Sunday, April 14, 2013

Pengantin To Be SELAMBA BADAK.


Assalamualaikum w.b.t.

fuhh. sekian lama jugak wa tak ketuk-ketuk muka keyboard nih. bese update kot celah hengset je. bapak tak seronoknya. huii. niat dah murni, tapi kemudahan zero. tu yang jadinya berkarat belog nih. huwaa. so, sesekali balik kampung, gunakan nikmat yang ada sepenuhnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi sebab PRU-13 jatuh pada 5hb Mei. sebelum ni orang tanya segan-segan nak bagitau. sebab tak sure kan. belah kita dah sure pun, kalau belah SPR still ragu-ragu tarikh PRU tak jadik jugak. kwang kwang kwang. makanya, i am bride to be! yeayyy! dah nak kawen. dah boleh kawen. yeyeayyy! haha. nampak tak tahap excited nak kawen tu camane.


so, Mish ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk prepare segala bagai persediaan sebelum kahwin. tapi kann...berapa peratus je baru siap nih. barang hantaran baru beli dua tiga par kot. hal tok imam, surat menyurat, borang segala bagai belum setel lagi. HIV test konfem tak buat lagi. tapi tak pe, keje klinik. haha. kanopi semua tak setel lagik. tukang masak semua tu tak carik lagi. haha. rasa nak gelak guling-guling bila tengok semua tak setel lagi. Hoiii. nak kawen tak ni haaa?

yang dah setelnya yang bahagian booking awal-awal. tapi tak de la booking awal sangat. bulan 3 hari tu baru duk membooking. pelamin, baju pengantin, forotgrapher. tiga tu konfem dah setel 100%. haha. goodies baru setel 50%. huii. rasa nak pecah kepala pikir nak buat mana satu dulu. encik tunang pulak keje oncall selang seminggu. so, nak gi cari barang segala bagai tu limited la sikit. alahai lahai lahai.

kad kawen? langsung tak pikir lagi. nanti lepas en tunang habis oncall la baru duk bizi tang tu. baju akad nikah akhir bulan 4 ni insyaAllah boleh pergi amek dah.

see? see? see? see? excited je lebih bab kawen. tapi prepration hampeh. tak tau la nak cakap. perangai last minute buat kerja tu still girang-girang lam jiwa. susah nak buang. Pliss la Najihah. nak kawen tak ni??

Tuesday, April 2, 2013

Pesta Kasut 2013

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku dengan encik tunang pergi ke PWTC. Alasannya sebab nak pick up adik aku kat hentian Putra then hantar beliau ke asrama kat Putrajaya.tapi dah alang-alang adik aku lambat lagi sampai, makanya, aku terpanggil untuk pergi ke Pesta Kasut tu.

Mula-mula nak pergi tu, homaigod, giler excited. Tapi penat seyh berjalan. Giler jauh. Dan jelajah jambatan, meredah jejantas segala bagai baru sampai. Mau tercabut kaki. Nasib la pegi dengan tunang. Semangat lain sikit kan. Kah3. Ini semua poyoooo.

Hasil yang aku dapat pi sana? Haha. Kasut kat bawah tu. kasut kanvas tapak getah yang berlukis. Feeling feeling back to school balik je. Haha. Kasut lain semua vogue sangat. Kang menangis pulak artis satu Malaysia sebab aku lagi blink blink daripada depa. Hakhakhak.

#gedik nak ngapdet. Sambil tunggu patient sambil update. Asah skil yang makin menumpul. Fuhhhh. Berpeluh!

Sunday, March 24, 2013

I love you.

Here we are. Cerita pasal encik tunang kite

Hai b, even awak kurus. I don mind. Nanti pas kawen kite bagi awak makan banyak-banyak ye. Bia awak gemuk. Tak pun berisi sikit. Buncit pun tak pe sebab kite tengok ramai orang post kat facebook cakap buncit tu seksi. Hak3. Kalah la mulan jameela nanti. Memang la kite tak reti masak, tapi kann, nanti kan awak cakap nak tolong kite. Ok la tu. Kalau tak sedap, bukan sebab kite sorang. Tapi kite dua orang. Ahaks. Gediks. Mohon awak jangan lupa janji manismu eh. Gulai awak kangg!

Dear b, i love you. U know y? Sebab awak buat kite senyum sorang-sorang. Always tau. Nanti orang cakap awak tunang ngan orang tak betul. Yes. Tak betul sebab awak. Tak la teruk sangatkan? Lepas tu awak selalu buat kite nangis sorang-sorang. Sebak tau. Tolonggla jangan oncall lelama. tapi takpe, awak tau kite memang crybaby punn. Dan awak selalu sabar pujuk..oh sweet nya kiteww
Awak tau, even kite banyak buat perangai, suka merajuk, suka gaduh. Tapi awak tetap awak. Awak tetap guna kelembutan nak pujuk kite even masa tu kite dah jadi singa betina sebab bendera merah nak naik. Harap semua tu kekal ye b. Aminn.

Tapi kan, hari tu awak terasa ngan kite eh. Sebab kite tak penah expose awak sebagai tunang kite. Sorry okey. Bukan kite saje-saje tak nak expose. Bukan kite malu. Oh pliss la, nak malu buat apa dapat tunang muka cam korea, tinggi je pun dah macam Lee Min Ho. Ohmai. Terlalu memujikah haku?tapi kite nak bagi orang saspen. Nanti dah kawen, tiap ceruk tempat kite letak gambar kite sama-sama eh b. Takleh la gambar awak sorang, nanti ada awek ngorat. No way!

Awak sweet. Awak tau kite suka makan kek, setiap kali kite majok awak beli kek. Kite syak awak ada dua niat. Pertama, awak nak pujuk kita. Kedua, awak nak kite gemuk, so dengan tu saham saya jatuh. Awak memang pandai. Haha. Bila kite stress dengan keje sampai nangis teresak-esak macam budak tak dapat cekelat, awak bawak kite pegi jalan-jalan kat pantai. Even dua jam perjalanan jauhnya, awak sanggup bawak. Awak tau kite suka pantai suke sangat-sangat. Thanx b.

Semoga urusan kita selepas ni dipermudahkanNya. Iloveyou. Ouch,malu!

#entry gediks ni memang ikhlas aku tulis sebab tak boleh nak tidur punya pasal. Haha. Sape suh encik tunang tidur awal. Kan dah jadik bahan nak nulih. bosannn..zzZZ

Wednesday, February 20, 2013