Wednesday, November 30, 2011

Terlalu Taksub

Assalamualaikum w.b.t

korang pernah tak jumpa dengan orang yang nak dia je betul. even kebenaran depan mata pun, tetap dia kata dia betul. kalau dah terang-terang dia salah, dia tetap anggap dia betul. memang betul-betul tak betul la dia punya pendapat atau jawapan tu.

susah tau kalau ada manusia macam ni.lagi-lagi kalau kita kerja sama ngan dia. memang la berpendirian tetap tu bagus. tapi kalau dah pendirian yang tak de akar kukuh. baik say goodbye je. tak payah nak berpendirian tetap sangat. buka sikit hati tu untuk terima pendapat orang lain.

lagi satu masalah rasa diri tu senior, so, junior-junior semua salah. sesedap rasa je anggap kami ni kosong dalam kepala. ishh. kalau junior tegur bukan nak dengar. duk keluar semua hujah-hujah zaman jepun jajah dulu. adoi..kot ye pun, semua tu lama dah la beb. bukak buku baru. latest editon punya. ni cakap main ikut kepala dia je. perkembangan semasa tak nak ambik tau. haishh.

taksub sangat dengan pemikiran sendiri sampai hati dikeraskan untuk terima pendapat orang lain. jangan macam ni ye kawan-kawan.

pening! toink toink.


Tuesday, November 29, 2011

Bukak Tutup Bukak Tutup

haipp. salam semua. lama menyepi. ceh..ayat orang bajet update hari-hari. entry last yang pasal bola tu pun entry merapu mamai mamai nak tidur. tapi dah duk asyik bukak new post lepas tu tutup. lepas tu bukak lagi. tutup lagi. bukak dan tutup selama beberapa kali sampai Mish naik tingtong. kena la taip jugak. ada orang baca tak baca belakang kira. yang penting, lepas gian. auww! ayat gian tu tak menahan deh.

so, merapu lagi hari ni. apakan daya. bila bukak new post, termenung je panjang. ingat nak update pasal lepaking ngan blogger hujung minggu hari tu. tp malas nak resize gambar. nanti la free baru update. sebagai iklan coming soon entry yang orang duk sebut-sebut trailer la apa la tu. ni nak tepek gambor sekeping. hehehe.

Sunday, November 27, 2011

Malaysia Lawan Bahrain 3-0?

hoho...sape tengok Malaysia lawan Bahrain tadi?boo...rugi sape tak tengok. ada orang tu cakap Malaysia kalah 3-0. bila Mish cek-cek balik, 3-2 la derr. Malaysia tak de la lemah sangat sampai nak bagi kosonggg kan abang Baddrol as a captain kan? hehe.

sekian terima kasih.

psst~
tahniah geng Malaysia. seronok tengok gol first tadi. selebihnya tak dapat tengok sebab tak mampu nak melaratkan diri mengadap tivi.

Friday, November 25, 2011

14 Negeri di Malaysia, 14 Orang Pakwe, Kau Ada??

pelik betul Mish tengok manusia zaman sekarang. pasang sparepart kan main. tak penat pulak dia jaga semua calon-calon tu eh. kalau Mish la, nak jaga sorang pun susah gilerrr, nak jaga dua orang dah susah kuasa dua giler, nak jaga ramai-ramai? puih, mati terkojol jawabnya.

Mish ada la sorang teman ni. muka lawo la jugop. tinggi. free hair. jenis cepat masuk ngan sape-sape pun. so memang duk mana-mana pun boleh hidup la.

tapinyaaaa, pakwe keliling pinggang. penah sekali tu dia nak pergi johor, tapi dia tak kenal jalan. dia cakap, tak pe, pakwe dia ada keje sana sorang. hoho. daripada ayat tu dah rasa lain macam. sebab setahu Mish, pakwe dia kerja kat Kuantan. hampeh kan?

korek punya korek rupanya dia ada pakwe merata tempat. so, nak pegi mana-mana senang. jimat duit, di samping tu, tak payah nak pikir sampai sana nanti, nak bergerak camane. pakwe-pakwe semua ada transport. daebak! haha.

tapi tak perlu kot kita nak ikut perangai camni. sebab hidup ni macam roda. kali ni kita disanjung. kita duk atas. tapi nanti, kita dilenyek, duk bawah. so, berpada-padala.