Monday, August 29, 2011

Shopping Yang MenCUAIkan

dah tak lama nak sambut raya kan. raya tahun ni baru je semangat nak raya kaw-kaw mwmandangkan tahun ni baju raya agak meriah. agak teruja la jugak. boleh la mengujakan sekadar menutup kesedihan di hati.

tapi..

tadi, dapat satu berita malang. terus je mood beraya satu famili ke laot. hampeh. terus tak semangat nak raya.

okeh. abaikan kisah spoil tu.

tadi mish gi shopping buat terakhir kali. konon nak beli la selipar raya sepasang. masuk je bandar ganu. hampeh. dah macam masuk bandar KL. sesak walnakmampus wes. apesal la semua suka sangat pergi shopping last minit. aiyaa. haha. padahal kena kat diri sendiri.

tengah-tengah syok shopping. boleh pulak tertinggal barang dekat simpan barang dekat satu supermarket tu. ish. lalai betul la. dapat je barang penuh kat tangan terus lupa nak tuntut kat kaunter tinggal barang. hampeh. kalau dia bagi bawak masuk je barang tu kan senang. tak de tinggal barang ke hape. 

naseb baik selipar raya adik-adik je. kalau barang Mish. auww! meleleh air liur raya. haha. tapi tadi dah suruh kawan Mish gi tuntut barang tu. gi tuntut dengan tak bawak kad nombor barang tu. kena la denda 5 hengget. 

okey, tu je nak update. nak sambung mood di tengah laott..!

Sunday, August 28, 2011

Tak Reti Ambil Kesempatan

perasan tak, barang, bila kita tak de kita duk asyik berharap supaya ada.
tapi bila benda tu dah depan mata. kita dah tak tau nak buat apa. haha. tu la yang terjadi skang ni. dulu masa kat Bentong punya la duk merungut sebab tak de internet. sampai sanggup ke klinik semata-mata nak online.

tapi ni bila kat umah. internet depan mata. teruja sangat sampai tak tau nak buat apa ni. nak update blog, tapi tak tau update apa. tak tau nak merapu apa. see. merapu pun boleh lost tau. haha.

lepas tu, dulu, masa tak de BE. asyik duk bising kat Nuffnang sebab tak dapat BE. asyik duk jeles ngan orang dapat BE. tapi skang, bila dah ada BE. tak tau nak guna kesempatan. ades.

blog dengan facebook macam dah suram sikit skang ni kan. semangat nak raya terlalu kuat kot. haha. baik tidur lagi best.
=P

Saturday, August 27, 2011

Nikmat Raya Perantau

alhamdulillah sebab dah selamat sampai kat umah pukul 11.11 pagi tadi. totally, perjalanan hanya ambil masa 4 jam. agak cepat sebab pecut agak laju. siap main lumba-lumba ngan kereta MyVi pink yang dinaiki oleh 3 orang guys. sweet kan lelaki naik kete pink.

keluar tadi seawal 7 pagi. masa time tu mau rebeh lagi. ngantuk wes. semalam dah pergi round bandar Triang sampai sesat-sesat. sampai umah lam kol 11. mana tak rebeh mata tu. haha.

dan yang paling excited sekali, balik je umi terus bagitau menu sedap untuk berbuka. ikan siakap masak stim, sayur paprik, gulai daging cincang dan apa entah seterusnya. tu la nikmatnya bila berada di rumah.

kepada yang tak merasa nak balik umah untuk raya tu, bawak-bawak la balik jenguk family di hari lebaran ni ok. lain nikmatnya balik raya ngan balik kampung saja-saja. hehe.

Friday, August 26, 2011

Orang Lain Duk Packing Baju, Kita duk Packing Ubat

ini adalah Atenolol 100mg ok. ubat darah tinggi. 

yang ini Cinnarizine 25mg untuk pening kepala okeh. kalau pening amek sebiji maksimum 3 kali sehari yep. 

yang ni pulak Hidrocortisone 1%  Cream. untuk  radang kulit atau ekzema. kena sapu nipis je sebab ni adalah  steroid jenis mild topical. (okeh, tu yang last sekali tu pak cik google tambah. haha)

yang ni pulak Amoxycillin 250mg. antibiotik ok. amek sebelum makan. kalau boleh setengah jam sebelum makan. satu botol 500 kapsul berharga RM2++. mahal giler. 
see...4 jenis ubat yang kena packing untuk satu hari ni. pergh..meleleh peluh ikut hidung. tak pernah-pernah bekerja keras camni. naik juling mata bila packing ubat secara manual.

semua ni terpaksa la dilakukan by hook or by crook sebab nanti kami kan nak cuti dua hari. so nak tinggalkan bos iaitu Pegawai Farmasi sorang-sorang. kebetulan beliau pun baru lagi kat klinik ni. so, tak berapa fasih selok belok simpanan ubat. sebab tu kena prepare stok ubat yang cukup untuk beliau bekerja nanti. hehe.

tak kesahla kerja keras sikit asalkan dapat cuti. yeay!!

packing ubat dah siap. tapi packing baju langsung tak sentuh pun lagi. adoi.