Monday, July 14, 2014

Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk mendapatkan kulit yang cantik memang mudah, tepek-tepek bedak, pakai foundation, tepek cream la apa la. Memang senang kan? Tapi untuk mendapatkan kulit yang sihat tidak semudah itu. ia harus bermula dengan pemakanan dan rutin harian kita. Jaga pemakanan yng betul dan amalkan rutin harian yang baik secara konsisten, insyaAllah, kita boleh mendapat kulit yang sihat. Bukan muka je ada kulit, seluruh badan mempunyai kulit.

jadi, adalah lebih penting kita titikberatkan kesihatan kulit daripada kecantikan kulit. kulit yang sihat, automatik akan nampak cantik. tetapi kulit yang cantik belum tentu sihat. aite?


TIPS KULIT SIHAT 1




Secawan strawberrry menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin Cbererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah berpotensi tinggi untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

susah nak dapatkan strawberry, tapi nak kulit sihat? saya amalkan vitamin C 500mg Sustained Release dari Shaklee. :)



Klik sini untuk pembelian Vitamin C 500mg


TIPS KULIT SIHAT 2




Kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Sebab itulah setiap pagi, saya wajib mengambil Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Ia membantu menganjalkan kulit selain memudarkan kesan parut pada kulit.



Klik sini untuk pembelian Energizing Protein Soy (ESP)

TIPS KULIT SIHAT 3



Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.

jom bersama-sama saya, kita cabar diri sendiri untuk habiskan 2-3 liter air kosong sehari.


TIPS KULIT SIHAT 4




Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah satu penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty menunjukkan bahwa antioksidan merupakan makanan anti penuaan, dan salah satu makanan sumber antioksidan yang paling ia sukai adalah blueberry.

“Semua makanan berwarna gelap memiliki semacam zat antisoksidan yang dapat melindungi anda.” Makanan anti penuaan lain diantaranya brokoli, tomato, dan berry. Ia menyarankan anda makan 5 macam makanan yang mengandung antioksidan setiap harinya.

Vitamin E Complex Shaklee with seed extract mempunyai sumber antioksidan yang dapat membantu menstabilkan radikal bebas dalam tubuh. jom cegah penuaan dengan Vitamin E dari Shaklee.



Klik sini untuk pembelian Vitamin E Complex

TIPS KULIT SIHAT 5




Jangan sesekali memicit jerawat. Ini akan menyebabkan proses penyembuhan jerawat terganggu dan juga boleh menyebabkan bakteria tersebar lebih jauh ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Parut yang berlekuk dan hitam sukar untuk dipulihkan. Walaubagaimanapun, dengan pengambilan ESP dan Vitamin E Shaklee yang konsisten dan betul boleh merawat masalah ini.

ESP kaya dengan protein yang akan membantu pertumbuhan sel kulit baru yang sihat. Manakala Vitamin E Complex pula dapat menghilangkan parut jerawat, tompok hitam atau jeragat.



Klik sini untuk pembelian ESP dan Vitamin E Complex

TIPS KULIT SIHAT 6




Amalkan memakai masker sekurang-kurangnya sekali seminggu. Masker berfungsi utk membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit di samping melembapkan kulit muka.

Sekiranya anda mengamalkan pemakaian masker ini secara konsisten, kulit akan menjadi lebih lembut, licin dan gebu. In fact, masker juga berfungsi melambat process kedutan juga menegangkan kulit muka agar anjal.

Jom bermasker dengan ESP dan Vitamin E sebelum tidur malam ni. Dapatkan produk Shaklee anda beserta konsultasi lengkap daripada saya.



berminat untuk mendapatkan lebih tips kecantikan dan kesihatan? anda dijemput like page Vitamin Cantik Sihat. banyak info mengenai kesihatan dan kecantikan yang boleh anda dapat di sana. 

Friday, July 11, 2014

Cara Mudah Berhenti Merokok

Assalamualaikum w.b.t.


wahh..macam tak percaya je dah masuk bulan puasa. dah 13 hari berpuasa tapi hari ni baru mampu update blog pepel nih. Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah setakat 12 hari berpuasa ni masih berbuka kat rumah dengan jayanya. Hati kecil teringin nak berbuka kat kedai makan actually, tapi bila mengenangkan suasana kat kedai yang selalu sangat tercium asap rokok yang mampu menyekat selera makan anak tekak tu terus je rasa berat hati. Opss, gua anti dengan bau asap rokok okey. huk huk.

dear perokok sekalian alam, berhenti merokok kini lebih mudah dengan Vivix daripada Shaklee.Vivix Shaklee ini bertindak untuk menggantikan sel-sel yang telah dirosakkan dengan sel-sel yang baru. Boleh rujuk kepada video testimoni di bawah, selepas beberapa hari mengambil sesudu teh Vivix, beliau merasakan seperti pahit bila mahu merokok. Seolah seperti kali pertama mahu merokok. VIVIX membantu untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel tersebut.




Cuba paksa diri untuk melihat video testimoni tersebut, insyaAllah bermanfaat buat membantu perokok-perokok tegar. Perokok ni, kalau kita sesama kita nasihat atau cakap memang tak makan saman bak kata orang Terengganu. Try suruh diorang dengar pengakuan perokok tegar ni sendiri kot-kot terbukak pintu hati tu kan.

Side Effect?
perokok-perokok mampu berhenti merokok dengan mudah, tanpa demam, tanpa sakit. selain tu, jangan tak tau Vivix ni pun mampu mencegah sakit jantung dan membaiki sel-sel kulit yang rosak akibat merokok.

berminat untuk membuat pembelian boleh klik link dibawah.

Membuat Pembelian VIVIX Secara Online
selesai je buat pembelian dengan klik-klik hujung jari je, anda boleh terus message atau Whatsapp 0139139891 untuk konsultasi dan pot pet pot pet dengan saya berkaitan Vivix ni. nk tanya berkaitan produk pun boleh, manala tahu nak mintak pencerahan kan.

Katakan tidak pada rokok. Nafas segar tanpa rokok. Keluarga bahagia, kesihatan terjamin tanpa rokok.

Tuesday, June 3, 2014

Dilema Mama : Anak Tak Nak Botol Susu

tik tok tik tok..kejap je habis cuti bersalin yang konon-konon macam banyak sangat 90 hari tu. haha. start semalam dah masuk kerja.

alhamdulillah, setakat ni Amni masih fully breastfeed..impian masa mengandung dulu masih tercapai setakat ni. rezeki dari Allah s.w.t untuk Amni masih ada. seronok sangat direct feeding sampai lupa nak ajar Amni hisap susu botol. sudahnya sampai ke hari ni mulutnya terkumat kamit berusaha nak keluarkan puting botol susu tu dari mulut dia bila diajar. hukhuk.

dah cuba puting NUK kuning tu. dah cuba botol MAM. dah cuba puting Y hole tu. gigih ditolaknya jugak. sebak tau nak tinggal anak nak masuk keje. lagi-lagi bila taknak susu botol ni.

so, para ibu diluar sana, ajarlah anak anda hisap susu botol sejar umur dia sebulan tu andainya anda adalah ibu bekerjaya macam saya. haha. bekerjaya sangat kan.

semalam hantar rumah pengasuh tumpangan sebab tak decide lagi nak hantar Amni kat rumah pengasuh mana, naseb baik pengasuh tu pandai suapkan Amni. minum la jugak walau tak kenyang. tengah hari rehat Mish pegi amek dia, pukul 2 pm hantar balik. hari ni adik jaga. taknak hisap setitik pun kata adik. mogok tidor je keje. kesian kan bila anak kelaparan. huu.

any tips tak nak atasi dilema ni? susah hati tau.

Saturday, April 5, 2014

Pengalaman Bersalin, Welcome BABY

Assalamualaikum w.b.t.

hikss..tak sangka dah sebulan lebih rupanya belog pepel ni tak disentuh. dari zaman perut kembung, sampai dah kempis 30 hari baru ada kesempatan nak bukak. bizi beno sejak jadi mommy nih. hee.

first of all..syukur Alhamdulillah sangat-sangat tepat jam 8.32 malam, hari Jumaat, 7hb Mac 2014, lahirnya seorang puteri yang sekian lama berada dalam rahim ku di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

hee. complete set I olls kasi u. alkisahnya...

6hb Mac 2014
mula jam 3 pagi lebih.. Mish start rasa contraction 10 minit sekali. masa tu tak tau plak sakit betul-betul. ingatkan sakit memain je. baby lam perut kan nakal. suka buat kita cemas. hee. so, pagi-pagi buta tu mesej suami, cakap sakit perut. suami cam biasa lah. mula risau. kita isteri ni tenangkan beliau. cewwah..masa ni suami kat Bentong atas sebab bekerja. huu. so, sengsorang menahan sakit.

sakit camane? hehe. rasa macam memulas kot. sekejap-sekejap datang. rasa macam senggugut. tapi boleh tahan lagi. pukul 7 pagi ngadu kat umi yang duk siap-siap nak gi sekolah. umi kata kalau ada pape kol dia. okey. dalam pukul 8 lebih, baru je nak lelap mata, tiba-tiba je kat bawah rasa panas hangat je..rasa ada air keluar. takkan kencing kot. eh, cepat-cepat berlari masuk bilik air. okey. pecah air ketuban. huu. pengalamannn sangat kan. cecepat kol umi dan suami.

then, abah balik, bergegas pergi HSNZ. saje taknak pegi klinik dulu sebab taknak 2 3 kali cek jalan. lagipun dah niat nak bersalin kat sana. hee.

pukul 11 bagi masuk admission room. lepas cek apa semua jalan baru bukak 1cm. masa tu pulak wad penuh. dugaan sungguh. dipendekkan cerita, pukul 5 petang baru Mish dapat wad. Alhamdulillah, dan dan suami sampai time tu. lega Allah je yang tahu walaupun contraction dah 5 minit sekali.

7hb Mac 2014
pukul 8 lebih tu cukupla 24 jam mish leaking. ikutkan doctor dia cakap nak masukkan ubat. huhu. seram mak nak oi. tapi bila di cek, doctor kata, tak perlu ubat. Alhamdulillah.doktor cakap tunggu jalan terbuka sendiri je nanti. padahal masa tu sakit tak menahan dah. huu.

dalam pukul 1 lebih macam tu sakit memang makin memuncak. encik suami datang waktu melawat tu, memang tak senang mata tengok Mish kejap bangun, kejap baring, kejap masuk toilet. sampai satu tahap siap suh suami pergi bagitau nurse nak ubat tahan sakit. memang orang cakap kalau boleh jangan amek. tapi mak oi, masa dah sakit tu...otak kau dah lebamm nak hadam semua tu. yang penting, tak rasa sakit. siksa ya ampun waktu tu. bila sakit cakap pun merapu.

siap cakap kat suami, tak tahan dah sakit gini. mintak ampun bagai. siap cakap tak nak dah lepas ni bla bla bla. macam-macam benda mengarut keluar. huhu.

pukul 3 lebih nurse panggil suh masuk labour room. alhamdulillah. labour room memang penuh manjang time ni. sebelum tu, cepat-cepat telan kurma seberapa banyak yang mampu buat tenaga. kat dalam labour room, nurse masuk ubat bag contraction kuat sikit. supaya jalan buka luas sikit. masa tu baru 4 cm. lambat lagi nak 8 cm. huu. menahan sakit, nak meneran, pusing kiri kanan, kena marah ngan nurse, semua tu rasa macam nothing. heartless okey. yang tau, sakit.

lepas tu ada doktor offer ubat tahan sakit. syukur sangat. Mish amek Pethidine Injection. memang berkesan la sebab Mish terus tidor lepas tu. sakit masih terasa. tapi mengantuk lebih bermakna. haha. dalam pukul 8 doktor ramai-ramai berkerumun kat katil Mish. kejut Mish dari lena. dorang tanya, ada rasa nak meneran ke? Mish tengah lemau-lemau anguk je. tak sabar nak tengok si tecik lam perut.

automatik lepas tu rasa sakit, nampak suami masuk. pegang tangan. mata bertentang mata. dengar suara doktor-doktor dan suami bagi sokongan. alhamdulillah...tepat jam 8.32 malam, seorang puteri selamat dilahirkan.

=====================================================================

selamat datang Nur Amni Batrisya bin Mohd Zainuddin ke dunia penuh pancaroba. mama dan papa doakan Amni kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan di dunia. semoga Amni menjadi seorang anak yang solehah, yang melapangkan hati mama dan papa. InsyaAllah.

hari ke tiga sebagai anak mama dan papa. :)
psst~
entry ditulis bersambung-sambung. sebab tu takdak feeling mana. haha. saje taip, simpan, publish untuk tatapan Amni suatu masa akan datang. :)