Showing posts with label ahmad yazid.. Show all posts
Showing posts with label ahmad yazid.. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Sad Memory 2011

Sebelum 2012 adalah 2011 masih belum berakhir. Yeah..lepas habis part happy, kita ke part sedih pulak meh.  Buat korang yang selalu bersama ngan Mish mesti tau apa yang terjadi pada keluarga Mish awal bulan Jun hari tu. em..Mish kehilangan salah seorang adik. Adik nombor lima. Bagi Mish, sampai sekarang, still terasa kehilangan dia.

Setiap kali balik kampung, mesti Mish teringat kat dia. Kadang-kadang Mish lupa dia dah tak de. Sebab Mish kan jarang ada kat rumah. Bila balik je, semua adik beradik berkumpul. Masa tu la paling terasa kehilangan arwah.

Along rinduuuu sangat kat abang. Lama along tak pegi melawat abang kan. Maaf, hari tu along tak sempat. Along janji, along akan cuba sedekahkan apa yang along mampu. Along cuba,. Sebab along tak nak rumah abang gelap. Along tak nak abang rasa sunyi kat sana. Along tak nak abang rasa tersisih. Kami semua ingat kat abang. Umi kata, dah lama dia tak buat tomyam, sebab kalau umi buat pun, tak de orang nak makan. Kalau abang ada dulu, 2 3 4 kali abang pegi dapur ratah tomyam. Kan? Kami semua rindu mulut becok abang. Along ingat hari tu nak bawak adik-adik pegi tengok wayang. Macam yang kita buat dulu. Enjoy kan? Tapi along rasa along tak kuat lagi. Tunggu la sikit masa nanti. Bila Iman dah besar ke. sebab sekarang ni, kalau pegi jalan, along still rasa macam tak lengkap. Abang..abang tau tak..setiap kali along lalu kat tempat abang ‘dijemput’ tu..along takut sangat. Kalau along tengah bawak kete, along pegang stereng kuat-kuat. Kalau along tak bawak kete, along akan pejam mata bila lalu situ. Abang tau..along tak suka tempat tu. along rasa takut. Kadang-kadang, bila along duk sorang lam bilik..along selalu je teringat kat abang. Along terkilan. Dah lama kita tak jumpa kan. Abang ada mintak along belikan sweater. Along kata, nanti along keje along beli la. Tapi along tak sempat keje, abang dah pegi. Tak pe la.  Skang abang dah tenang kat sana kan. Abang dah selamat ke sana. Tempat yang Allah janjikan untuk semua hambanya. Along pulak tak tau bila. Abang, semoga roh abang dicucuri rahmat olehNya.

Kalau lah arwah boleh baca semua ni. hurm..al-Fatihah untuk arwah Ahmad Yazid. Pen off~

Friday, August 26, 2011

Bukan Lagi SEMBILAN Tanpa SEORANG


First of all, I miss him. Deeply. Crazily. Sincerely. And its hurts me.

Yess. Sangat menyakitkan bila kita merindui seseorang yang dah tak de lagi kat dunia ni. Sangat sakit. Sampaikan kita rasa macam betapa ruginya kita semasa mereka ada kat dunia ni. Ruginya kita sebab tak peluk dia puas-puas. Tak tatap muka dia lama-lama. Tak cium dia selalu. Semua kita rasa rugi. Sehinggakan kita rasa membazir masa kita bersamanya hanya kerana kita tinggalkan dia hatta 5 saat.

Again. I miss him.

Tak dapat nak bayangkan macam mana raya tahun ni bila beraya tanpa seorang ahli keluarga di sisi. Tak dapat dibayangkan macam mana nak pergi kubur adik sendiri yang akrab dengan kita di pagi raya. Tiba-tiba rasa macam jangan la datang wahai raya. Semakin dekat raya. Semakin kuat sedih tu datang. Semakin kuat rasa kehilangan.

Raya tahun ni mesti tak semeriah dulu. Dulu sembilan orang. Sekarang tinggal lapan orang je adik beradik.

Series rindu. actually, sepanjang duk kat Bentong ni. Tak pernah satu malam pun Mish lupakan arwah. Setiap malam pasti bersisa rindu untuk arwah. Setiap kali patient sebaya arwah datang ambil ubat. Setiap kali tu la Mish beredar ke belakang stor menahan air mata. Padahal tewas gak last sekali.

Dah macam-macam cara Mish buat supaya kuat. Tapi kita tak boleh nak tipu diri sendiri. Mish dah cakap kat diri sendiri, tak baik menangis macam ni. Nanti kalau arwah tahu, arwah sedih. Tapi makin laju lak air mata. Hampeh.


Air mata makin laju bila dengar lagu ni. Try la baca lirik dia. MISS HIM!

Psst~
Tak dapat bayangkan perasaan mereka yang hilang ibubapa. Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya.

Hargailah mereka ketika mereka masih ada. Ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, dan lain-lain. Adat manusia, bila dah tiada baru nak dicari.




Saturday, July 2, 2011

Tolong JANGAN Ingatkan Aku | Genap SEBULAN

kalau tanya Iman, "Iman, abang g ane?" Iman jawab, " Abang g skoloh:...
hari ni ramai sangat sebut pasal arwah.
hati jadi sebak.
jangan sebut nama dia depan aku,.
jangan cerita pasal dia depan aku.
jangan ingatkan kejadian 2 Jun itu depan aku.
tolong laa.
aku mohon.
hati aku sakit.
aku rindu arwah.

aku cuba jadi kuat.
tolong jangan rapuhkan aku.
jangan ingatkan aku.
aku dah redha.
tapi hati ni rindu.

aku bukak gambar dia.
dia senyum.
senyum kat aku.
manis giler.
aku nak sangat gambar tu bergerak.
aku nak tengok gelagat dia.
aku rasa dia tengok aku sekarang.

Ya Allah.
kuatkanlah aku.

hari ni, 2hb Julai, dah sebulan arwah pergi. tapi rasa macam baru semalam. betul la orang cakap, mula-mula arwah tak de, kita boleh kawal lagi kesedihan kita. tapi makin lama, makin kita teringat kat orang yang dah tak de tu. macam sekarang ni, kalau ada je yang sebut pasal arwah, cepat-cepat pergi tandas. sebak. tak tahan. rindu.

bila pergi kubur arwah, aku bukan nak sangat menangis. aku cuba tahan. sebab aku tau, tak baik menangis. tapi masalahnya. meman dah tak tahan. seriyes. air mata ni bukan ada remote kontrol nak tahan. sampai sekarang, even dah berpuluh kali pergi kubur arwah mesti berendam lam air mata. lemahnya aku..

al-Fatihah buat arwah.

Wednesday, June 8, 2011

Sebak | Kerana Mereka Sangat Akrab

asalnya niat dah malas nak cerita pasal tragedi 2 Jun hari tu. serius. kalau boleh Mish nak kembali berblogging macam biasa. baru je duk cari idea nak update. serius gatal tangan nak update. tapi tak de idea. so, layan la FB jap.

bukak home FB, 1st post yang Mish nampak buat Mish rasa sebak plus sentap. tak sangka. dalam ceria dia di siang hari. ada gundah yang tersimpan. serius tak sangka. sebab dia masih kecil untuk lalui semua kerinduan menggila macam ni. kecil-kecil dah pandai sorok perasaan. syabas dik.

see? memang dia ni rapat sangat dengan arwah. sangat-sangat rapat sehinggakan orang selalu anggap diorang ni kembar. mula-mula arwah takde, nampak sangat yang dia sedih. asyik berkurung dalam bilik. tidur, menangis, dan lepas sembahyang memang dia akan baca Yasin. alhamdulillah dia sedar tanggungjawab yang hidup kepada yang mati.

perpisahan disebabkan kematian sangat-sangat menyeksakan.

Monday, June 6, 2011

Past is past

salam semua. 

rasa macam dah lama giler tak update. padahal baru je buat quick update . 

dan rasanya lagi, Mish dah cukup kuat untuk terima semua takdir Allah s.w.t. ni. lagipun, kalau bersedih menangis setahun 14 hari pun yang pergi tetap pergi. dan Mish tak de la sampai mengalami kemurungan. cuma kalau macam tengah-tengah malam tu. terasa la jugak kerinduan tahap mencipan tu kat arwah. 

tak sangka. dulu kalau tanya adik beradik berapa? dengan mendabik dada Mish jawab 9 orang. tapi sekarang. adik beradik berapa? 9 orang, tapi sorang dah meninggal.

BUT, past is past. 

dan sekarang. rindu jugak 3% kat pocik belog ni. tapi tak dapat nak mengadap selalu sebab notebook plus broadband tak bawak balik. sebab masa dapat tau pasal ni, kelam kabut. tak sempat nak kemas pape. bayangkan pukul 5.40 pagi abah kol cakap tak dapat nak datang ambik. pastu abah suruh naik teksi untuk balik ke Terengganu. what? mula-mula terpinga-pinga jugak. mamai lagi. lepas tu dengar suara latar belakang adik-adik duk menangis. terus sebak walaupun ta tau pape. cepat-cepat bangun, mandi dan rumate kol abang angkat untuk tolong pergi cari teksi. 

hasilnya, RM500 untuk satu teksi. i have no choice. terima je la. 

last but not least, thanx kepada semua yang bagi semangat dan ucap takziah kepada kami sekeluarga eh. terharu kejap. thanx jugak untuk blogger yang susah payah datang umah walaupun badan tak berapa sihat.

Friday, June 3, 2011

Kehilangan Adik Tersayang | Al-Fatihah buat Yazid Sahami

salam...
mula-mula sekali, terima kasih buat semua yang mengucapkan takziah kepada keluarga kami.

2hb Jun merupakan tarikh berseratah buat kami sekeluarga. adik Mish yang nombor lima meninggal dalam kemalangan semasa dalam perjalanan nak datang ambil Mish kat kolej ni. serius terkejut kaget dan macam-macam rasa masa dapat tahu tu.

tak pernah pun terbayang yang kami akan kehilangan seorang ahli dalam masa terdekat. memangla sebab kematian siapa yang tahu bila nak terjadi kan.

serius Mish sedih sebab last jumpa arwah masa Mish balik before exam. last-last balik semalam dapat jumpa sekujur jasad yang tak bernyawa. siapa tak sedih kalau adik yang dibesarkan sejak kecil lagi meninggal secara mengejut. still dalam mood yang tak percaya.

walaubagaimanapun, yang pergi tetap pergi. al-Fatihah~

psst~
just a quick update. rasa pelik sebab tak tau dari mana rakan-rakan blog tahu pasal ni. erk. mana korang tau eh. pape pun. TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN SEMUA.