Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011 !!


waa..unbelievable kan. sekejap je masa berlalu. pencennya 2010 dan takhta kemudian diambil alih oleh 2011. hurmm. usia pun turut sama berganjak yea. well, happy birthday kepada mereka yang menyambut hari lahir pada bualn January ni. kamu orang yang tertua ok. hehe.

  • semua azam lama dah gubal belum? dah tubuhkan azam baru? wow!! semoga tercapai la hendaknya!!
  • semoga 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya.
  • semakin terasa dengan pepatah, rumah kata pergi kubur kata mari. ish ish ish...
  • kita blogger, kita blogging, kita enjoy!! hehe. kurangkan buat hal, banyakkan buat entry. 
  • selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan!!

ok, tak tau nak merapu apa lagi. hehe. sekian terima kasih. opss! lupa. Selamat Tahun Baru 
sekali lagi. senyum sokmo deh!

Wednesday, December 29, 2010

Meh Nah Habaq Mai


salam ceria salam sejahtera semua. ehee. nerd je ayat hari ni. still dalam mood tersentap sebab terkejut ala-ala beruk bila tengok tarikh hari ni. yuhuu..its 29/12/2010. 2 days more before kita masuk alam 2011. aigoo. tu pasal tahun baru.

huhu. azam tahun 2010 pun Mish dah lupa apa. entah ada wat azam entah tak. haha. nampak sangat tak berwawasan. ceitt. kalo ada pun, Mish nak anggap semua dah tercapai. hehe. aci tak? *sambil kenyit-kenyit mata kanan*

tup tap tup tap, esok dah 30hb. 2hb Jan Mish daftar hostel. 2hb? lama lagi kan. 1hb tu still boleh lagi packing barang. hehe. tapi masalahnya sekarang, dengar cerita gosip dari mulut umi dan abah, nak gerak KL malam Jumaat. means, jam 3 atau 4 pagi Jumaat. walaweyhhh...means, Mish dah tak de masa lagi nak packing barang. tinggal hari ni ngan esok je. sob sob. satu hape pun tak packing ni. tiba-tiba rasa nak pitam. barang dah la banyak. hehe. namanya perempuan kan. memang suka bawak barang banyak-banyak. gunanya entah tidak. hee~

tu pasal barang, ni nak kecoh pasal borang posting (BMD). baru je semalam print. haha. nampak sangat suka berlengah. tu baru print, isinya belum. dokumen-dokumen yang di minta tu lagi la. harem pun tak cari lagi. nak kena mintak pengesahan segala. lagi la leceh. adeii. pening. mana nak buat ni. 

yang tak bestnya lagi, Mish ingatkan abah nak hantar beliau tu hari ni. rupanya sangkaanku meleset. ceit. esok baru nak hantar. fuhh. sabar je la. hahaha.

k la, tu je kot nak mai kecoh-kecoh kat kamu semua. hehe, nonsense kan. kerja banyak, ngadap blog boley pulak sampai jam 3 4 pagi. walhal bb lembab pun, ngadap saje-saje macam orang tak de keje. haha. sape-sape yang free jemput la datang umah ye petang-petang ni. buakn Mish wat makan ke apa. nak ajak korang tolong Mish buat mana yang patut. hehe. tolong menolong amalan mulis. kan kan? *sengih kambing :P*

sekian terima kasih!!
=P