Showing posts with label naruto. Show all posts
Showing posts with label naruto. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Tersentap!

pagi tadi Mish ngaku, Mish bangun awal. haha. umi terkejut, Iman apatah lagi, kecewa sebab dia tak dapat pijak perut slim melim Mish pagi ni. haha. padan muka. bangun-bangun seperti biasa, mandi dan terus bakar roti.akhir-akhir ni tenaga banyak guna kot. perut selalu lapar. haha. nyampah betul. 

dalam pukul 9 lebih, tak de keje nak buat. tu la gatal p bangun awal. haha. lepak-lepak depan tv. tett..citer Naruto. aik. bukan ke Naruto siar hari Jumaat waktu maghrib tu?pastu sakan kena bahan ngan adik-adik sebab jakun. sempena cuti ni ada special Naruto. owh. ok ic. buat-buat faham. haha. mula-mula nak tukar channel. pastu kena baling teddy ngan adik. marah. haha. baru je nak conquer tv, last-last kena buli.

10 minit pertama, boring..sebab tak paham ape jurusla cakera la. sebab dah lama tak tengok Naruto. yang pasti Mish minat Gaara. sebab beliau hensem. haha. minit-minit yang seterusnya, macam best la pulak. alih-alih terus melekat depan tv. haha. hambek kau. umi panggil masuk dapur suh potong cili kering, siap cakap kat umi nak KIV dulu. umi hanya mampu menggeleng. haha. bukan senang anak dara beliau ni nak ngadap cartoon. hihi.

pastu my choc message. ahh. kacau. orang nak fokus dia ley message. pastu cakap ada keje. haha. jahat kan?pedulik la. serius best citer Naruto tadi. esok-esok nak tengok lagi la. tak nak tengok yang series tu. nak tengok yang habis terus cam tadi. haha.

psst~
dah malas nak pikir tajuk entry. so, main tibai je. hahaahhahahaha~

psst~
petang ni nak kena qada balik tidur yang rugi. sebab mata rasa macam sembab je ni. cuaca hari ni pun mendung je tanda terharu Mish jadi budak baik hari ni. wink~