Showing posts with label tensen. Show all posts
Showing posts with label tensen. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Pembantu Farmasi Mengungguli Carta STRESS.

dulu Penolong Pegawai Farmasi dikenali sebagai Pembantu Farmasi. so jangan teleng-teleng kepala lak duk pikir apa beza dua ni. perbezaan paling ketara is ejaan. tu memang jawapan budak sekolah.

by the way. nak bagitau u oll semua. Penolong Pegawai Farmasi dengan Pembantu Farmasi sama je okeh.


see? npmbor tujuh tu beb. so, kepada semua. ketahuilah bahawasanya kerja ini memang mentensenkan.

dulu masa Mish praktikal, senior Mish siap kena on ubat tidur Diazepam sebab stress sangat dengan kerja. tambah lagi dia ada sedikit masalah keluarga. pergi kerja pun macam orang tak siap. ish..kesian betul.

teruk mana pun stress tu, semuanya terpulang pada kita untuk handle. pandai-pandaila cari jalan untuk kurangkan ketegangan stress tu. ye ke idak? hehe.

kesimpulan yang Mish dapat, sebarang kerja yang berhadapan dengan orang ramai atau pelanggan secara terus ni memang mengTENSENkan. dengan karenah, bau, proses kerja apa semua. adess.. pape pun, ianya boleh jadi seronok kalau kita layannnnnn aje keje tu.

nak tak nak kena kerja jugak. kena buat jugak. kan? hehe.

Saturday, April 30, 2011

Entry Tertekan


okeh, stat taip entry ni jam 10.35 pagi. dah 35 minit Midvalley dibuka. GSC pun mesti dah beroperasi sekarang ni kan? alahai, lamanyaaaa tak tengok wayang. seriyes rindu panggung wayang. rindu abang-abang India yang jual tiket wayang. akak-akak manis jual popcorn. banyak kot cerita baru yang tertangguh. erk, what a dem aku taip nih. lantak la.

tadi, mata mengadap nota Kimia Farmaseutik. tajuk : Spectroscopy. tapi hati teringin nak berjimba-jimba kat Times Square. adeh. dua jam mengadap nota, 3 point je yang masuk lam kepala. nampak tak betapa tertekannya Mish disitu?

semalam, sepupu Mish yang hensem,kacak dan bergaya mesej ajak balik Terengganu ngan dia. memang niat Mish nak balik pun minggu ni. nak balik giler-giler sebab tertekan hidup kat sini. nak balik ke syurga dunia. last-last Mish mesej semalam, dia cakap nak gerak petang. aiyak! lambatnya. terus call umi, cakap tak jadi nak balik. sebab macam penat je. tapi hati dah macam kat umah ni. semalam dah la ada adik sengal ubi kayu macam Athirah tu. dia boleh pulak hantar MMS kat henfon cikai ai ni gambar makanan yang umi masak semalam. memang demm giler r adik cam tu. adeh. umi, along lapo laa..=(

perut ni pun buat Mish tertekan. bangun pagi je pedih-pedih. naseb baik tuan perut ni terbeli roti semalam. duk pikir balik, nape awal sangat perut ni buat hal eh. oh! toink! baru ingat. dah dua hari tak sentuh nasi. tak de selera. alih-alih semalam pi kuar makan, order nasik goreng kampung pedas giler. siap bagitau abang waiter tu nak pedas kaw-kaw tau. nahh, berlagak sangat kau makan pedas. rasakan pagi ni camane. wahai perut, aku mintak maaf.

kesian budak ni. dah la jauh dari mak bapak. ish ish ish........
anybody!!jom keluar!!

Tuesday, February 8, 2011

Menatap Wajahmu

yeah...entry kali ni tajuknya menatap wajahmu. bukan menatap wajahmoo yang ni yea. ni moo..moo.. bukan mu.ok!

nah..contoh moo!!

seriyes mood ngah unhappy sekarang. adeh. perlu ke bagitau? perlu la sebab ni malam bersejarah bagi diri sendiri. sebab? personal thing. oh, pliss dont mess with me!!

bosan-bosan duk layan video Tae Yang kat YouTube. pastu bosan lagi. dengar-dengar lagu kat playlist. aih, bosan lagi, bukak Twisties, makan sorang-sorang dalam bilik. korang nak? nganga mulut. meh nak suap. euwww. macam romantik pulak kalau korang ni lelaki kan kan? haha.

otak ngah biol. dah macam-macam perkara buat. still bosan. bukan bosan, tapi nak ke daratkan balik mood yang kelaut. so, duk tilik gambar ni je dari tadi. aah, kat entry Miss Him Badly dah letak gambar ni. tapi ni nak letak lagi? kenapa? sebab rasa Iman dan Mish ni memang comel when together-together. owh, nak muntah yea?? tu, plastik hitam kat blakang pintu. jangan muntah merata-rata ok! kotor!

owh..miss my sweethome and this cute boy! damn!
that's all!

Sunday, December 19, 2010

Rentetan My Bad Day [Huru-hara]

perghh..ari ni Mish nak kongsi feeling huru hara yang berlaku kat umah Mish sejak hadirnya beliau ni. sila belek entry bad day Mish ni k. rasa memang sangat-sangat bad. pada yang tanya sapekah yang dimaksudkan dengan beliau tu. hurmm. Mish memang tak boleh bagitau la. huhu.sori yea. 

sekarang ni rasa macam putaran hidup dan rutin kat umah Mish ni memang dah tak normal. sangat-sangat tak normal. semua barang kena sorok. kalau tak. memang hancuss.

1 ) sabun basuh baju umah Mish, beliau tu pi gatal-gatal tangan tambah air kasi penuh. agak-agak korang. ape perasaan korang kalau nak basuh baju, bukan sabun yang keluar. air kosong. menyirap ok.

2 ) pinggan mangkuk semua kena basuh siap-siap dan perlu pastikan semua tempat clean and clear. setiap masa! kalau tak bersediala buat kerja dua kali ganda ok. sebab beliau ni rajin basuh pinggan. tapi memang langsung tak bersih. agak-agak penat tak nak kena angkut dan masuk lam sink dan basuk balik semua tu?

 3 ) baju-baju semua kena sorok termasuk selendang dan tudung. sebab beliau akan pakai suka-suka hati. dan beliau ni sangat keras hati ok. bila kita mintak die akan balas balik. perghh. sabar je la.

4 ) beliau suka keluar rumah tanpa memakai selipar atau alas kaki. memang menyirap sebab baru je Mish mop lantai ngan sabun AJAX dan cuka kasi berkilat. alih-alih, seketul seketul nampak tapak kaki beliau yang hitam dan berdebu tu. 

5 ) ada dalam 3 atau 4 anak pokok bunga dan lada burung umi yang beliau p patahkan dan ada yang beliau korek-korek tanahkat sekitar tanaman tu. mungkin beliau pikir beliau rajin. ye, rajin menyakitkan hati kami. uhh.

6 ) baru-baru ni satu rumah kecoh sebab ade penutup botol air panas hilang, pastu span basuh pinggan pon tak de dan botol softener yang tak dapat dikesan. alih-alih, jumpe botol softener tu kat tepi longkang belakang umah, span basuh pinggan dijumpai dalam bilik angah dan penutup botol air panas masih tak dapat dikesan.

hurm..agak-agak korang sakit hati tak kalau baru dua hari beliau datang. tapi dah macam-macam yang jadi. umi dah memang tensen tahap cipan. kalau la beliau ni taraf adik Mish. dah lama kena kot. gerammm sangat ok. tapi tu la. umi cakap sabar je la. bukan selalu beliau datang. memang la bukan selalu. tapi sekali datang. hurm..nauzubillah.