Thursday, October 23, 2014

Red Velvet Idaman Hati

like seriously, lepas suami hadiahkan oven sekali ngan mixer hari tu, memang pantang waktu cuti memang aku akan terperuk je kat dapur mengadap tepung tepung sekalian. haha. minat sangat-sangat dengan baking membaking ni.

so alkisahnya, raya Deepavali hari tu, alang alang teman suami oncall, tak kemana mana, aku pun dengan gigihnya membuat kek Red Velvet. dah lama nak buat kek ni sebenarnya. sebab teruja dengan topping cheese frosting dia. sedap soo yummy.


walaupun rupanya tak la segah mana, tapi alhamdulillah, rasa dia sedap. padat dan moist sangat,  time nak buat cheese frosting tu, cheese dia jadi berketul. tak tau kat mana silap. huhu. ni la akibatnya buat kek tak berguru. tu yang jadi patah-patah je time deko tu. haha.

petang tu lepas asar, aku pun dengan baik hatinya masak mee rebus dan mengajak sorang dua jiran tetangga yang berbaki di kuarters tu datang rumah buat makan makan. dah macam open house untuk Deepavali gitu kan. hiks.

Monday, October 13, 2014

Menyesal Beli Set Kurus Shaklee

Jenama Shaklee semakin dikenali oleh kebanyakan orang. set paling glemer sekali adalah set kurus Shaklee. walaubagaimanapun, kebelakangan ni, ramai yang mengadu merasa tertipu dengan produk ini.

mana taknya, kalau ada RM100 je pun dah boleh beli Set Kurus Basic. huh, murah betul. takkan lah produk glemer murah macam ni kan? ahaks.

ada sorang ibu menyusu makan Alfalfa Complex setiap hari untuk kurus. katanya Alfalfa ni bagus untuk membuang lemak dan toksin gitu, tapi lepas consume Alfalfa, susu badan jadi makin banyak, breast selalu bengkak, anak pun muka happy sebab kenyang minum susu.


menipunya..rupa-rupanya banyak lagi khasiat Alfalfa. bukan untuk kurus je. untungnya rasa tertipu macam ni.

ibu ni jugak ada ambil Lecithin. katanya lecithin ni bagus untuk bakar lemak dalam badan. boleh lah kurus lepas ni. tapi bukan kurus je ibu ni dapat, katanya kulit pun makin licin, rambut pun makin cantik, otak pun tak mudah lupa even dah beranak pinak. menipu betul produk ni. kata produk kurus je kan?

sekali lagi si ibu merasa tertipu dengan produk ini. tertipu yang menguntungkan. hehe. rugi siapa yang belum berkenalan dengan Set Kurus Basic Shaklee ni.

walaupun basic, tapi hasilnya bergaya.

Berjimat dengan bijak bersama Shaklee.

saya SID anda,
Najihah (1092621)
0139139891
Fb : Najihah Sahami
FB Page : Vitamin Cantik Sihat
email : najihahsahami@gmail.com

Wednesday, October 8, 2014

Supplemen Tak Berkesan?

Assalamualaikum w.b.t.


dah cuba makan bermacam tapi tak pernah berkesan. rasa kecewa sampai tahap nak bunuh diri je rasa kan? lepas tu dalam hati mengutuk-ngutuk si penjual kononnya menipu la, barang tiruan la bla bla bla. pernah renung-renung cuba mencari di mana silapnya tak?

Apa yang patut dibuat kalau rasa macam supplemen ni macam tak berkesan je. macam menipuuu je.




Cuba muhasabah diri kejap. vitamin yang sepatutnya makan 2 biji 3 kali sehari contohnya, korang makan berapa biji? berapa kali? ada ikut aturan? ada minum air masak yang banyak? ambil la apa-apa jenis vitamin atau supplemen sekali pun, perkara paling penting adalah kena minum air kosong  sekurang-kurangnya 2L sehari. tak amek supplemen pun kena minum air kosong yang banyak jugak tau. Lepas tu ambil supplemen mengikut aturan dan tolong lah konsisten. okeyh sayang sayang semua?

Paling penting sekali adalah hubungi penjual berkenaan. tanya penjual yang korang beli produk tu, kenapa tak berkesan? cerita semua masalah yang timbul atau apa yang anda rasa lepas ambil supplemen tu. Tetapi kebanyakan pembeli ni, bila ada masalah, terus stop guna. tukar produk lain cepat-cepat. No no no. jangan macam ni kawan.

supplemen amek masa 90 hari tau untuk menunjukkan kesan atau serasi dengan badan sepenuhnya. dan, ianya bertindak bergantung pada badan seseorang. means, kalau si A amek 2 minggu set slim, dah turun 2 kg..kita amek 2 minggu set slim yang sama cuma turun 0.5kg je. jangan cemas, sebab badan B lain, badan A lain.

selian daripada tu, sesetengah supplemen tak boleh di ambil bersama dengan ubat atau supplemen lain. ini mungkin boleh menyebabkan  kurang penyerapan supplemen oleh badan kita. bila badan kita tak dapat menyerap supplemen atau ubat tu dengan sempurna, jangankan kesan ubat, kesan supplemen pun mungkin tak kan menjengah. oleh itu, dapatkan panduan pengambilan yang betul dari penjual anda. mungkin anda boleh jarakkan 2 atau 3 jam antara supplemen atau ubat ubatan. bagi satu satu diserap oleh badan. badan pun tak pening, kita pun happy.

so lepas ni, jangan skip-skip supplemen lagi. minum air kosong banyak-banyak tau. kalau ada masalah, cepat-cepat hubungi penjual supplemen yang kita beli supplemen daripadanya. please. kalau penjual tak bagi jawapan memuaskan boleh rujuk peniaga lain. sebab itulah pentingnya kita membeli daripada penjual yang bertanggungjawab.

sekian    :)

Berjimat dengan bijak bersama Shaklee.

saya SID anda,
Najihah (1092621)
0139139891
Fb : Najihah Sahami
FB Page : Vitamin Cantik Sihat
email : najihahsahami@gmail.com


Friday, September 19, 2014

Fesyen Hoodie Lelaki

Assalamualaikum w.b.t

secara asasnya lelaki ni kalau berfesyen bukan macam perempuan. fesyen perempuan ni complicated sikit. kalau lelaki ni diorang suka yang simple but nice gitu. hehe. 

suka tak tengok lelaki pakai baju yang ada hoodie? alaa..tak kisahla baju lengan pendek ke, lengan panjang ke, tak de lengan sekalipun. Hoodie ni menggantikan peranan sweater di mana ianya sangatlah praktikal untuk di gayakan ketika cuaca sejuk. yes, hoodie lebih versatile. student-student nak pakai santai-santai ke kelas pun boleh.

tengah bayangkan Aaron Aziz pakai baju macam ni. ohsem.
nampak macho je kan kalau tengok lelaki pakai macam ni. eh, tapi bagi aku, lelaki berhoodie ni ala-ala  bersifat misteri gittew. buat kita semakin nak mengenali. nampak cool and steady. ahaks. selebriti pun ramai yang suka pakai macam ni kan. senang nak lari dari paparazzi. so, korang boleh la berangan jadi artis kejap. acah-acah ada stalker duk mengintip.

nak lagi sempoi, pakai hoodie ni dengan t-shirt basic, lepas tu pakai shortpants, lepas tu pakai cermin mata hitam. pheww. cair weh. try kat encik suami la skali nanti. sekali sekala suami mencairkan hati isteri kan. tak gitu.

plan nak beli yang ni untuk suami aku. dia kan kurus..okla kan corak macam ni kan kan? hee
eh, mana nak cari?

Layari website online shopping Malaysia terkemuka iaitu ZALORA untuk koleksi hoodie lelaki murah online. Rasai pengalaman online shopping terbaik hanya di ZALORA!

ala...kat Zalora tu bersepah baju hoodie ni. macam-macam jenis ada. katanya website online shopping terkemuka kan.. up to date lagi jejaka-jejaka sekalian oi. murah-murah je pakwe-pakwe sekalian. hikss.. boleh la beli untuk sang suami sehelai dua jap gi. teringin sangat dah ni.