hehe.

6. Lepas tu last skali masukkan segala jenis sos yang dinyatakan tadi. Sos cili, sos tiram, sos tomato sesedap rasa ye.Then, cuba rasa sikit, kalau tawar tambah garam, takkan tu pun nak ajor. Haha.

7. SIAP.



Tips kuah pekat.
Biasanya kalau terlebih air kuah jadi cair kan? tak sedap la kalau kuah cair. Nak tambahkan sos boleh habis 1 botol sos tu kalau nak jadikan dia pekat. So, jalan pintasnya adalah korang bancuh tepung jagung dengan sedikit air, then masukkan sebelum tutup api. Kacau-kacau sikit. Lepas tu pekat la dia. Hee. Tapi aku tak suka sangat campur tepung jagung ni. So make sure masukkan air tu seadanya je.

Senang je kan. Sambil kunyah kuaci pun kau boleh masak ni. Lepas tu boleh la goreng telur dadar untuk dipadankan dengan lauk ni. Makan time panas-panas. Nyam nyam nyam.

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Kakak dan adik.

Alhamdulillah, 12hb Ogos hari tu aku telah selamat melahirkan puteri kedua. Amni dulu beranak awal 3 hari, so yang kedua ni harapannya nak beranak awal jugak la walau sehari dua sebab tak larat sangat nak usung perut. baju semua dah tak muat. Nak keluar rumah pun pikir 10x tau. Sebab tu tak saba-sabar nak kempiskan perut. haha.




Keluar tanda.

Akhirnya Allah dah tetapkan 12hb sebagai tarikh keramat tu. Pukul 5pg 11hb Ogos keluar tanda. tunggu sampai pukul 7 macam tu untuk bagitau umi yang tengah bersiap nak pergi mengajar time tu. Lepas tu bagitau suami yang masih kerja kat Bentong. Mintak dia balik segera, nanti kan tak sempat nak teman isteri cengeng ni lam labour room. Haha.

Lepas bagitau umi, umi terus bagitau Guru Besar nak mintak emergency leave. Pack mana-mana yang patut, then terus gerak pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Perjalanan dalam sejam lebih jugak, sebab tu gerak cecepat. Takut tak sempat. haha.

Sampai kat Kuala Terengganu pukul 8 lebih. Disebabkan tak rasa sakit lagi, selamba badak je ajak umi pergi pusing-pusing Pasar Payang dulu. Pergi awal pun bukan terus bersalin kan? Umi cuak-cuak je nak bawak. Bahaya katanya. Tapi aku buat-buat request nak makan jeruk. Umi pun pasrah.

Admission room.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 kot kitorang pergi serah diri sebab umi cakap bahaya biar lama-lama. Takut jadi pape kat baby katanya. Kali ni aku pulak pasrah.

Teruja nak bersalin kat HSNZ ni sebab wad bersalin bangunan baru. hehe. Memang sangat-sangat selesa. Mula-mula sampai aku daftar kat admission room dulu. Disebabkan aku masih sihat dan sangat aktif ke hulu hilir sampai makcik tu cakap "awak ni betul ke nak bersalin?" haha.

Masuk lam admission room tu, alhamdulillah dapat doktor pelatih perempuan, baikkk sangat. Masa tu jalan baru 2cm. Then doktor siapkan borang untuk masuk wad. Masa tu masih lagi tak rasa sakit. Tepuk pipi sendiri sebab takut la mimpi kan. hehe. Suami sampai dalam pukul 2 lebih camtu.

Dalam pukul 5 lebih aku dapat katil. Lepas tu nurse mula buat CTG. Bacaan tak comel katanya sebab lapar. Dia suruh pergi makan dulu then nanti datang balik. Mujur umi ada belikan nasi kukus. Mula-mula gigih tolak, sebab kenyang konon. hehe. Mekaseh umi. I love u. U are the best.

Lepas makan nurse pun ajak ulang buat CTG, alhamdulillah okey, Cuma nurse cakap tak nak cek jalan ke? Sakit dah 1:10 ni. Aku cakap tak pe la dulu, tak sakit sangat lagi. haha. Tak nak laaa aku. Buat sakit je. Tunggu sakit betul-betul baru aku menyerah.

Mula contraction.

Contraction start selepas isya'. Lepas sembahyang maghrib tu okey lagi berwasap-wasap dengan suami. Dalam pukul 9 lebih macam tu contraction datang sekejap-sekejap. Lepas tu yang aku perasan kalau turun tanda darah ni dia asyik nak terkencing. Sampai aku takut nak minum air sebab malas nak gi toilet.

Pukul 10 lebih dah tak tahan sangat, cek jalan baru 4cm. Makanya sambung berhuhu kat katil sambil ulang baca doa Nabi Yunus. Allah je yang tau sakit camane masa tu. sampai la pukul 2 pagi, nak lelap memang tak boleh. Pergi cek jalan dah 6cm. Alhamdulillah sangat.

Lepas tu masa nurse mintak baju baby, kelam kabut oi, sebab nak jalan tak boleh. Nurse yang tolong ambil. Nasib baik dah asing siap-siap.

Masuk labour room nombor 8 masa tu. hehe. Ingat lagi sebab dengar nurse tu jerit. " Ni staff, hantar nombor 8". Ceh, staff la sangat. Lepas tu bermula episod paling aku tak suka. Masuk branula kat tangan. Memang tak suka sebab pergerakan macam terhalang gitu. Lepas cek semua doktor cakap "Ready, dalam pukul 6 dia bersalin."

------------------------------------------------------------------------------------------------


Tapi kuasa Allah tu besar, dia tak nak aku sakit lama-lama. Pukul 3.16am lahirlah khalifah Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Nur Aira Sofea binti Mohd Zainuddin dengan berat 3.51kg. Semangat betul anak mama ye. Semoga Aira menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang. Aminn...