rasa-rasanya akhir-akhir ni ramai blogger merungut pasal Nuffnang ni. erk, kenapa ye. Nuffnang demam yea? sakit? apa masalah Nuffnang sekarang ea? sampai ramai betul blogger nak curang dan dah curang dengan Nuffnang ni.
tiba-tiba terfikir, teringat situasi diri sendiri. aah la. macam kata sorang blogger tu, Nuffnang dah makin selow plus ntah paper sejak tahun 2011 ni. kalau dulu laju je duit dari campaign masuk even tak de Buffered Earning (BE). lama-lama rasa macam tersisih la pulak. jangankan duit campaign, duit BE pun dua hari je bergerak. lepas tu ntah pape. setakat tu je. hampes. takkan nak metered dah kot. tak sampai seminggu menumpang. hamboii. sesedap kau je eh nak tumpang kejap-kejap. nak dapat tu dah la lama. sekali dapat taik idung pun lagi mahal kot ni. adoi.
tapi bak kata ulama', bersyukur. yeah..alhamdulillah.
tapi, saya nak lebih. tamakkah saya? haha.
nak tengok komplen lain pasal Nuffnang ni?meh jenguk Kak Diana punya entry tajuk Advertlets atau Nuffnang? lepas tu si Kyerull ni lagi la, terus derhaka dengan Nuffnang. korang boleh baca sebab dia kat entry Jom Bertukar ke Advertlets | Anda Wajib Tahu. lepas tu, si Kyerull ni lagi boleh goda Mish dengan entry puas hati dia ni wow Earning ADVERTLETS you guys must see this, baca tajuk pun dah tergoda. sabo je la. adoi!
tapi bila teringat entry AfiqBukhari, Aku Tetap Setia Kepadamu ni. terasa macam cepat sangat la pulak nak berubah angin. erk, perlu tunggu lagi ke? atau curang je terus? adoi.
psst~
nanti dah habis belajar kena la ada duit back up. kalau tak camane nak bayar berukband ni kalau mase menganggur nanti. oleh itu, pendapatan perlu la masuk sedikit sebanyak. menjadi haruslah bijak mengintai peluang. kah kah kah.


