Saturday, February 26, 2011

Kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni rumit.
kadang-kadang hidup ni terlalu complicated,
kadang-kadang hidup kita sukar dijangka,
kadang-kadang hidup kita sukar diteka dan sukar diramal.

kadang-kadang hidup beri seribu kemanisan,
kadang-kadang hidup juga beri kita sejuta kepahitan,
kadang-kadang hidup akan buat kita mati rasa
kadang-kadang hidup akan buat kita hidup selamanya.

kadang-kadang hidup selalu menipu,
kadang-kadang hidup selalu berpura,
kadang-kadang hidup selalu mendung,
kadang-kadang hidup perlukan cahaya.

kadang-kadang sampai kepala naik mereng. adeh...

Friday, February 25, 2011

Hi Pacat! Nice to Meet You!

hai semua! eh, hai pacat! nice to meet you. yess. tu tajuk entry Mish hari ni. siapa pacat? kamu kamu kamu? haha. kalau terasa tu die la orangnya. hak hak hak.


sebenarnya esok, 26hb Feb Mish ada kem motivasi kat Kem Alang Sendayu, Gombak. nahh..Ieyla!! tu la nama tempatnya. lupa la hari tu masa u tanya. hehe. sorry! so, Afiq Bukhari, kalau rasa nak balik KL minggu ni sila la hantar nasik kerabu kat situ yea. ^_^


seriyes memang bukanlah kegemaran yang abadi masuk-masuk hutan ni even dulu pernah masuk PLKN. dah berusia ni jadi macam makin malas lak. leceh kot kalau perempuan masuk hutan. lagi-lagi kalau perempuan tu sedang me'ngambang'kan dirinya. lagi la leceh kan. hutan tu pulak macam-macam penghuni ada. err. seram jap.


yang paling menyeramkan most of the student adalah P.A.C.A.T. pacat? pacat? pacat? grr. haha. giler ah. ramai kot budak perempuan takut pacat. haha. nasib baik Mish ngan pacat dah agak akrab dari kecik. tapi tetap tak suka ok. sebab pacat ni vampire!! haha. 


budak lelaki yang memang berotak kejam sikit dah mula rancang nak letak pacat dalam nasik budak perempuan la apa la. habislaaaa! haha. cakap je lebih tu. jangan pelik kalau ada jugak lelaki yang takut pacat. haha. sape pernah jumpa lelaki macam ni angkat tangan. best nak kenakan ni. hai pacat!!


psst~
hari ni hari kemerdekaan bagi kami sekelas sebab minggu ni memang bizi walnakmampush!! adeh. test, test, report, lab, notes, test, quiz, test dan sila ulang semua ni dalam sepuluh kali ok. bizi kan? haha. pengunjung blog pun dah makin kurang kot. tak pe lah. thanx pada yang datang! muah kiri kanan! haha. miang kan?

Thursday, February 24, 2011

Besties Blogger 2nd Meet Up!!



ok!poyo kan tagline tu. haha. seriyes dah lama tak hapdet belog nih. rasa janggal dah tahap cimpanzi dah bila nak ketuk-ketuk kat papan kekunci nih. rasanya last update masa hari Ahad hari tu. means, dah 2 hari. haha. selama tu jugak la laptop ni tak ber'on'. kalau online pun guna lappy member. 


ok, cukup kemerapuan sampai takat tu. haha. 


Ahad hari tu Mish join member-member blog pepel yang sengal-sengal nih. mula-mula rasa tak nak pergi sebab keesokannya tu ada test Kimia Farmaseutik. salah satu subjek yang giler punya dislike untuk student yang tak suka masuk lab macam Mish ni. haha.


last-last, terpergi jugak. biasala. 'artis' kan. mana boleh tak pergi. nanti si budak 5 orang tu susah hati lak. haha. giler kau perasan. =P


tak nak cakap banyak. sebab rasanya semua dah baca pasal meet up ni kat blog mereka yang join kan. pasal Mish ni dah kira ketinggalan update lah ni. haha.


kalau dulu just Mish, Bulan, Erza, Anis dan Ieyla je yang jumpa kan. kali ni ada pertambahan ahli baru. otai habis budak ni. haha. si Confuse. pelik kan nama dia. nasib baik orang nya tak pelik. haha.


lupa lak. tadi cakap tak nak cakap banyak. haha, terlebih pulak. k lah. layan gambar!




mesra kan?macam pernah sekolah tadika sekali pulak rasanya. padahal baru pernah jumpa sekali. haha. punye happy depa gelak. 

nampak sangat lokasinya di toilet. aduh!


mek busuk ngan mek ngek duk khusyuk ambek gambar la kunun kununya. haha


haha. lucu giler muka i. nampak cam takut je nak ambek gambar. haha. grr. buruk muka i! tak aci!

haha. Bulan peluk i sebab dia sayang i. sang lelaki, sila la jeles! hak hak.

say HI! to Ieyla!!


patut la budak nih Confuse semacam. tengok la. pegang camera dua tiga kat tangan. mana tak keliru kan. haha.

haha..aweks koya lebey. ades!


ok! cuba untuk tiru gaya Erza yang ambek gambar tak nampak gigi. haha. cuba untuk sorokkan gigi i!




"abg, syg ngah bizi nak bergambar ni. nanti mesej ea. muax!" haha. tu la kot yang si Ieyla ngan Anis ni duk taip mesej kat BF diorang la kononnya. hahaha.

owh, cool nya kami!hahaha

aweks UPM yang merah berani! haha.

Add caption






thanx yea semua!!hehe. seriyes dua riyes beriyes riyes jumpa hari tu memang seronok!!


psst~
maaf yea sebab datang lambat dan makan lambat hari tu. hak hak.

Sunday, February 20, 2011

Ciri-ciri Pelajar Berdedikasi dan Bertanggungjawab dan Berwawasan serta Berjaya!!

eh, nak tambah lagi kat tajuk tu. 'CONTOHI SAYA!'


ciri-ciri pelajar yang berdedikasi + bertanggungjawab + berwawasan serta berjaya adalah seperti dibawah.


1.)  selalu mengulangkaji pelajaran. (SALAH)


2.)  study sampai lupa nak tidur. (SALAH)


3.)  buat nota ringkas dan cuba fahami apa yang dibaca. (SALAH)


4.)  tidak suka membuang masa. (SALAH)


haha. jangan terkejut ok. ni memang benar. semua yang dinyatakan di atas adalah bukan ciri-ciri penting untuk menjadi seorang pelajar yang mana seperti diatas. sebaliknya, anda hanya perlu buat satu perkara sahaja. khas untuk blogger. diulangi, khas untuk blogger sahaja. kamu pembaca entry ni? tapi kamu bukan blogger. oh, kamu sangat rugi sebab kamu takkan dapat tips yang berkesan macam ni. 


dipendekkan cerita, cara nak jadi pelajar seperti yang dinyatakan adalah..

  • jarakkan waktu update blog!
yeah!contohnya before ni korang selalu je update. sehari dalam dua tiga entry. lepas tu tiba-tiba kamu senyap. dua hari tak update. waa! sebagai student, mesti orang akan fikir, busy dengan study ea?? automatik, orang tu akan berfikir, waaa. budak ni mesti rajin, pointer mesti gempak dan result memang meletup ni. sanggup tinggalkan blog yang selalu tak terabai tu untuk study. waaa. mata dah blink blink. sebab? sebab  teruja.

haha. see? dengan tak update blog je orang dah tau yang korang ni merupakan pelajar yang bermasa depan cerah. konon sanggup ketepikan blog untuk kejayaan yang abadi. hahaktuih!! padahal, korang tak update sebab banyak kerja tertangguh yang dah hampir tarikh submit. hahaha. bukan orang tau pun kan kan??

biasa la student. selagi tak digasak, lagi tu mereka bertangguh. last-last, padan muka! haha. terasa? gelak la kat diri sendiri. ^_^

psst~
lagipun malas nak update blog sebab out of mood. serabut ngan urusan duniawi. adeh. benci perampas ok!!
:P