Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Jangan menilai hubungan daripada status FACEBOOK!

sampai hati dia..

tak pe, ramai lagi kumbang.

Mencuba Melupakan.

takkan mati kalau tak de pakwe!


oh, ok..tu antara contoh-contoh status yang ala-ala frust kat facebook yang Mish ambil kat facebook girlfriend ex Mish okeh. haha. konon nak stalk la setakat mana dah hubungan depa kan. hik hik. saje nak api-apikan hati sendiri.

so, kalau sekali kita baca status macam tu, konpem-konpem kita pikir mereka dah putus kan. punya semangat Mish happy bila tau dorang putus. ada peluang nak ngorat? oh no! tak kuasa. yang tu nak sumbat mana? haha. mungkin sebab Mish rasa meluat kot ngan minah ni. macam la bes sangat dapat mamat tu. bekas aku je pun. ops. terdetik macam tu. jahat kan. abaikan kejahatan tu.

tapi, unfortunately..tadi Mish terrajin la pulak nak stalk wall minah tu.


biey, sayang biey ketat-ketat. keje baik-baik oke..

˙·٠•●♥ saya sayang awk ♥●•٠·˙

ini demam rindu bukti awak rindu saya.


eh! damn betul. couple lagik rupanya. hampeh! mati-mati ai ingat dah the end. sobsobsob. macam tak de keje aku pegi stalk wall orang kan?haiyaa! btw, semoga bahagia la awak dengan biey awak tu eh. 



Wednesday, August 17, 2011

Pelik-pelik je FACEBOOK ni sekarang kan?

seperti entry yang lepas, Mish mengandaikan semua dah tau yang hari ni is my birthday aite?so, siapa yang baru tau buat-buat la wish. hehe.

lepas tu, bila bday je haruslah kita terima berlambak-lambak notification kat facebook yang menyatakan banyak orang poist kat kita punya wall. untuk wish birthday lettew...haha.

lepas tu, Mish yang bajet hot nak balas la ucapan-ucapan semua tu ala-ala artis kan. penat jugak noh nak taip even satu patah perkataan iaitu "thanx!!". lepas dah taip banyak-banyak tu, FACEBOOK yang sengal ni suh isi verification word yang panjang 4 depa. gile hape. nak taip thanx pun tak de la panjang tu kot.

fine. disebabkan facebook ni bapak ai punya kompeni, so, ai layan je.

TIBA-TIBA!!!!!


tiba-tiba! yes. tiba-tiba iaitu suddenly!! facebook yang sengal tu telah block Mish punya profile. dah tak boleh balas komen. hampagas betul la. punya semangat nak balas all the wishes tu sekali terbantut. ciss. so sesiapa yang sempat dibalas tu kira untung sangat la tu. kalau tak rasa untung sila la buat-buat rasa untung okeh. haha

berdendam dengan facebook sebab tak sempat nak balas bithday wish dari my sayangssss. grrr! semakin lama semakin sengal. booo facebook. hidup blog!!!


pssT~
ini entry auto post. haha.

Saturday, June 25, 2011

Main Tukar-tukar Nama Kat FACEBOOK

haha. tajuk entry macam garang dan menyinga kan. aumm. ok. langsung tak garang. macam kucing umur sebulan satu hari adalah. gigi pun tak tumbuh lagi. nak mengiow pun pekat-pelat. ada hati nak mengaum. chaitt.

out of topic.

siapa tak de FB boleh duduk belah kiri. yang ada FB mai, mai belah kanan ni mai. haha. yang belah kiri dengar baik-baik je. sapa suh tak de FB. lol.

hari ni nama kau Bedah, esok nama kau Pe'ah, lusa nama kau Jenab, then nama kau sering bertukar-tukar. owh. mungkin its just for fun bagi sesetengah orang. tapi bagi Mish, erk. tak nyusahkan pun. serius, langsung tak susah. nama kau, kau punya pasal la kan. tapi, tapi, tapi masa approve dulu kenal. (sebab Mish jarang approve kalau tak kenal. tengok mutual friends dan asal serta sekolah biasanya). bila dah lama-lama berFB, naik notification kat wall home FB tu. aik. bila pulak aku approve budak ni. haha. terus je Mish delete friend. sebab buat semak. kalau tak kenal baik delete. ye dak?

ada kawan ramai pun tak datang untung kalau sekadar nak penuhkan ruang friends tu dengan 4 5 angka. haha.

teringat zaman berFRIENDSTER dulu. suka tukar nama. memang tak pernah guna nama Najihah bagai ni. guna nama ganas sikit. Along. tak pun ArLonk. kah kah. lawak je. skang ni bila addict ngan FB, suka letak nama betul. sebab? ntah. rasa macam matang sikit. hihi.

maaf kalau yang terasa. kot ye pun nak guna nama pelik-pelik. statik dah la. ni tak. hari-hari tukar. nama tak de kena mengena pulak tu. kalau nak letak Apik Pehe. letak je la terus. kalau rasa nak tukar. fine, bagi la tempoh matang sikit kat nama tu. ni tak. hari ni Apik Lidi. esok Afham Hensem Boy. Lusa Afiq Kacak. haha. golek-golek suka kejap.

letak nama statik cam Alif Haris, Izuwan Zakaria, Nazifa Mohd Zali dan kamu kamu kamu. ^^

mesti ada yang bisik-bisik halus cakap, ek eley minah ni. pehal nak bekeng-bekeng marah kami tukar nama. waklu. akaun kami. kami punya suka la. haha. meh nak jawab. ada ai cakap ai marah? langsung tak. ai tulis ni sebab saja nak penuhkan entry ai. tajuk ni macam best je untuk merapu. haha. kan?

tapi Mish tau tak de sapa nak marah. kita blogging dengan enjoy. tulis entry pun enjoy. baca pun enjoy. makan cili terasa pedas pun enjoy. haha.

Friday, April 29, 2011

Hubungkait Profail Picture Dengan Mood

well well well. lumrah dunia, setiap yang berlaku pasti ada kaitan. saling berkait dan bersangkut paut. setiap yang berlaku ada sebabnya. ada alasannya. sepertimana Allah s.w.t ciptakan matahari untuk memberi cahaya pada sekalian makhluk. diciptakan Hawa untuk berpasangan dengan Adam. diciptakan makanan untuk dimakan. ahaks!

-----> nah...mukaddimah yang giler berwawasan kali ni. rasa nak tersedak pun ada. ye dak?

perkaitan dengan tajuk entry?? motif please? objektif entry? matlamat entry? okeh, sebelum tu Mish nak tanya. korang ada Facebook kan? tipuu kalau tak de. tapi ada jugak yang memang tak de. yang tu tak leh nak cakap apa la.

berapa kekerapan dan apakah yang mempengaruhi kamu sekalian untuk menukar profile picture? ada yang tukar sebulan sekali. ada yang tukar sehari sekali --> memang annoying kot macam ni. haha. ada jugak yang tukar bila setiap kali dia ada gambar baru yang die rasa sweet! ehee.. ---> terasa sikit. sikitt je. tak banyak.


kalau bagi Mish, Mish suka tukar profile picture tu ikut mood.


  1. gambar Iman @ family
    --> means, mood ngah rindu kampung halaman la tu. paham-paham la yea. saya kan anak manja. kua kua kua.
  2. gambar bunga
    --> suka bunga. especially bunga warna purple. tu maknanya mood Mish tengah diawang-awangan atau mood tengah bahagia la kononnya. kah3. geli lak ase ketiak nih.
  3. gambar muka sendiri
    --> okeh, ni mood perasan anggun. ha ha ha. tak lah. ni maknanya mood yang biasa-biasa je.
  4. gambar dari google
    --> contoh cam gambar perempuan kesunyian ke, tengah nangis ke.
    --> means, mood memang ke laot. even kat komen nampak macam hepi go laki (happy go lucky) tapi kat hati tuhan je yang tau.
sekian terima kasih.

psst~
korang yang suka letak gambar artis as a profile picture tu mesti mood ngah in love ngan artis tu kan?? lepas ni nak kena letak gambar Seung Ri la. =)

bicara hati ke hati ~
saya benci lelaki cepat naik tangan! titik!

Tuesday, April 26, 2011

Mereka Yang Patut Diremove Dari Facebook

sekarang ni kan dunia dah maju. even adik Mish yang kecik cinonet pun ada Facebook. dulu main layan Friendster je. sape yang tak de akaun Friendster dulu memang kire boleh boooo la kat dia. sebab ketinggalan. kononnya la kan. eheee..tu la mentaliti zaman kanak-kanak. adeh.

tapi macam yang dikatakan tadi. sekarang kegemilangan Friendster diambil alih oleh Facebook. bukan takat budak-budak. atuk-atuk dan nenek-nenek pun siap ada akaun Facebook ni. kuat tol pengaruh sampai mereka yang dah berumur pun terjebak. alasannya? senang nak berhubung. haha. berhubung la sangat. ades. ntah-ntah layan Cityville. *imagine jap atok-atok dan nenek main Cityville..kah kah kah*

tapi skang ni rasa macam ramai sangat  je friends yang tak penting dalam akaun FB Mish tu. yang tak menyumbang apa-apa. mungkin mereka add Mish sekadar nak stalk gambar. nak stalk perjalanan relationship Mish with somebody. atau paper je la. makhluk-makhluk macam ni la yang i tak gemor bebenor. sebok nak ambik tau hal orang. pastu pergi kecoh satu kampung dengan sape ai kuar. dengan sape ai makan apa semua. arghh. annoying wei. tau tak? grr.. emo jap.

tapi kadang-kadang ada gak yang Mish approve budak-budak sekolah kawan adik-adik Mish, ahaks! konon nak tunjukkan yang ai ni kakak mithali la. buerkk! padahal haram ai tak kenal semua tu. ni semua sebab ai nak stalk adik-adik ai tu. haha. dan hasilnya, skang ai dah bau bunga-bunga cinta adikku dengan dot dot dot. haha.

kalau kawan-kawan blogger tu memang Mish approve la kalau cam. senang nak tau update entry dorang. ehee. so, korang bukan lah calon untuk diremove. =)

pada pendapat korang lak. makhluk camane yang patut diremove dari jadik friends eh??


Wednesday, February 9, 2011

Berhati-hati Kepada Pengguna Facebook!!

Sekarang ni dunia serba maju. serba moden. masing-masing dah ada kemudahan internet tak kira la daripada sumber broadband ke, streamyx ke, P1 atau paper je lah. yang penting mereka yang ada internet tu most of them ade akaun facebook kan. konon kalau tak de facebook ni kolot la. fuh??sape cakap?? dush yang berkata macam tu seketul! haha.

out of topic!bukan gaya Mish la nak menulis skemna macam tu. adeh. tak kena ngan jiwa.

korang ada facebook? ade? tak de? kalau tak de sila pergi buat akaun facebook korang! cepat!! ini adalah paksaan. haha. tetiba datang mereng. adeh.

memandangkan korang ada facebook, sila la berjaga-jaga dengan akaun facebook anda.
  1. jangan bocorkan password akaun anda.
  2. jangan sesekali tinggalkan laptop atau desktop anda dengan keadaan akaun facebook yang belum di logoutkan dulu akaun korang k.
sila ambil pengajaran daripada peristiwa ni yea. haha. jangan la seriyes sangat muka korang baca entry ni. adeh! semalam Mish kenakan kawan Mish. Mish updatekan status dia kat facebook masa die pergi tandas. sape suruh dia tak logout. kan kan.


alih-alih semalam, masa Mish duk syiok-syiok gayut ngan Cik Bulan Jelita (err. jelita tu pengakuan Bulan yea!) kawan Mish ni pulak masuk bilik. Mish buat dek je la sebab ingatkan die ni buta IT. (memang buta pun. haha) alih-alih ampa tengok ape yang dia balas kat Mish. adeh.


yezza. yang belakang tu adalah Nor Suzilawati si mangsa Mish!!
boleh sakit jiwa dengan akaun FB ni.

Saturday, October 16, 2010

Kisah Jasa Si Nyanyuk

hoho..semalam Mish on fesbuk..dah berkepuk2 habuk kot..lama xupdate..pastu tetibe, ada sorang mamat ni, post something kat wall Mish..hepi kot..ada gak yang sedar kewujudan..ngatkan i hot..sekali..hamekk...
haha..kisah masa lalu ditanyakan pada Mish...aiyarkk..Mish ni dah la short term memory..kalau memory cintan cintun ngan budak poyo tu ada la jugak lekat lam memory box ni..ok, jangan ingatkan lagi si budak poyo itu..hati jadi bengkak..hak2..

back to our main topic...budak ni cakap Mish penah jahit seluar dia..aihh..bia betul..haha...Mish pun ingat-ingat lupa..malas nak godek-godek memory box nih..haha...btw, bagus tol adik ni kan..siap ingat segala..pastu ley pulak bukak citer kat fesbuk..aihh..gentleman kot..ketawa.

psst~~
  • dah la adik ni panggil Mish akak..adess..terasa janggal kalau lelaki panggil i akak..ouwww..terasa diriku begitu tua..haha..padahal beza dua tahun kot..
  • rupa-rupanya masih ada lelaki yang mengenang jasa kat dunia ni ek.ouwh...dunia ni masih normal..Alhamdulillah..~