Showing posts with label drive. Show all posts
Showing posts with label drive. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Tips Elak Mengantuk Masa Drive

minggu ni Mish memang bizi, tak sempat nak jenguk kawan-kawan. wuu..rindu kamu la tayam-tayam. hehe. Isnin hari tu pi bandar KT untuk shopping, semalam pegi umah kawan jap. tak jauh pun. dan hari ni, pi bandar KT lagi. mak cik Mish masuk hospital sebab mengandung di luar rahim.

penat tau berjalan ni. walaupun Mish ni memang kaki berjalan..tapi kepenatan tu tetap terasa. penat nak pilih baju, nak matching tudung dan penat drive ok. wuhaha. so, meh Mish nak share tips untuk elak mengantuk. mana yang baik cekup wat teladan. yang tak baik campak je luar sempadan haha.

1) makan asam. for sure korang tau kan. kalau makan asam je, mata konpem bulat ya auw auw. haha. so, sparela sikit asam lam kete tu kalau tak nak bagi tersengguk-sengguk ye tayam.

2) pasang lagu kuat-kuat. korang memekak la lam kete tu sepuas hati korang. rasa nak geleng-geleng kepala, henjut-henjut montot pun tak de hal la. asal mata korang kerass! dan pastikan pemanduan tidak merbahaya.

3) berteman. bawak la sesape yang korang rasa boleh dengar korang bercerita. jangan la pi bawak mereka yang suka bercerita, melainkan korang suka mendengar cerita. tak pun, korang cakap je sorang-sorang. sendiri buat lawak, sendiri gelak. 

4) pakai spek hitam. terutamanya kalau korang nak memandu waktu panas-panas matahari. mesti korang rasa ngantuk kan?? so, spare la spek hitam, at least boleh kurangkan silau yang bikin mata korang mau tutup rapat tu.

5) elakkan memakai contact lense. sebab contact lense tu biasanya akan buat mata kamu kering bila kita terlalu fokus pada jalanraya. tambah lagi bila korang pasang aircond. kalau nak pakai jugak, bawakla stok, air lense untuk moist kan balik mata kamu ye.

6) jangan ikut rapat. yep. jangan iku kenderaan depan korang tu terlalu rapat. especially kalau kereta tu bergerak macam siput. sangat bosan dan mengantuk ok. kalau keadaan selamat, memotongla dengan cermatnya. kalau tak, better korang kasi jarak sikit antara kereta siput tu dengan kereta korang yea.
7) berehat. kalau dah tak daat nak selamatkan lagi tahap mengantuk kamu tu. sila la tidur yea. tak de orang marah pun. asalkan berhentila kat tempat yang dibenarkan. minum air ke secawan dua. best jugak kan. 

 pandu berhemah, jiwa terselamat. cewwah!

sekian tips cikai dari pengalaman budak lesen P budak pepel. ada lagi tips nak share??sila la...hehe..ntah paper merapu malam ni. terima kasih kerana membaca. ada jodoh kita berjumpa. cewwah. papai!!